Sir Jackie Stewart telah memenangi FORMULA 1 GRAND PRIX DE MONACO sebanyak tiga kali diantara tahun 1966 dan 1973. Diberi nama “Flying Scot”, beliau merupakan salah satu pemandu terhebat yang pernah menjejakkan kaki dalam kereta Formula 1®. Di luar trek, dia menjadi penyokong tegar tentang keselamatan dalam sukan motor. Pemberi testimoni Rolex selama hampir 50 tahun, dia teringat Monaco pada kemuncak kejayaannya, sebagai yang paling glamor, paling berwarna-warni dan paling menarik diantara semua Grand Prix. Apabila dia melihat jam tangan Rolexnya hari ini, dia diingatkan tentang semua pencapaiannya, dan bahawa dia cukup baik dan cukup pantas untuk memenanginya.

Perkara penting yang saya pelajari sebagai pemandu Grand Prix adalah pengurusan fikiran. Saya mendapati bahawa jika saya menghilangkan emosi saya, saya berkemungkinan akan kurang melakukan perkara yang salah. Itu membolehkan saya untuk menumpukan sepenuh perhatian saya kepada apa yang saya ingin lakukan. Saya memenangi kebanyakan perlumbaan saya dalam lima pusingan pertama secara amnya, kerana orang lain juga terlalu gopoh, terlalu gugup, terlalu fokus. Jadi, apabila saya masuk ke dalam kokpit kereta, saya tidak mempunyai perasaan. Dan itu amatlah penting di Monaco, Formula 1 Grand Prix yang telah saya menangi sebanyak tiga kali.

Saya mendapati bahawa jika saya menghilangkan emosi saya, saya berkemungkinan akan kurang melakukan perkara yang salah.

Ŕolex Daytona yang saya pakai diberikan kepada saya lewat tahun 60an di Monaco setelah memenangi salah satu perlumbaan legenda. Saya menyimpannya sejak itu dan masih selalu memakainya. Ia hanyalah satu jam tangan klasik yang mengingatikan saya tentang kisah lama dan yang paling glamor, paling berwarna, Grand Prix yang paling menarik sepanjang musim.

Semua orang yang datang ke Monaco adalah untuk Grand Prix; bintang filem telah datang, the Beatles, Steve McQueen, Peter Ustinov dan Bette Davis, Sean Connery pernah setahun itu datang bersama saya. Ia melambangkan apa Formula 1 yang sebenar, apa perlumbaan Grand Prix sebenarnya. Memenangi Monaco adalah sesuatu yang sangat istimewa. Dan pada masa itu, semua orang adalah elegan. Selalunya akan ada pesta di istana pada malam Sabtu yang dianjurkan oleh Puteri Grace dan Putera Rainier. Ia seperti bermimpi dapat duduk di sebelah dan bercakap dengan Puteri Grace. Monte Carlo mempunyai warisan - dan jam tangan saya melambangkan semua itu.

Hari ini, hampir 50 tahun selepas itu, jam tangan ini mengingatkan kepada saya bahawa saya cukup baik dan cukup pantas untuk memenanginya. Ia adalah sesuatu yang akan anda miliki sepanjang hayat anda, sesuatu yang anda akan berikan kepada keluarga anda. Kedua anak lelaki saya mendapat jam tangan Rolex milik saya dan sekarang cucu saya akan mendapatnya juga. Apabila saya pertama kali menyertai Rolex sebagai Testimoni, iklan yang tertera di akhbar dan majalah adalah, "Jika anda bercakap di sini esok, anda akan memakai Rolex" - dan terdapat gambar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Saya berfikir ia adalah satu pernyataan yang hebat. Apabila saya memakai jam tangan saya, saya merasakan dalam kehidupan saya seolah-olah saya bergerak ke atas.

Hari ini, hampir 50 tahun selepas itu, jam tangan ini mengingatkan kepada saya bahawa saya cukup baik dan cukup pantas untuk memenanginya

Satu perasaan yang baik menjadi seorang juara. Saya berfikir saya masih mahu menjadi juara untuk apa saja yang saya lakukan - dan itu masih menjadi satu cabaran. Apabila saya melihat jam tangan saya hari ini, saya melihat semua itu. Saya melihat perkara pertama yang mempunyai kualiti yang sebenar. Dan saya melihat sesuatu yang menjadi milik saya kerana saya berjuang untuk mendapatkan ia. Ia masih bermakna kepada saya sehingga hari ini sepertimana ia pertama kali diberikan kepada saya selepas beberapa tahun dulu di Monaco.

JAM TANGAN SIR JACKIE STEWART

Oyster Perpetual Cosmograph Daytona

Kongsi halaman ini