Nico Rosberg telah mengikuti jejak langkah ayahnya, Keke dengan dinobatkan sebagai juara dunia Formula 1®. Sewaktu kecil lagi, dia diberitahu bahawa simbol sebenar legasi perlumbaan motor yang hebat adalah memenangi Grand Prix Monaco dan memegang gelaran pemandu F1®. Rosberg telah menunaikan kedua-duanya. Dia teringat kembali emosi yang dirasainya pada tahun 2013, sewaktu dia mengambil bendera kotak hitam putih di Monaco buat pertama kalinya, 30 tahun selepas ayahnya. Rolex milik beliau sentiasa mengingatkannya tentang pencapaian impian terbesarnya.

Saya mula bermain kart pada umur 4 tahun. Ia mempunyai dua tempat duduk, jadi ayah saya akan duduk di bahagian pendikit dan brek, dan saya akan menjadi pemandu. Ayah saya adalah inspirasi terbesar bagi saya kerana saya membesar melihat dia berlumba. Ia amatlah bertenaga: kereta lumba tersebut, atmosferanya, adrenalinnya, peminat bersorakan, perlawanan tersebut, teknologinya, memenanginya…

Ada sekali sewaktu kami pulang daripada satu perlumbaan, ayah saya berkata kepada saya: “Nico, jika awak mahu meninggalkan legasi dalam perlumbaan motor, ada dua perkara yang awak perlu capai: memenangi Grand Prix Monaco, dan menjadi juara dunia.”

Melepasi garis penamat untuk memenangi Grand Prix Monaco pada tahun itu adalah salah satu pengalaman yang amat beremosi dan bertenaga yang pernah saya rasakan seumur hidup saya.

Menjadi seorang anak kepada juara dunia pemandu Formula 1® memberi kesenangan dalam sesetengah perkara tapi pada waktu yang sama agak sukar bagi saya sebagai anak muda kerana mendapat perhatian yang terlalu tinggi. Saya tidak pernah terfikir yang saya dilahirkan untuk berlumba disebabkan saya tidak pernah mempunyai keyakinan diri yang tinggi, namun ia perkara yang baik jika dilihat kembali. Ia memberikan saya motivasi dan dedikasi agar saya dapat menjadi yang terbaik.

Pada tahun 2013, sebagai satu pasukan kami mengalami tahun yang hebat. Saya mula mendapati beberapa kedudukan kukuh, kami juga mempunyai beberapa podium, namun kami tidak berfikir kami dapat menang datang ke Monaco. Walaubagaimanapun, saya amatlah teruja.

Melepasi garis penamat untuk memenangi Grand Prix Monaco pada tahun itu adalah salah satu pengalaman yang amat beremosi dan bertenaga yang pernah saya rasakan seumur hidup saya. Saya masih teringat menjerit dengan kuat dalam helmet saya, saya hampir menjadi gila dalam kereta, sambil mendengar dalam radio pasukan saya menjerit “Kita berjaya melakukannya!” Semua ini terjadi dan apabila dapat berkongsinya bersama dengan rakan-rakan dan keluarga yang berada di sana melihatnya menjadikan kemenangan itu bermakna. Saya memenangi Grand Prix Monaco tepat 30 tahun selepas dimenangi oleh ayah saya dan saya amat bangga dengan pencapaian beliau.

Saya sebenarnya membeli jam tangan ini pada hari Isnin selepas perlumbaan itu. Pada Mei 2013, saya memutuskan untuk membeli hadiah perkahwinan untuk isteri saya, dan ianya adalah Rose Gold Daytona. Tetapi persediaan untuk Grand Prix Monaco begitu tegang sehingga saya memutuskan untuk melakukannya selepas tamat perlumbaan nanti….saya tidak menyangka akan memenanginya. Pada keesokan paginya, saya secara senyap keluar daripada rumah dan pergi ke butik Rolex.

Jam tangan ini menjadi tanda pengalaman hebat saya alami di Grand Prix Monaco. Ini adalah kemenangan yang pertama daripada tiga, yang mana adalah pencapaian terhebat sepanjang kerjaya saya.

Saya melihat jam tangan isteri saya kemudian menoleh ke kanan dan ternampak Submariner berwarna hijau, jam tangan yang saya sentiasa kagumi selama ini. Saya melihatnya sekali lagi dan memutuskan pada detik waktu itu, “Nico, awak telah mencapai impian terbesar awak, iaitu memenangi perlumbaan Monaco. Ini masanya untuk awak memberi ganjaran kepada diri anda sendiri dengan hadiah yang terbaik. Oleh itu, saya membeli kedua-dua jam tangan tersebut.

Saya seorang yang sangat konservatif, jadi ini adalah satu peristiwa yang sangat jarang saya lakukan dan mungkin satu-satunya jam tangan yang saya pernah beli untuk diri sendiri. Ia merupakan detik yang sangat istimewa bagi saya. Jam tangan ini menjadi tanda pengalaman hebat saya alami di Grand Prix Monaco. Ini adalah kemenangan yang pertama daripada tiga, yang mana adalah pencapaian terhebat sepanjang kerjaya saya dan menjadi sebahagian besar legasi Formula 1® saya.

JAM TANGAN NICO ROSBERG

Oyster Perpetual Submariner Date

Kongsi halaman ini