Ed Viesturs adalah salah seorang daripada hanya segelintir pendaki dalam sejarah dan satu-satunya rakyat Amerika yang sampai ke kemuncak kesemua empat belas puncak 8,000 meter (26,000 kaki) di dunia tanpa oksigen tambahan. Pada tahun 2005, dengan pendakian puncak ke-14 beliau – Annapurna – salah satu puncak yang paling berbahaya di dunia, Viesturs dianugerahkan sebagai Pengembara National Geographic Terbaik tahun Ini. Secara keseluruhannya, Viestur yang dilengkapi dengan Oyster Perpetual Explorer II, telah melakukan 21 pendakian gunung yang melebihi ketinggian 8,000 meter, termasuk tujuh kali bagi Gunung Everest.

Salah satu kegembiraan terbesar ialah apabila anda mencapai matlamat anda, apabila anda sampai ke puncak dan anda tahu bahawa semua perkara yang anda lakukan untuk mempersiapkannya, kini berhasil. Ia begitu menagihkan kerana anda telah merasakan perasaan yang hebat itu dan mahu merasainya kembali. Saya telah mendaki ke puncak Everest sebanyak tujuh kali dan setiap pendakian itu adalah unik. Ia adalah sebuah tempat di mana anda ingin tinggal di sana untuk selama-lamanya, tetapi tidak boleh.

Pada mulanya, saya berfikir bahawa mendaki hanya akan menjadi sebuah hobi, bukan profesion, dan setelah mendaki tiga 'lapan ribu' yang pertama − Everest, K2 dan Kangchenjunga − entah bagaimana, saya telah pun mendaki kesemua tiga puncak tertinggi di dunia. Saya fikir, mengapa tidak cuba mendaki kesemua 14, "Saya telah mendaki tiga, hanya tinggal 11 sahaja lagi." Saya membuat keputusan dan menggelarkannya sebagai Endeavor 8000.

Apabila saya telah melengkapkan projek Endeavor saya yang mengambil masa selama 18 tahun, saya turun ke kaki gunung Annapurna − ketika itulah pendakian itu berakhir, bukan di puncak tetapi di bahagian bawah − saya amat berbangga dengan apa yang telah saya lakukan kerana ia adalah sebuah perjalanan peribadi, tiada siapa yang memberitahu saya untuk melakukannya, ianya sesuatu yang saya mahu lakukan. Semua pendakian ini telah mengajar saya bahawa apa-apa yang mustahil atau tidak boleh dicapai, jika anda mempunyai kesabaran dan semangat, anda boleh mencapai hampir apa sahaja yang minda anda tetapkan. Saya benar-benar boleh mengatakan bahawa, jika anda boleh melihat ke belakang dan berkata, "Saya menjalani kehidupan impian saya," itu sebuah kehidupan yang baik.

Penjagaan masa adalah kritikal. Untuk seorang penjelajah, jam tangan yang anda miliki hendaklah boleh dipercayai. Ia mestilah tidak boleh dihancurkan, kalis air, tahan kejutan dan mudah digunakan. Perancangan untuk naik adalah sebahagian daripada pendakian tetapi yang paling penting bagi saya ialah perancangan untuk turun. Dengan mengetahui jam berapa saya perlu sampai, saya akan mengetahui jam berapa saya perlu mula bergerak. Bagi saya, kebiasaannya adalah pada tengah malam. Sekiranya saya tidak berada di puncak pada masa itu, peraturannya adalah saya terpaksa pusing ke belakang. Saya begitu kritikal tentang hal ini.

Saya benar-benar boleh mengatakan bahawa, jika anda boleh melihat ke belakang dan berkata, "Saya menjalani kehidupan impian saya," itu sebuah kehidupan yang baik.

Saya mempunyai Rolex Explorer II yang saya terima pada tahun 1994 ketika saya telah memanjat tiga daripada semua puncak 8,000 meter dan saya baru sahaja mula mendapat idea untuk mendaki kesemua 14. Saya memakai Explorer II pada setiap hari sejak dari saat itu, pada semua pendakian dan masih memakainya hingga ke hari ini. Apabila saya sampai ke puncak Annapurna, gunung yang terakhir dalam senarai, saya berada di puncak pada tepat jam 2.00 petang − satu detik yang saya ingat secara khusus − saya sampai ke puncak pada waktu yang tepat dan jam tangan ini ada bersama saya.

Saya memakai Explorer II pada setiap hari sejak dari saat itu, pada semua pendakian dan masih memakainya hingga ke hari ini.

Jam tangan ini adalah peringatan tentang perjalanan yang saya telah lalui dan ia pergi bersama saya. Setiap tahun, anda akan mendapat peralatan yang baharu kerana ia adalah inovatif atau lebih ringan atau lebih baik − ini adalah satu item peralatan yang tidak pernah berubah kerana ia bersifat abadi dari aspek rupa, fungsi dan saya tidak perlu menggantikannya. Barangkali, ia adalah peralatan terpenting yang ada bersama saya pada semua pendakian.

Setiap tahun, anda akan mendapat peralatan yang baharu kerana ia adalah inovatif atau lebih ringan atau lebih baik − ini adalah satu item peralatan yang tidak pernah berubah.

Explorer II telah membantu saya untuk mencapai matlamat dalam pelbagai cara dan ia turut memastikan saya terus bernafas kerana banyak keputusan yang dibuat di pergunungan adalah berdasarkan masa, tanpa masa, tanpa jam tangan ini, mungkin saya tidak akan berada di sini pada hari ini.

JAM TANGAN ED VIESTURS

Oyster Perpetual Explorer II

Kongsi halaman ini