Juan Diego Flórez merupakan salah seorang penyanyi opera yang paling terkenal dan digemari pada zamannya. Nyanyiannya yang ekspresif dan merdu serta kehebatannya menjadikan beliau tenor pilihan bagi panggung opera terkemuka dunia. Flórez mula bernyanyi dan mendendangkan lagu rakyat Peru serta muzik pop sejak kecil lagi, namun latihan dan kelunakan suaranya telah menarik beliau masuk ke dunia opera. Beliau membeli Rolex tatkala kerjayanya sedang memuncak dan ia telah membawa banyak tuah dan beberapa kejutan dalam hidupnya.

Pada 2003, banyak detik manis yang terjadi pada diri saya dan Rolex saya menjadi saksi segalanya. Saya baru mencecah umur 30 tahun, saya telah menyanyi di opera terunggul dan meraih kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan profesional saya. Beberapa hari selepas membeli jam tangan ini, saya bertemu dengan isteri saya, Julia ketika sesi menurunkan autograf selepas persembahan La Sonnambula di Vienna. Dari saat itu, kami mula mengembara dunia bersama-sama.

Kami tiba di New York pada 2011 kerana saya perlu membuat persembahan di opera Rossini yang meraih sambutan hangat yang dinamakan Le Compte Ory di Metropolitan Opera yang akan disiarkan di pawagam yang ditonton jutaan manusia di seluruh dunia. Pada waktu itu, isteri saya Julia mengandung lapan bulan. Beberapa hari sebelum itu, saya ingat lagi saya berbisik ke perut isteri saya seraya memberitahu anak saya, “Harap kamu lahir pada mana-mana hari yang anda mahu, tetapi janganlah keluar pada 9 April,” kerana persembahan utama jatuh pada tarikh itu jam 1 tengah hari.

Pada 8 April jam 11 malam, Julia mula mengalami kontraksi. Kami merancang bersalin di rumah di pangsapuri yang kami sewa di New York jadi pada pukul enam pagi, saya menelefon bidan untuk datang ke rumah kerana kontraksi semakin lama dan kuat. Memandangkan isteri saya harus tenang dan menumpukan perhatian semasa bersalin, kami mematikan semua telefon di pangsapuri. Rolex saya memainkan peranan yang sangat penting semasa kelahiran ini kerana ia satu-satunya pembantu untuk memberitahu masa kepada saya. Pada masa yang sama, ia menjejaki waktu kelahiran anak saya dan juga persembahan. Saya sentiasa melihat jam tangan saya dan berfikir, “Saya masih ada masa.” Jam tangan itu ialah mata saya. Ia merupakan sahabat saya, sahabat rahsia saya. Saya sangat tenang tetapi pada masa yang sama, sangat berjaga-jaga.

Jam tangan itu ialah mata saya. Ia merupakan sahabat saya, sahabat rahsia saya. Saya sangat tenang tetapi pada masa yang sama, sangat berjaga-jaga.

Tepat 12:26 tengah hari, Leandro dilahirkan dan selepas sepuluh minit menatap wajahnya, saya akhirnya berkata, “Saya terpaksa pergi dahulu, saya perlu menyanyi!” Saya bergegas ke opera, sambil menjejaki masa melalui Rolex saya. Apabila saya tiba di Met tepat 13 minit sebelum pertunjukan, saya mendengar tenor pengganti memanaskan suara kerana mereka tidak dapat menghubungi saya. Saya terlalu gembira sehinggakan saya berteriak, “Saya sudah menjadi seorang ayah! Anak lelaki saya telah dilahirkan!” Malah, pengacara turut mendengar teriakan saya lalu mengumumkannya kepada hadirin dan semua orang yang menonton siaran tersebut di seluruh dunia. Dari situlah keluarga saya di Peru dan rakan-rakan saya di Eropah mengetahui berita itu, ketika menonton siaran di pawagam. Akhirnya, saya rasa kami bermula lima minit lewat dan walaupun saya tidak tidur malam sebelumnya, itulah salah satu persembahan terbaik yang saya berikan kerana jiwa saya dipenuhi kebahagiaan dan adrenalin! Segala-galanya berjalan lancar pada hari itu: nyanyian, opera, kelahiran dan juga siaran. Ia memahat satu memori istimewa yang akan saya abadikan dalam hidup saya.

Segala-galanya berjalan lancar pada hari itu: nyanyian, opera, kelahiran dan juga siaran. Ia memahat satu memori istimewa yang akan saya abadikan dalam hidup saya.

Persepsi saya terhadap masa telah berubah sejak saya menimang cahaya mata. Tiada apa yang lebih penting daripada keluarga saya, merekalah erti kebahagiaan dalam hidup saya. Saya merancang jadual saya dengan memikirkan keluarga saya, bilakah saya akan bertemu dengan mereka, agar tidak terlepas peristiwa penting. Keutamaan saya telah berubah, saya menjadi lebih santai dan Rolex saya sentiasa mengingatkan saya tentang itu. Jam tangan ialah harta yang amat menyentuh emosi dan peribadi kerana anda melalui banyak saat indah bersamanya, bukan sahaja dari aspek profesional, malah dalam kehidupan peribadi. Saya rasa sebab itulah jam tangan menjadi sebahagian daripada anda. Apabila saya memandang Rolex saya, saya tidak sekadar melihat hari saya bertemu isteri saya dan kelahiran anak saya Leandro, saya terbayang persembahan dan ucapan yang menyentuh perasaan, saya melihat percutian dengan keluarga saya dan persahabatan sejati. Saya nampak kebahagiaan.

JAM TANGAN JUAN DIEGO FLÓREZ

Oyster Perpetual Datejust

Kongsi halaman ini