Seawal usia 17 tahun, pemain golf profesional New Zealand kelahiran Korea, Lydia Ko melakar sejarah sukan sebagai pemain No.1 dunia termuda dalam bidang golf bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita. Beliau dikelompokkan dalam pemain golf amatur terbaik dengan rekod 130 minggu sebelum menjadi profesional. Namun begitu, bagi Ko, pencapaian ini hanya satu permulaan dan Rolex Yacht-Master miliknya merupakan simbol pencapaiannya dan masa depannya yang cerah.

Saya tidak begitu ingat apa sebenarnya yang saya fikirkan 14 tahun yang lalu. Tetapi ibu bapa saya memberitahu saya bahawa semua orang memuji, “Wah, kamu handallah!” Apabila kamu masih kecil dan orang memberitahu anda bagus dalam sesuatu hal, anda berasa seperti benar-benar bagus dalam bidang tersebut. Saya fikir itulah yang mendorong saya untuk terus berkecimpung dalam sukan ini.

Ketika saya memenangi kejohanan Persatuan Golf Wanita Profesional (LPGA) saya yang pertama pada 2012 di Terbuka Kanada, saya cuma mahu kekal dalam kelompok kelayakan dan bergaul mesra dengan peserta lain. Apabila saya memenangi acara LPGA, saya seakan-akan tidak percaya tetapi tidak lama kemudian, terdetik di hati saya “Wau! Bertuah rasanya dapat bermain bersama-sama pemain terbaik yang sering saya lihat di kaca TV.”

Apabila saya memenangi acara LPGA, saya seakan-akan tidak percaya tetapi tidak lama kemudian, terdetik di hati saya “Wau! Bertuah rasanya dapat bermain bersama-sama pemain terbaik yang sering saya lihat di kaca TV.

Saya terlihat Rolex Yacht-Master 37 ini dalam iklan dan TV lalu berkata, “Saya amat inginkan jam tangan itu.” Malah, saya memberitahu keluarga saya tentangnya.  Jam tangan ini ialah gabungan antara rupa tradisional dan gaya sukan yang ranggi. Lebih-lebih lagi sebagai atlet, ada bagusnya saya mempamerkan keseimbangan antara gaya ranggi dan tradisional yang elegan. Itulah sebab saya amat menyukainya, menampilkan keunggulan dua dunia yang terjalin indah.

Sebelum menjelangnya Kejohanan Evian, yang merupakan siri Utama terakhir tahun itu, tekanan untuk mengekalkan reputasi kian terasa, meliputi semua trofi dan gelaran yang diterima di penghujung kejohanan akhir musim tersebut. Jam tangan itu terngiang-ngiang dalam fikiran saya. Akhirnya, saya memenangi kejohanan Utama pertama saya. Saya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Rolex Tahun Ini bagi musim 2015. Sebelum minggu itu, saya berkata jika saya boleh memilih mana-mana anugerah, saya ingin memenangi Pemain Terbaik Rolex Tahun ini kerana ia menandakan bahawa kamu ialah pemain terbaik dan telah menjadi pemain terbaik sepanjang musim itu.

Apabila mereka mengatakan kepada saya, “Wau, kamu sekarang bergelar Pemain Terbaik Tahun Ini,” saya ingat lagi saya menangis teresak-esak [Ketawa]. Kakak saya ada di situ, saya memeluknya lalu menangis dan saya juga bimbang celak saya akan comot. Saya sungguh teruja apabila dianugerahkan jam tangan ini dan kini terukir, “Pemain Terbaik Tahun Ini 2015.” Ia detik yang membanggakan buat saya. Tiada siapa yang boleh merampasnya daripada saya, saya tahu yang saya akan kekal sebagai Pemain Terbaik Rolex Tahun Ini 2015.

Setiap kali saya menatap jam tangan ini, ia mengingatkan saya pada betapa gemilangnya tahun itu. Teringin rasanya untuk mengulangi detik itu dan mudah-mudahan akan muncul lagi satu tahun yang sehebat itu.

Pada saya, jam tangan bukan sahaja menceritakan kisah yang sedang terjadi tetapi juga sejarah lalu dan dapat meramal apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Setiap kali saya menatap jam tangan ini, ia mengingatkan saya pada betapa gemilangnya tahun itu. Teringin rasanya untuk mengulangi detik itu dan mudah-mudahan akan muncul lagi satu tahun yang sehebat itu.

JAM TANGAN LYDIA KO

Oyster Perpetual Yacht-Master 37

Kongsi halaman ini