Ahli biologi marin tersohor antarabangsa, Sylvia Earle telah menjadi perintis penerokaan lautan selama lebih empat dekad. Dia adalah penyokong yang berkomited terhadap hidupan laut dan ekosistemnya yang lemah, dan inisiatif globalnya, Mission Blue, telah menyalakan sokongan daripada orang ramai untuk melindungi kawasan harapan marin. Masa, dia terangkan, adalah satu pengukuran kehidupan dan satu peringatan bahawa setiap individu boleh membawa perubahan. Jam tangan Rolex yang dia pakai bukan saja sebuah jam tangan yang boleh dipercayai dalam ekspedisi, tetapi membawa makna yang mendalam.

Pada tahun-tahun awal saya sebagai seorang saintis - menyelam, menggunakan kapal selam, hidup di bawah air, menjelajahi lautan, merasai kegembiraan daripada penemuan peribadi merupakan motivasi utama. Tetapi sekarang saya semakin bersemangat untuk meneroka bukan sahaja bersendirian tetapi saya cuba untuk mendapatkan orang lain untuk menerokai bersama.  Semakin ramai orang dapat menyertai masuk bersama ke dalam laut, untuk melihat sendiri betapa cantiknya laut sebenar, betapa terdedahnya kelemahan lautan, berapa banyak perubahan yang kita lakukan terhadap lautan, saya rasa ia memberikan kita peluang yang lebih baik sebagai spesies untuk bertahan hidup.

Setiap hari, masa adalah ukuran kepada kehidupan. Kita harus menyedari tentang keajaiban tentang hidup dan mengetahui bahawa anda mempunyai peluang untuk membuat perubahan - mengapa tidak memilih untuk membuat perubahan yang baik?

Kebanyakan jam tangan dilihat sebagai barang kemas atau - bagi penjelajah seperti kami - ia adalah peralatan untuk memberitahu masa, tetapi jam tangan saya mempunyai makna yang lebih mendalam. Konsep Rolex adalah menyokong eksplorasi, pemuliharaan, kesenian dan semua perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh manusia. Jadi bagi saya, memakainya, adalah seperti satu tanda, jika anda mengambil berat tentang perkara itu, anda berkongsi sesuatu dengan etika keprihatinan.

Konsep Rolex adalah menyokong eksplorasi, pemuliharaan, kesenian dan semua perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh manusia.

Saya mendapat inspirasi untuk memiliki jam tangan saya, satu rakan yang sangat istimewa dalam explorasi, ketika saya menyelam dengan sahabat baik saya di Florida Keys pada awal tahun 1980-an. Dia sedang memakai jam tangan ini dan apabila saya melihatnya dan saya menunjuk kepada jam tangan itu dan mengoyangkan lengannya. Saya ingat dia lupa untuk membuka jam tangannya, tetapi dia hanya tersenyum. Hanya selepas itu, saya melihat bahawa ia adalah Rolex dan ia cukup mampu untuk menyelam, bukan hanya sedalam kami pada masa itu, tetapi ia mampu untuk pergi jauh lebih dalam. Malah ia masih boleh dipakai ke majlis formal, dibawa keluar dalam hujan, ke dalam bilik mandi, ia boleh menjadi - seperti yang saya mahukan, dan apabila saya mendapat jam tangan yang sama tidak lama kemudian - ia menjadi kesinambungan kepada saya , sesuatu yang akan saya pakai sepanjang masa, di mana-mana sahaja. Ia seperti mempunyai deria keenam di lengan anda, sebagai panduan anda.

Jam tangan itu telah menjadi teman saya sehingga kini selama beberapa dekad. Ia telah berada bersama untuk ekspedisi ke seluruh dunia - ke Artik dan Antartika, ke India dan Lautan Atlantik, jauh di laut Pasifik dan telah berada di atas kapal mungkin lebih daripada tiga puluh kapal selam. Ia bersama-sama saya semasa saya berucap di hadapan Bangsa-bangsa Bersatu dan bertemu dengan orang-orang yang berpengaruh besar - Presiden Amerika Syarikat, ahli kongres, ketua-ketua negara di seluruh dunia. 

Jam tangan itu telah menjadi teman saya sehingga kini selama beberapa dekad….ia adalah kesinambungan kepada saya,sesuatu yang akan saya pakai sepanjang masa, di mana-mana sahaja. Ia seperti mempunyai deria keenam di lengan anda, sebagai panduan anda.

Tetapi adakah anda tahu masa yang paling penting? Ia mungkin ada di luar sana, di masa hadapan. Selagi saya bernafas, saya berharap untuk sentiasa meneroka. Orang ramai bertanya kepada saya: “Adakah anda masih menyelam?” Dan jawapan saya adalah: “Saya masih lagi bernafas.”

JAM TANGAN SYLVIA EARLE

Oyster Perpetual Lady-Datejust

Kongsi halaman ini