Lindsey Vonn ialah pelumba ski gunung AS, yang terkenal sebagai salah seorang pemain ski paling berjaya di dunia. Pada 2013, kebolehannya untuk bermain ski berada di ambang bahaya apabila beliau mengalami kecederaan lutut yang menyebabkan dia terlepas musim penuh acara ski dan Olimpik di Sochi. Walaupun kecederaan itu memberikan tamparan hebat pada kerjayanya, keberanian dan kecekalannya telah mengubah dugaan ini menjadi sesuatu yang kini beliau anggap sebagai kekuatan terbesarnya. Ketika beliau dalam fasa pemulihan itulah, Lindsey membeli Rolex sebagai peringatan untuk tidak berputus asa.

Perasaan bermain ski tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Saya amat menyukainya. Saya rasa semua orang patut mencubanya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Saya berasa bebas berada di puncak gunung, itulah rumah saya. Ketika berlumba, saya hanya mengikut naluri saya.

Saya seorang yang berani dan saya yakin sifat itu memberi saya kelebihan besar dalam kerjaya saya sebagai seorang pemain ski. Saya tidak pernah gentar untuk meluncur lebih laju; saya sentiasa melakukan sehabis baik.

Saya mengalami banyak kecederaan sepanjang karier saya, namun ibu sayalah yang sering mendorong agar tidak pernah berputus asa. Dia menghidap strok ketika melahirkan saya dan hampir meninggal dunia, tetapi dia langsung tidak pernah mengeluh. Jika dia mampu menghadapi kesakitan itu, saya rasa kecederaan saya cuma perkara kecil saja. Dugaan dan kecederaan yang saya alami menjadikan saya insan yang lebih tabah.

Saya memakainya sebagai peringatan agar tidak pernah berputus asa.

Saya membeli Rolex selepas pulih daripada pembedahan lutut saya yang kedua. Hidup terasa kelam ketika itu, tetapi jam tangan itu menjadi tanda bahawa saya telah kembali, saya mampu mengharunginya, saya berjaya mengatasi halangan terbesar dalam hidup saya dan perjalanan saya belum lagi selesai. Saya memakainya sebagai peringatan agar tidak pernah berputus asa.

Ia menunjukkan kepada saya bahawa saya boleh melakukan apa sahaja dengan azam yang tekad. Walaupun saya telah meraih banyak kejayaan pada masa lalu, saya tahu banyak lagi yang boleh saya kecapi pada masa akan datang. Banyak episod pahit manis telah saya lalui, namun saya tetap memberikan yang terbaik kerana itulah erti sebenar kehidupan. Kemenangan bukanlah segala-galanya, apa yang penting ialah perjalanan untuk mengharunginya.

Saya selalu merasakan nasib hidup saya seperti sudah ditentukan dan tidak kira apa jua yang berlaku, saya percaya saya akan mencapai impian saya. Saya rasa, saya dilahirkan sebagai pelumba ski dan sebaik sahaja saya mencapai tahap tertinggi dalam sukan ini, saya akan berkecimpung dalam membantu gadis yang lain untuk turut mencapai impian mereka.

JAM TANGAN LINDSEY VONN

Oyster Perpetual Day-Date 40

Kongsi halaman ini