Sebagai penambahan kepada undi keyakinan daripada orang yang memberi testimoni, Rolex telah menerima banyak mesej sokongan secara spontan daripada pelanggannya, yang amat berpuas hati dengan ketahanan dan kebolehpercayaan jam tangan mereka. Kesemuanya menyebut tentang kualiti dan jangka masa hayat yang panjang, dan boleh dipakai dalam keadaan yang luar biasa. Rolex telah menyiarkan koleksi testimonial ini pada tahun 1957, 1969, 1981 dan 1990.

Dalam koleksi testimonial yang pertama, Hans Wilsdort telah menyebut dalam kata pengantar:

Dalam menyampaikan surat-surat ini kepada orang ramai, saya ingin menyatakan bahawa kami di Rolex amat berbangga akan surat-surat tersebut. Saya merasakan bahawa surat-surat itu menerangkan dengan lebih baik tentang jam tangan kami daripada kami sendiri.

Surat bertarikh 31 Mac 1982

DARIPADA EVEREST KEPADA ARKEOLOGI BAWAH LAUT

“Saya telah memakai Rolex Submariner selama 17 tahun dan memakainya sepanjang ekspedisi mendaki gunung diseluruh dunia (termasuklah Gunung Everest), penyelidikan arkeologi bawah laut (termasuklah penyelaman tertinggi di dunia pada 19,300 kaki di Chile Utara), merentasi padang pasir, terjun udara, penerokaan hutan dan juga beberapa penyelidikan antropologi. Saya percaya bahawa tidak ramai orang telah menggunakan Rolex dalam keadaan yang sangat ekstrem untuk tempoh masa yang lama. Namun ia tetap berfungsi dengan sempurna.”

Johan Reinhard, Ph.D. Illinois, Amerika Syarikat.

Surat bertarikh 10 Mei 1986

KAYU BALAK DARIPADA PEPEJAL BLOK AIS

“Saya merupakan pemain ski yang bersemangat dan sudah bertahun-tahun memakai Rolex. Saya ingin menceritakan kisah pendek mengenai pengalaman luar biasa saya dengan produk anda!

"Pada tahun 1985, saya telah menyertai pertandingan ski Piala Eropah berdekatan dengan Salzburg. Seperti mana dalam setiap pertandingan saya memerlukan Rolex saya hampir sama seperti ski saya. Malangnya, saya mendapati saya kehilangan jam tangan saya pada akhir perlumbaan tersebut.

"Saya segera memaklumkan kepada Pejabat Pelancongan dan meminta mereka untuk memaklumkan kepada saya dengan segera jika jam tangan saya ditemui. Saya hampir putus asa apabila setelah dua bulan setengah selepas itu, saya menerima satu panggilan. Ia adalah sukar dipercayai tetapi seseorang telah menemui jam tangan saya di dalam salji - ia telah terbeku dalam ais selama lebih dua bulan.

"Orang yang menemuinya terpaksa memecahkan ais tersebut menggunakan tukul. Dan yang lebih menakjubkan lagi, Rolex tersebut masih lagi berfungsi, jarum saat dan tarikh masih lagi berfungsi. Saya amat teruja melihat produk anda ternyata tahan lasak!”

Christa Kinshofer, Jerman.

Surat bertarikh 8 Mei 1989

HARTA KARUN DI ATAS TERUMBU KARANG

“Pada November 1988, Lady-Datejust saya yang berusia 12 tahun telah hilang semasa saya berperahu di persisiran St Vincent Gulf. Saya berfikir saya telah kehilangan jam tangan yang amat saya hargai itu buat selamanya. Tidak menaruh harapan yang tinggi, saya memaklumkan kepada Rolex Australia, jika ada keajaiban, jam tangan saya boleh dikenalpasti jika dijumpai.

"Pada bulan Mac, saya menerima satu panggilan telefon untuk memaklumkan kepada saya bahawa jam tangan saya telah dijumpai. Jam tangan saya telah hanyut ke perkarangan pantai dan telah dijumpai tujuh minggu selepas hilang - walaupun keadaannya sedikit tidak menarik untuk dipakai, namun ia masih berfungsi! Saya sangat teruja dan mempunyai sebuah kisah yang menarik untuk dikongsi berulang kali.

"Saya yakin anda akan lebih teruja mendengar satu lagi testimoni saksi kepada nama baik Rolex.”

M. Higgerson, Selatan Australia

Surat bertarikh 22 Julai 1982.

ROLEX TERSELAMAT DARIPADA KEMALANGAN PERLUMBAAN BOT LAJU GRAND PRIX

“Pada penghujung musim lalu, saya telah terlibat dengan satu kemalangan ngeri bot kuasa tinggi sewaktu mengambil bahagian dalam Belgian Grand Prix di Sungai Meuse.

“Semasa saya mengetuai perlumbaan tersebut di separuh jalan bot saya diangkat oleh angin yang kuat. Pada waktu itu saya berada dalam kelajuan 200 kph.

“Hasil daripada kemalangan itu, bot saya hancur berkecai dan saya dikejarkan ke hospital dengan 10 tulang rusuk patah dan paru-paru yang ditusuk, dari mana saya telah pulih sepenuhnya.

“Sepanjang kemalangan tersebut saya memakai jam tangan Rolex Oyster Perpetual Submariner-Date di pergelangan tangan kiri saya yang mana walaupun mengalami kerosakan permukaan yang kekal namun sehingga kini masih lagi mengekalkan ketepatannya.

“Saya sentiasa mengkagumi jam tangan Rolex dan kejadian ini telah membuktikan betapa hebatnya jam tangan buatan mereka.

Allan Nimmo, Stirlingshire, UK.

Surat bertarikh 28 November 1988

DIBAKAR SEHINGGA BERWARNA PERANG TETAPI MASIH BERFUNGSI

"Beberapa tahun dahulu, semasa saya melakukan kerja mekanikal pada trak pacuan 4 roda saya, secara tidak sengaja saya terpukul GMT-Master saya (dan juga pergelangan tangan saya) dengan sepana yang tergelincir dari pegangan saya. Jam tangan saya telah melindungi pergelangan tangan saya dengan sedikit lebam, tetapi kristal pada jam tersebut retak kerana menerima hentakan yang kuat.

"Tidak lama kemudian, saya dapati terdapat kelembapan yang terkumpul dalam kristal yang retak itu. Saya berada di luar dan terkena air hujan pada ketika itu. Saya agak kecewa kerana tiada lagi yang lebih merosakkan sebuah jam tangan dari kelembapan dan saya juga tidak dapat membuka penutup jam itu untuk mengeringkannya.

"Pada malam itu, sewaktu makan malam saya berfikir ia mungkin membantu jika saya meletakkan jam tangan itu di tempat yang hangat agar dapat mengeringkan kelembapan sedikit. Saya meletakkan jam tangan itu diatas bekas pie di ketuhar dapur kami dimana ia mungkin akan dipanaskan oleh kehangatan lampu gas. Saya kemudian berehat.

"Keesokan paginya, saya amat terkejut melihat jam tangan saya telah dibakar sepanjang malam! Saya telah terlupa untuk memberitahu isteri saya dimana saya letakkan jam tangan tersebut sebelum masuk tidur.

"Isteri saya bekerja lewat untuk sebuah projek komputer. Isteri saya berasa lapar dan memutuskan untuk menyediakan sedikit makanan mengunakkan pemanggang yang terletak dibawah ketuhar dapur. Dia tidak membuka ketuhar dapur tersebut.

"Tidak perlu bercakap banyak, haba tersebut (saya percaya telah sampai sehingga 500°F) telah menyerap kelembapan itu! Ia juga telah membuatkan kristal dan bezel daripada penutup jam tangan meletup dan membakar dail jam sehingga menjadi warna perang. Jam tangan itu masih lagi berfungsi!

"Pembuat jam tangan di kedai pembaikan Rolex amat terkejut dengan kejadian ini. Saya menjadi selebriti kepada pemilik dan kakitangan kedai itu (saya pasti kerana kejadian itu agak lucu) Selepas proses pembersihan, pelinciran, pelarasan yang menyeluruh dan penggantian kristal, GMT-Master saya kembali kepada saya dan berfungsi seperti sedia kala. Dail jam tidak diganti tetapi bintik-bintik cahaya mula pudar menjadi putih kembali!”"

J.J. Adams, CDR USNR California

Surat bertarikh 1954

PERGEMBARAAN KE SAHARA

Saya dengan gembiranya memberitahu anda bahawa saya amat berpuas hati dengan Rolex saya. Ia sememangnya telah memberikan saya perkhidmatan yang amat baik, kerana ia telah benar-benar ‘melaluinya’. Perjalanan kami tidak diberkati dengan cuaca yang baik. Kami terpaksa bergelut dengan ribut pasir yang dahsyat, yang kadangkala berterusan berhari-hari tanpa henti.

“Saya membawa jam tangan biasa untuk membandingkan prestasinya bersama Rolex, namun ia telah rosak selepas 5 hari.

Sebaliknya, Rolex saya tetap mengkagumkan dan saya memberi jaminan saya tidak mengetepikannya dalam apa jua keadaan.

“Saya ingin menambah yang Rolex saya dikagumi oleh semua jenis orang di padang pasir itu.

“Apa yang paling menarik minat mereka adalah kemampuan jam tangan itu berputar secara automatik, tapi lebih menarik mereka lagi adalah ciri kalis air yang saya sentiasa gembira untuk membuktikannya.

H.-C. Golay

Surat bertarikh 1954

MERENTASI LAUT ATLANTIK

“Saya ingin memberitahu anda mengenai jam tangan Rolex Explorer yang dipakai oleh kami semua semasa merentasi laut Atlantik sebanyak dua kali dalam kapal layar motor ‘Aries’ saya, dimana kami telah merekodkan satu rekod baru dalam perjalanan merentasi laut Atlantik sebanyak dua kali dengan hanya menggunakan bot kuasa kecil. Kami bergantung sepenuhnya pada jam tangan kami, bukan saja untuk merekod masa tetapi juga untuk navigasi.

"Keupayaan jam tangan untuk mengekalkan masa yang tepat agar kami dapat menavigasi perjalanan kami dengan jayanya dibawah keadaan yang paling mencabar telah dibuktikan sepenuhnya.”

C. Harcourt-Smith

Kongsi halaman ini