Juara lompat Swiss, Steve Guerdat duduk di belakang kuda sebelum dia mula belajar bagaimana untuk berjalan dan kini menjadi salah satu penunggang kuda yang terbaik di dunia. Dedikasinya kepada sukan ini dan keghairahannya terhadap kuda memberinya kejayaan yang dia ada pada hari ini. Menjelang tahun 2012, Guerdat menduduki tempat ketiga di dunia, memenangi Grand Prix Rolex di CHI Geneva pada tahun 2013, dengan Rolex Cosmograph Daytona di pergelangan tangannya sebagai peringatan tentang kisah cinta sepanjang hidupnya dan bukti pencapaian peribadinya.

Hubungan diantara seorang penunggang dan seekor kuda adalah sebenarnya sebuah kisah cinta. Ia bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sehari. Ia memerlukan masa yang panjang untuk dihabiskan bersama anda dan kuda anda untuk memahami apa yang ia tahu dan tidak tahu. Melalui keyakinan keharmonian ini tercipta mengikut perubahan masa.

Sentiasa jelas dalam fikiran saya bahawa saya sentiasa mahu berada di sekitar kuda, saya fikir saya mula duduk di atas kuda sebelum saya boleh berjalan. Bagi saya duduk di belakang seekor kuda adalah kebahagiaan - kerana saya berasa bebas. Hanya saya dan kuda saya. Dan itulah perasaan yang saya cari, ia merupakan perasaan yang paling saya hargai dalam hidup saya. Menjadi seorang penunggang petunjukkan kuda adalah lebih kepada kehidupan daripada hanya sebuah sukan. Anda perlu menjadi taksub kepada sukan ini kerana pada dasarnya anda perlu memberikan hidup anda kepada kuda itu. Ia adalah sebuah sekolah kehidupan yang indah: kuda mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih baik. Kejayaan datang selepas itu.

Rolex Daytona saya mengingatkan saya tentang semua ini, sewaktu saya memakainya apabila saya memenangi CHI Geneva untuk pertama kalinya pada tahun 2013, ia merupakan satu peristiwa yang sangat istimewa bagi saya - satu hari yang saya tidak akan lupa.

Saya berumur 16 tahun semasa saya pertama kalinya menunggang di CHI Geneva. Saya suka pertunjukkan itu, saya sukakan semua orang yang berada di sana. Mereka memberikan sokongan kepada saya seribu kali, ia merupakan minggu paling baik pada tahun itu. Saya sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik di sana tahun demi tahun. Saya suka menunggang di Switzerland kerana orang ramai adalah orang penting dalam persembahan itu, dan apabila anda memasuki arena dan anda merasakan orang ramai bersorak untuk anda ... mereka memberi saya sayap.

Rolex Daytona saya mengingatkan saya tentang semua ini, sewaktu saya memakainya apabila saya memenangi CHI Geneva untuk pertama kalinya pada tahun 2013, ia merupakan satu peristiwa yang sangat istimewa bagi saya - satu hari yang saya tidak akan lupa. Ia mungkin satu benda yang saya banyak habiskan masa bersama, siang dan malam, apa sahaja yang saya lakukan, jam tangan ini akan bersama saya.

Sejak itu jam tangan saya telah melihat banyak detik yang berharga - tetapi saya juga gembira kerana jam tangan itu tidak dapat bercakap kerana banyak detik-detik berharga yang lain yang hanya kami berdua tahu.

Bila saya melihat jam tangan itu pada hari ini, saya melihat sesuatu yang telah menjadi sebahagian daripada diri saya.

JAM TANGAN STEVE GUERDAT

Oyster Perpetual Cosmograph Daytona

Kongsi halaman ini