Pemain tenis kacukan Sepanyol Venezuela, Garbiñe Muguruza belajar tentang pentingnya usaha gigih dari usia lima tahun lagi apabila ibu bapanya memutuskan untuk berpindah ke negara lain untuk menyokong kerjayanya. Muguruza mengambil masa 16 tahun untuk beliau akhirnya memulakan kebangkitannya pada 2014. Beliau membeli Rolex pertamanya sempena tahun penuh kejayaan itu untuk mengingatkan dirinya apabila tersenarai dalam 20 Teratas buat kali pertama – dan pengorbanan itu datang dengan satu hadiah.

Ketika saya berumur lima tahun, keluarga saya membuat keputusan yang sukar untuk berpindah dari Venezuela ke Sepanyol. Ibu bapa saya mengorbankan segala-galanya supaya saya dapat menjadi pemain tenis profesional. Saya memahami bahawa pengorbanan akan dibalas dengan ganjaran.

Ibu bapa saya mengorbankan segala-galanya supaya saya dapat menjadi pemain tenis profesional. Saya memahami bahawa pengorbanan akan dibalas dengan ganjaran.

Kejayaan saya dalam tenis mengharungi jalan yang berliku. Semua ini berkisar tentang persediaan sebelum kejohanan kerana apabila kami tampil untuk beraksi, segala-galanya sudah digilap: semua orang melihat kami di gelanggang yang luas itu dengan pakaian serba cantik dan tampak indah, tetapi itu bukanlah kehidupan sebenar. Kehidupan sebenar diharungi di bilik persalinan ketika tiada siapa yang menonton, dengan air mata dan ketakutan sebelum dan selepas permainan, serta latihan berjam-jam tanpa henti.

Setiap kali melangkah ke dalam gelanggang, saya tahu bahawa saya perlu berani. Ada ketikanya, anda tidak harus gentar. Ketakutan itu ada bagusnya, ia mengingatkan anda bahawa anda mendambakan kejayaan. Saya dahagakan kemenangan, saya suka mencuba dan bermain dengan semangat juang yang tinggi. Saya tahu ada seseorang yang mahu menewaskan saya tetapi semangat saya lebih berkobar-kobar ingin mengalahkannya.

Setiap orang mempunyai harapan masing-masing dan saya rasa keagungan berjaya dikecapi apabila anda mencapai matlamat anda sendiri — tidak kira sebesar atau sekecil apapun matlamat itu. Pada tahun 2014, saya mengharungi tahun yang hebat, saya mara hingga pusingan keempat di Terbuka Australia dengan mengalahkan wira zaman kanak-kanak saya, Serena Williams untuk kali pertama dan akhirnya berada dalam 20 teratas, yang merupakan satu langkah yang amat bermakna buat saya.

Sejak saya masih kecil, kedua-dua ayah dan ibu saya memakai Rolex dan saya sering mengimpikan untuk memilikinya. Tetapi ayah saya selalu memberitahu saya, "Kamu perlu berusaha mendapatkannya, kamu perlu bekerja keras dan suatu hari nanti, kamu akan berpeluang untuk membelinya sendiri." Pada penghujung tahun tersebut, saya merasakan bahawa saat yang ditunggu akhirnya tiba, bahawa ia merupakan ganjaran berharga atas apa yang telah saya capai.

Saya ingin mendapatkan sesuatu yang sama hebatnya seperti tahun tersebut, sesuatu yang akan sentiasa mengingatkan saya tentang saat ini sebelum saya mengorak langkah lebih jauh. Sekitar Krismas tahun itu, saya mengajak ibu bapa saya untuk membeli jam tangan saya yang pertama, diukir dengan nama saya dan tahun 2014.

Setiap kali saya menatap jam tangan ini, saya nampak kegembiraan. Saya melihat diri saya bekerja keras untuk perkara yang saya inginkan, saya melihat diri saya menjadi wanita yang berdikari. Saya melihat diri saya berkorban apa sahaja untuk mengejar impian saya.

JAM TANGAN GARBIÑE MUGURUZA

Oyster Perpetual Datejust 36

Kongsi halaman ini