Roger Federer merupakan pemain tenis yang terhebat sepanjang masa, beliau memegang 20 gelaran Grand Slam® dan ia merupakan rekod kemenangan yang terbanyak di Wimbledon. Namun Federer, anak kelahiran Switzerland ini, tenis bukan hanya tentang memecahkan rekod. Tidak sehingga 2009 - musim panas yang berlaku serentak dengan kelahiran anak kembarnya yang pertama - apabila Roger memecahkan rekod Grand Slam® Pete Sampras di Wilmbledon, yang dia telah mencapai definisi kehebatan secara peribadi. Rolex yang dipakainya pada hari itu membawa kembali detik memori indah musim panas yang penting baginya.

Memecahkan rekod pada mulanya tidak penting bagi saya. Matlamat saya sangat rendah hati, sangat normal, hanya berharap menjadi mungkin pemain tenis pada kedudukan 100 terbaik pada satu ketika, mungkin juga dalam kedudukan 10 terbaik. Walaubagaimanapun, mencapai impian saya adalah sesuatu yang saya cuba untuk melakukannya.

Perubahan dalam hidup saya berlaku semasa saya berumur 14 tahun dan saya meninggalkan rumah saya untuk berlatih di Pusat Tenis Negara Switzerland. Di situlah saya berubah menjadi dari seorang budak lelaki kepada lelaki dewasa, dimana ia merupakan tiga tahun yang terpenting dalam hidup saya. Saya cuba untuk memahami apa maksud kekuatan mental.

Tetapi ia mengambil masa enam tahun lagi untuk memahaminya dan berasa selesa berada di gelanggang tenis. Saya perlu memahami pembelajaran itu dengan cara yang sukar, merasai kekecewaan yang besar selepas kalah dalam satu perlawanan disebabkan emosi yang tidak dapat dikawal. Ketika saya akhirnya faham, saya berasa sangat senang hati sehingga saya tidak pernah berubah.

Negara asal saya, Switzerland, sangatlah penting dalam menjadikan siapa saya pada hari ini. Akhirnya, saya sedar yang saya boleh menjadi Swiss yang pertama untuk menjadi Nombor Satu Dunia. Ketika itulah saya diingatkan bahawa segala yang belum dilakukan sebelum ini, saya boleh mencapainya. Dan itulah yang terjadi. Jadi saya menerimanya dan mengambil inspirasi dan motivasi daripada persaingan, daripada rekod yang boleh dipecahkan, daripada kejohanan yang saya suka sertai.

Apabila saya melihat jam tangan itu, saya teringat hari itu dengan jelas sekali

Kemudian 2009 datang. Saya baru saja memenangi Terbuka Perancis untuk pertama kalinya pada musim panas itu dan saya akan pergi ke Wimbledon untuk cuba memecahkan rekod sepanjang masa Grand Slam® Pete Sampras. Apabila saya menang dan memecahkan rekod tersebut, dengan pertembungan perlawanan yang sengit 5 set menentang Roddick, saya tidak dapat mempercayainya. Saya tidak dapat menembusi keseluruhan perlawanan sehinggalah permainan yang terakhir, dan itu memberi saya kemenangan. Apabila saya akhirnya dapat mengangkat trofi tersebut, saya memakai jam tangan Rolex di pergelangan tangan saya.

Inilah sebabnya mengapa jam tangan ini sangat penting kepada saya. Apabila saya melihat jam tangan itu, saya teringat hari itu dengan jelas sekali: Pete Sampras datang untuk menonton perlawanan akhir itu - dia berkata dia akan sentiasa datang jika saya mempunyai peluang untuk memecahkan rekodnya. Björn Borg dan Rod Laver juga berada di sana, John McEnroe memberi komen. Ramai lagenda tenis telah hadir. Dan semasa saya keluar daripada gelanggang, mereka semua turun ke bawah untuk menyambut saya dan mengucapkan tahniah kepada saya kerana berjaya memecahkan rekod tersebut. Saya berasa sangat senang hati kerana dapat merasai kasih sayang dari keluarga tenis, yang kepada saya sangat penting.

Setiap kali saya memakai Rolex saya, ia mengingatkan saya tentang detik hebat itu. Ia juga mengingatkan saya bahawa jika anda tidak bekerja keras, orang lain akan, dan akhirnya mereka akan melepasi anda. Oleh itu anda haruslah tabah dan kejam sedikit, tetapi sentiasa bersikap adil dan bermain dengan gaya. Saya rasakan itu amatlah penting.

JAM TANGAN ROGER FEDERER

Oyster Perpetual Datejust II

Kongsi halaman ini