Tiger Woods sinonim dengan golf: dia dianggap sebagai salah satu pemain golf yang paling hebat sepanjang masa. Pada umur 21 tahun, beliau telah memenangi Masters A.S. di Augusta pada tahun 1997 dengan rekod skor. Pada tahun 2001, selepas memenangi Masters, dia menjadi pemain golf yang pertama untuk memegang empat rekod profesional pada masa yang sama. Kerjayanya telah bertahan selama lebih dua puluh tahun, dan definisi kejayaan bagi beliau telah berubah. Dia kini menganggap pencapaian yang paling memuaskan adalah menjadi seorang ayah. Jika dia tidak bermain golf, Woods akan dilihat menyelam di lautan - minatnya yang lain - dan ditemani oleh tiada yang lain selain daripada Rolex Deepsea yang dipercayainya.

Definisi kejayaan saya telah berubah dan berkembang mengikut peredaran tahun. Dulu kejayaan adalah mendapat semua A dan menjuarai perlawanan, tetapi kini saya percaya untuk kehidupan yang berjaya adalah untuk menjadi bahagia. Ia bukannya tentang apa yang dilakukan oleh seseorang itu dalam kehidupan mereka, tetapi lebih kepada matlamat mereka. Saya fikir ia hanyalah melihat diri anda dalam cermin dan merasa gembira. Terdapat beberapa ketika yang saya tidak dapat mengatakannya. Saya pernah mengalaminya, saya rasa kita semua berjuang dan mencuba sebaik mungkin untuk megimbangi semua. Ia adalah keseimbangan seumur hidup. Saya gembira dengan siapa saya dan pencapaian saya dalam dan luar padang golf.

Pencapaian utama saya dalam golf adalah menjuarai empat kejohanan berturut-turut. Tiada siapa di dunia ini yang mempunyai kesemua empat piala.

Perkara yang paling memuaskan yang pernah terjadi kepada saya adalah menjadi seorang ayah. Kegembiraan utama untuk saya adalah kebahagian anak-anak saya. Walau apa pun ia. Saya hanya ingin menyediakan suasana dan persekitaran kepada mereka supaya mereka dapat mencuba pelbagai perkara dan ketahui sendiri apa yang mereka suka - samada ia termasuk minat saya ataupun sesuatu yang lain.

Pencapaian utama saya dalam golf adalah menjuarai empat kejohanan berturut-turut. Tiada siapa di dunia ini yang mempunyai kesemua empat piala, dan menjadi orang yang pertama untuk melakukannya dalam era yang moden ini adalah sesuatu yang amat istimewa bagi saya.

Bila saya tidak bermain golf, saya mahu berada di lautan. Saya membesar di Selatan California, di Pasifik, dimana saya meluncur, dan menyelam sepanjang masa. Air sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya suka menghirup angin laut. Saya sukakan air masin. Saya suka perasaan memegang pasir….dan untuk semua ini, saya perlukan satu jam tangan yang boleh dipercayai, sebab itulah bagi saya Rolex Deepsea adalah jam tangan yang sesuai secara semulajadinya. Saya suka perasaan memakainya. Ia berat, kukuh, dan sangat maskulin.

Saya menyelam sepanjang masa. Saya tidak memikirkan tentang apa-apa apabila saya berada di dalam air. Ia sangat menenangkan dan seronok. Masa di bawah air berjalan pada kadar yang lebih perlahan, di mana di darat kelihatan seperti semua orang begitu asyik dengan telefon mereka. Apabila anda dibawah permukaan air, ia satu perasaan yang murni, dan sesuatu yang saya suka perhatikan.

Saya menyelam bebas dengan anak-anak saya dan sendirinya, saya skuba dan saya juga menangkap ikan dengan lembing. Saya suka tidak dikenali apabila berada di lautan. Anak perempuan saya sukakan cengkerang dan anak lelaki saya sukakan landak laut. Mereka akan menunjuk akan sesuatu yang terlalu dalam bagi mereka dan saya perlu masuk ke dalam dan membawanya ke atas untuk mereka. Tiada apa yang lebih baik daripada itu.

Jam tangan saya telah berada pada sebahagian kemenangan saya, kekalahan, sebahagian pengembaraan bersama anak-anak saya, pemgembaraan individu

Saya suka fakta bahawa saya dapat memakai jam tangan saya dalam pelbagai jenis persekitaran dan dengan apa saja jenis pakaian dan tidak perlu risau mengenainya. Kemana saja saya pergi, ia akan pergi. Apa saja yang saya lakukan, ia akan lakukan. Secara harfiahnya ia telah pergi ke serata dunia hampir sepuluh kali.

Jam tangan saya telah berada pada sebahagian kemenangan saya, kekalahan, sebahagian pengembaraan bersama anak-anak saya, pengembaraan individu. Pada mulanya, saya berasa ragu-ragu yang jam tangan ini akan dapat mengikut rentak saya. Dan anda tahu apa, ia boleh.

JAM TANGAN TIGER WOODS

Oyster Perpetual Rolex Deepsea

Kongsi halaman ini