Pemandu perlumbaan Mark Webber dilahirkan di Australia dan berpindah ke UK pada 1995 untuk mengejar impiannya, akhirnya membuat kemunculan pertamanya di Formula 1® pada 2002 di bawah bimbingan mentornya yang juga kawan rapatnya, iaitu legenda litar Sir Jackie Stewart. Namanya meningkat naik pada 2009 apabila beliau memenangi Grand Prix Jerman, mendaki podium lapan kali dalam tahun kejohanan tersebut. Kejayaan ini mendorongnya untuk mendapatkan Rolex yang pertama, GMT-Master II, sebagai simbol usaha gigih dan pengorbanan yang beliau curahkan dalam sukan itu. Beliau beralih ke perlumbaan ketahanan pada 2014, dengan masih memakai Rolex itu di tangannya.

Bapa saya ialah penjual motosikal di kawasan luar bandar yang kecil, New South Wales di Australia. Saya rasa saya mewarisi jiwa permotoran sejak kecil lagi. Dahulu, ayah saya pergi sendiri ke banyak perlumbaan secara mengembara tumpang untuk menonton Sir Jack Brabham dan Sir Jackie Stewart di Sydney. Perlumbaan sudah lama sebati dalam jiwa keluarga saya, dan saya amat gembira kerana ayah saya dapat mengikuti seluruh perjalanan karier saya.

Bagi saya, pemanduan kereta lumba ialah gabungan antara lelaki dan jentera yang dicabar ke tahap tertinggi, yang diiringi kecekalan serta keberanian. Saya ingin berlumba dengan orang-orang yang hebat, berlumba di trek dan arena terbaik dunia, dalam sukan berketepatan tinggi yang paling mencabar dan lasak yang ada pada perlumbaan kereta, dan itulah dia Formula 1®. Saya berpeluang untuk berlumba pada tahap sebegitu. Apa yang mendorong semangat kamu? Jujurnya, saya tidak pasti. Anda perlu terus mencuba dan sematkan azam, “Saya dahagakan kejayaan, saya harus buktikan saya boleh, saya mahu menimba ilmu daripada orang di sekeliling saya, saya akan bekerja keras demi memperbaiki diri,”

2009 ialah tahun yang gemilang buat saya. Keadaan tidak begitu mengizinkan menjelang penamat musim itu kerana saya mengalami kemalangan basikal gunung yang teruk. Kaki saya patah, bahu dan tulang rusuk retak, dan saya amat risau dengan fasa persediaan yang belum memadai. Namun, nahas ini mengajar saya erti kecekalan dan ketahanan, dan akhirnya menjuarai Formula 1® dalam keadaan itu adalah sangat luar biasa. Mengalahkan pemandu terbaik dunia melalui persaingan yang sihat tanpa tuah ataupun kebetulan, adalah begitu istimewa. 

Bagi saya, pemanduan kereta lumba ialah gabungan antara lelaki dan jentera yang dicabar ke tahap tertinggi, yang diiringi kecekalan serta keberanian.

Selepas kejayaan pertama itu, saya pun membeli Rolex GMT-Master II. Saya telah lama berhasrat untuk membeli hadiah yang sangat peribadi dan istimewa untuk diri saya; selepas kemenangan seperti itu, anda ingin memiliki sesuatu yang melambangkan usaha serta segala pengorbanan yang anda berikan. Saya mahukan sesuatu yang akan kekal selama-lamanya, sesuatu yang akan menemani saya sepanjang hayat saya dan dapat diwariskan kepada generasi seterusnya. Saya tahu yang Rolex GMT-Master II mampu memenuhi keinginan saya itu.

Pembelian ini amat istimewa bukan hanya kerana onak dan duri yang telah saya harungi, tetapi juga kerana terdapat sebahagian daripada Rolex ini menyimpan kenangan saya dengan Sir Jackie Stewart. Saya mula mengenali Jackie Stewart ketika saya masih berlumba dalam Formula 3 dan hubungan itu semakin kuat dan erat. Bagi saya, beliau bagaikan seorang ayah — sehingga sekarang. Banyak nasihat yang beliau telah berikan di dalam atau luar kokpit, di hentian pit; hampir dua puluh tahun kemudian, kami masih lagi akrab.

Saya mahukan sesuatu yang akan kekal selama-lamanya, sesuatu yang akan menemani saya sepanjang hayat saya dan dapat diwariskan kepada generasi seterusnya. Saya tahu yang Rolex GMT- Master II mampu memenuhi keinginan saya itu.

Ketika ayah saya berumur 70 tahun, saya ingin memberikannya sesuatu yang peribadi, daripada seorang anak kepada ayahnya. Rolex baru sahaja mengeluarkan Daytona baharu, dan saya ingin menghadiahkan jam tangan yang istimewa untuknya, yang melambangkan warisan perlumbaan terunggul kerana saya tidak mungkin menceburi perlumbaan jika bukan kerana ayah saya. Ia menjadi tanda perjalanan hidup yang telah kami harungi bersama. Saya cuma lelaki kampung dari Australia, jadi saya tidak pernah bermimpi untuk memiliki Rolex; anda hanya mampu melihat orang lain memakainya, itu sahaja. Jadi, apabila anda berpeluang untuk bekerja keras dan memiliki sesuatu yang anda boleh simpan buat selama-lamanya, itu menjadikannya lebih istimewa.

JAM TANGAN MARK WEBBER

Oyster Perpetual GMT-Master II

Kongsi halaman ini