Michael Bublé mengimpikan untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal suatu hari nanti. Sebelum berjaya menjual 50 juta rakaman ke seluruh dunia, memenangi 4 anugerah Grammy, dan empat buah album yang berjaya mengungguli carta Billboard 200 berturut-turut, Bublé telah mengharungi pahit getir selama 10 tahun untuk merealisasikan impiannya. Setelah hampir setiap malam mendendangkan nyanyian untuk rakan-rakan dan keluarganya, usaha gigih Bublé akhirnya membuahkan hasil. Berikutan kejayaan album sulungnya, syarikat rakamannya menghadiahkan sebuah jam Rolex bagi menghargai titik peluh dan dedikasinya yang tak berbelah bahagi demi mencapai impian beliau.

Muzik telah sebati dengan jiwa saya sejak dahulu lagi. Saya telah menyerahkan seluruh jiwa dan raga terhadap muzik. Namun perjalanan saya ke tahap ini memang mengambil masa yang agak lama.

Malcolm Gladwell, seorang penulis tersohor dari Kanada pernah berkata, karya yang hebat memakan masa selama 10,000 jam untuk dihasilkan. Tepat sekali. Jika anda mahu mendalami sesuatu dan ingin menguasainya, korbankan sedikit masa. Jangan gentar dengan kegagalan. Semakin jauh saya pergi, semakin jauh saya meninggalkan zon selesa untuk menjadi lebih matang dan mengenali diri saya sendiri.

Jika anda mahu mendalami sesuatu dan ingin menguasainya, korbankan sedikit masa.

Keluarga dan rakan-rakan telah banyak membantu dalam memenuhi impian saya selama ini. Sering kali saya membuat persembahan di malam hari, tiada penonton yang hadir, melainkan keluarga dan rakan-rakan saya sendiri. Hampir tiada orang langsung. Selepas 10 tahun bertungkus-lumus untuk mencari haluan saya sendiri dan berharap agar diberi peluang, Warner Bros. Records akhirnya melamar saya dan menghadiahkan sebuah jam tangan Rolex setelah rakaman pertama meraih kejayaan. Berkat sokongan itu, saya menghadiahkan jam tersebut kepada bapa kerana saya rasa ia sangat bermakna untuknya. Sambil berseloroh, ibu memberitahu bahawa bapa saya selalu mengangkat sebelah tangannya yang memakai jam untuk memastikan ia tidak basah, walaupun ia kalis air.

Saya bukanlah seorang yang memandang harta. Saya berasal daripada keluarga sederhana yang bekerja keras. Menjadi seorang Testimoni Rolex 10 tahun yang lalu telah menjadi kayu ukur sejauh mana tahap saya sekarang ini. Sehingga sekarang, saya tidak pernah menanggalkannya, dan saya juga mengangkat sebelah tangan ketika mandi, sama seperti yang ayah saya lakukan.

Menjadi seorang Testimoni Rolex 10 tahun yang lalu telah menjadi kayu ukur sejauh mana tahap saya sekarang ini.

Saat-saat berharga saya bersama Rolex adalah apabila mengongsikan rasa cinta terhadap jenama tersebut kepada orang yang paling saya sayangi. Sudah agak lama saya bersama-sama dengan kumpulan saya, dan pada ulang tahun yang ke-10, saya menghadiahi setiap seorang daripada mereka dengan jam Rolex. Kini kami sudah seperti geng Rolex. Seorang lagi insan yang saya hadiahi ialah doktor yang menyelamatkan nyawa datuk saya. Apabila tiba saat untuk membuktikan betapa bermaknanya dia dalam hidup saya, tiada benda lain yang dapat saya bayangkan untuk dipakai olehnya dan saya sentiasa ingat bahawa dia telah banyak mengubah hidup saya.

Setiap kali melihat jam tangan, ia sama seperti melihat kejayaan saya selama ini. Dengan berkat usaha keras, dedikasi dan tuah yang menyebelahi saya, dorongan tidak putus-putus daripada insan yang mempercayai saya, dan diri saya sendiri yang tidak kenal erti mengalah — itu yang saya nampak. Saya melihat anak lelaki dari generasi nelayan yang tidak pernah menyangka yang dia akan memiliki sesuatu yang mewah seperti ini seumur hidupnya. Hebat rasanya apabila anda berjaya menggenggam sesuatu yang anda miliki hasil daripada titik peluh anda sendiri. Itulah contoh jelas yang berlaku jika anda tidak mengalah dan terus berjuang. Jangan pernah sesekali mengatakan tidak.

JAM TANGAN MICHAEL BUBLé

Oyster Perpetual Cosmograph Daytona

Kongsi halaman ini