Tim Henman merupakan salah seorang pemain tenis Britain yang paling berjaya, menduduki tempat pertama di Britain pada tahun 1996 dan sekali lagi dari tahun 1999 hingga 2005. Dia mula bermain tenis sebelum umur tiga tahun, sebagai anak bongsu dari tiga orang anak lelaki dari keluarga yang mempunyai sejarah keturunan dalam tenis; datuk, nenek dan moyangnya semua pernah bermain di Championships, Wimbledon. Giliran Henman datang tidak lama kemudian. Kalah pada pusingan pertama di Wimbledon pada tahun 1994, dia memenangi perlawanan pertamanya di acara Grand Slam di tempat yang sama pada tahun berikutnya; dia mencapai empat separuh akhir di sana. Walau bagaimanapun, kali pertama dia melihat gelanggang di Wimbledon adalah satu ketika dahulu, satu hari dia dan ibunya tidak akan lupa. Ia juga merupakan hari yang dia menemui Rolex.

Saya masih ingat tentang hari pertama saya melawat Wimbledon pada tahun 1981. Saya mungkin masih boleh beritahu anda apa yang saya pakai pada hari itu. Ia merupakan pembukaan hari kejohanan iaitu pada hari Isnin, saya berumur enam tahun dan saya serta ibu saya bernasib baik kerana dapat dua tiket di tengah gelanggang. Apabila Björn Borg masuk ke dalam gelanggang, dia merupakan juara bertahan lima kali, ia memberi impak yang sangat besar kepada saya. Saya fikir impak yang terbesar adalah kerana dia menang! Dan ketika anda masih seorang kanak-kanak, ia lebih menyeronokkan untuk menyokong seseorang yang menang, jadi beliau pastinya idola tenis pertama saya. Ketika itulah saya membuat satu-satunya keputusan kerjaya saya. Impian saya adalah untuk bermain di Wimbledon.

Saya berasal dari keluarga yang bermain tenis, ibu saya adalah pemain junior, datuk dan nenek saya bermain beregu campuran bersama di Wimbledon bahkan moyang saya juga pernah bermain di sana pada awal 1900an. Moyang saya merupakan wanita pertama untuk membuat servis overam, dan nenek saya merupakan wanita terakhir untuk membuat servis underarm di Wimbledon.

Saya tidak berapa pasti jika ibu bapa saya benar-benar percaya yang saya boleh menjadi seorang pemain yang baik, namun mereka tetap memberikan saya peluang kerana mereka melihat betapa pentingnya makna tenis kepada saya.

Menjadi yang paling kecil, paling lemah dan yang paling lambat dalam keluarga saya, saya terpaksa belajar untuk bersaing agar tidak ketinggalan. Saya tidak berapa pasti jika ibu bapa saya benar-benar percaya yang saya boleh menjadi seorang pemain yang baik, namun mereka tetap memberikan saya peluang kerana mereka melihat betapa pentingnya makna tenis kepada saya, keinginan saya dan cinta kepada sukan itu sangat jelas. Persekitaran keluarga saya pastinya merupakan faktor penentu dalam perkembangan saya sebagai seorang individu.

Apabila saya mendapat peluang untuk bermain di Wimbledon, saya berasa sungguh teruja. Saya tidak sabar untuk keluar ke gelanggang, saya mahu merasai keseronokkan, dan saya sangat bersedia untuknya. Setiap kali saya masuk ke dalam gelanggang, saya mengimbas kembali kepada gambaran seorang budak lelaki berumur enam tahun yang sedang bermimpi.

Pada hari itulah pada tahun 1981 apabila saya mula-mula melihat Jam Rolex di tengah gelanggang dan bertanyakan kepada ibu saya tentang Rolex. Pada ketika itu saya buat pertama kalinya mempunyai visi dan harapan bahawa suatu hari nanti saya mungkin akan memiliki Rolex sendiri. 32 tahun kemudian apabila saya memiliki Rolex pertama saya, iaitu jam tangan ini, ia sangat bermakna bagi saya, penantian itu sangatlah bernilai.

Pada hari itulah pada tahun 1981 apabila saya mula-mula melihat Jam Rolex di tengah gelanggang dan bertanyakan kepada ibu saya tentang Rolex.

Apabila saya melihat jam tangan saya sekarang, fikiran saya segera kembali menjadi seorang kanak-kanak berusia enam tahun di tempat duduk dengan ibu saya. Ibu saya mempunyai gambar dari hari itu dan saya fikir kami juga masih menyimpan tiket itu di rumah, jadi apabila saya diperlawa untuk menceritakan kisah tentang jam tangan saya, saya memberitahu ibu saya tentang perlawaan itu dan berkata: “Adakah ibu masih ingat?” Dan dia menjawab semula dengan berkata, “Saya masih ingat seperti ia baru terjadi semalam.”

JAM TANGAN TIM HENMAN

Oyster Perpetual Milgauss

Kongsi halaman ini