James Cameron merupakan simbol kejayaan pembikinan filem. Filem beliau Titanic merangkul 11 Oscar yang menggondol anugerah terbanyak setakat ini manakala Avatar memegang rekod sebagai filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Cameron memilih projek dengan teliti. Beliau hanya menyahut cabaran seandainya dia tahu yang dia mampu melakukan sebaik mungkin. Bukan setakat dalam kerjanya sebagai pembuat filem, malah beliau mengambil pendekatan yang sama sebagai seorang peneroka. Bagi Cameron, Rolexnya sentiasa menjadi simbol pencarian yang berterusan untuk membongkar rahsia yang tersembunyi; setelah menemani beliau dalam ekspedisi yang tidak terkira banyaknya sepanjang 20 tahun yang lalu, ia kini telah menemui rumah baharunya di pedalaman Amazon.

Dahulu, saya ialah kanak-kanak lurus yang benar-benar gilakan sains, misalnya sebagai seorang pencinta alam serta keluar mengumpul serangga, ular, kupu-kupu dan sampel. Cita-cita pertama saya adalah menjadi seorang peneroka, bukannya pembuat filem. Pembikinan filem datang selepas itu.

Sebagai seorang kanak-kanak, saya akan menonton filem luar biasa yang menakjubkan, yang akan membawa saya ke alam lain. Apabila saya membuat keputusan untuk menjadi pembuat filem, saya ingin memberi orang lain perasaan yang saya alami di panggung wayang tersebut sewaktu kecil dahulu.

Saya menulis cerita Avatar pada tahun 1995 berdasarkan idea yang terbit ketika saya berada di kolej pada usia 19 tahun, jadi hampir 20 tahun lebih awal. Kemudian, kami mengambil masa lagi 10 tahun sebelum menjayakan pembikinan filem itu.

Saya berfikir, apakah benda yang saya ada yang boleh saya berikan kepadanya, sesuatu yang sangat peribadi dan bernilai buat saya yang setanding dengan pemberiannya yang amat bermakna kepada saya. Jadi, saya memberi dia Rolex Submariner saya.

Semasa membuat jalan cerita Avatar, saya melakukan banyak penyelidikan tentang budaya orang asli dan saya mendapati bahawa perjuangan yang getir ini masih lagi terjadi. Orang asli masih dipaksa berpindah, manakala budaya mereka dimusnahkan. Saya menyedari bahawa kejayaan Avatar mencipta satu tanggungjawab besar bagi saya, saya rasa terpanggil untuk terlibat dan boleh dikatakan menjadi aktivis yang memperjuangkan hak-hak Orang Asli.

Saya telah bersahabat dengan Ropni, ketua orang Kayapo yang tinggal jauh di kedalaman Amazon. Dia memberi saya beberapa hadiah yang istimewa, barang yang mempunyai makna yang besar buat dirinya serta menjadikan saya salah seorang daripada orang Kayapo menerusi upacara penamaan. Dalam budaya mereka, pemberian ini merupakan warisan yang amat berharga. Saya pun berfikir, “Apakah benda yang saya ada yang boleh saya berikan kepadanya, sesuatu yang sangat peribadi dan bernilai buat saya yang setanding dengan pemberiannya yang amat bermakna kepada saya.” Jadi, saya memberi dia Rolex Submariner saya.

Saya membeli jam tangan itu 20 tahun yang lalu dan ia bersama saya setiap hari: saya memakainya ketika membuat filem Terminator 2, meletupkan segala benda dan meluncur di atas lori tatkala menunggang motosikal dengan tempat duduk sisi, sambil memegang kamera hanya dua kaki dari roda trak bertayar 18 yang sedang berpusing. Saya memakainya kali pertama sewaktu melihat sendiri kapal Titanic melalui tingkap magun kapal selam, dan saya memakai jam tangan yang sama serta bertali leher hitam ketika naik ke pentas untuk menerima anugerah Oscar bagi pengarahan Titanic.

Sememangnya peneman yang amat setia. Orang datang dan pergi — jam tangan sentiasa ada di sisi.

Saya membeli jam tangan yang saya pakai hari ini sebagai pengganti bagi jam tangan yang saya beri kepada Ropni. Apabila saya menatapnya, saya terkenang semua perkara yang telah saya lalui bersama Submariner dahulu. Saya terbayang semua tempat yang kami telah pergi bersama, dari dasar laut hinggalah bermain dengan anak-anak saya dan duduk menulis jalan cerita. Sememangnya peneman yang amat setia. Orang datang dan pergi — jam tangan sentiasa ada di sisi.

Pengembaraan jam tangan ini baru saja bermula.

JAM TANGAN JAMES CAMERON

Oyster Perpetual Submariner Date

Kongsi halaman ini