Seorang Testimoni Rolex sejak tahun 1994, David Doubilet adalah perintis dan salah seorang daripada jurugambar dalam air yang terkenal di dunia. Selepas menerbitkan artikel pertamanya dalam National Geographic pada tahun 1971, dengan pantas beliau mendapat pengiktirafan sebagai salah seorang jurugambar teratas majalah. Lensa David Doubilet telah merakamkan semua perairan di planet ini. Imej luar biasa ini menyumbang kepada minat masyarakat awam terhadap lautan serta makhluk di dalamnya dan pada masa yang sama menggalakkan pemeliharaannya. Mengiringi beliau untuk selama lebih daripada 50 tahun pengembaraan adalah seutas jam tangan Rolex, yang telah menyaksikan sekitar 27,000 jam di dalam air dan pengalaman yang lain daripada yang lain.

 

 

Bagi saya, penerokaan bermaksud pergi ke suatu tempat dan melihat sesuatu yang baharu − tetapi untuk saya dan isteri, Jennifer Hayes, ia turut melibatkan tanggungjawab untuk membawa pulang imej yang membuka mata orang terhadap laut − itulah penerokaan. Kita hidup di planet yang sebahagian besarnya adalah air. Ini bermaksud terdapat dunia alternatif yang sangat cantik dan kompleks. Ia adalah dunia di mana anda tidak mempunyai berat badan dan anda boleh bermimpi, tetapi mimpi yang anda lihat adalah benar.

Ketika saya mula menyelam, setiap selaman adalah sebuah pelayaran penemuan. Sekarang, kami mendokumentasikan masa, tempat dan lautan yang berubah dengan pantas. Di sinilah fungsi fotografi: untuk membuka mata orang ramai kepada keindahan lautan dan hakikat bahawa lautan adalah enjin untuk planet kita.

Minat saya bermula ketika saya berumur lapan tahun di perkhemahan musim panas di Pergunungan Adirondack, New York. Saya memakai topeng, saya pergi ke bawah air di dalam sebuah tasik kecil dan hidup saya terus berubah. Saya nampak syaf lampu hijau dengan ikan kecil berenang melaluinya... Saya masih ingat hingga ke hari ini.

Saya dibesarkan di Kota New York , bukanlah sarang untuk fotografi dalam air tetapi saya bercita-cita untuk menjadi seorang jurugambar National Geographic. Bekerja untuk National Geographic adalah satu-satunya tingkap terbaik untuk meneroka dunia dan selepas 70 buah cerita, saya telah melihat sebahagian besar daripada dunia dalam air kita serta ia telah memberi saya satu perspektif mengenai kehidupan yang tidak ternilai.

 

Bekerja untuk National Geographic adalah satu-satunya tingkap terbaik untuk meneroka dunia dan selepas 70 buah cerita, saya telah melihat sebahagian besar daripada dunia dalam air kita serta ia telah memberi saya satu perspektif mengenai kehidupan yang tidak ternilai.

Alatan yang terpenting untuk mengambil gambar dalam air adalah rasa ingin tahu, rasa ingin tahu yang tidak pernah puas dan pastinya cahaya. Seterusnya adalah peralatan, bukan hanya selongsong dalam air tetapi juga jam tangan iaitu Rolex.

Saya membeli Rolex pertama saya ketika berusia 16 tahun dan Rolex telah bersama saya di sepanjang kerjaya di National Geographic. Saya masih ingat Kapten Jacques Cousteau memakai Rolex dan juga Luis Marden, wira saya di National Geographic, memakai Rolex. Ketika saya membeli Rolex pertama saya, ia adalah masa dan tempat yang menandakan hidup saya. Saya merupakan seorang penyelam yang bekerja di makmal marin dan saya memerlukan seutas jam tangan. Jam tangan saya sebelum ini sentiasa dipenuhi air, ia seperti sebuah akuarium! Ia tidak pernah berfungsi. Rolex merupakan jam tangan bawah air dan ini adalah pada tahun 1962. Saya tidak mampu untuk membeli jam tangan dan talinya, dan saya bertanya, "Bolehkah saya membeli jam tangan sahaja?" Dan mereka berkata, "Ya!" Mereka menjual jam tangan dan tali getah kepada saya. Dan dua tahun kemudian, saya mampu membeli gelangnya. Rolex tersebut telah berada di pergelangan tangan saya untuk selama 56 tahun hingga kini.

Jam tangan saya sebelum ini sentiasa dipenuhi air, ia seperti sebuah akuarium! Ia tidak pernah berfungsi. Rolex merupakan jam tangan bawah air dan ini adalah pada tahun 1962.

Kita hidup dalam dunia berkuasa bateri tetapi di dalam air, jam tangan mekanikal adalah payung terjun saya. Komputer gagal berfungsi, tetapi tidak Rolex. Ia kekal menjaga masa. Baru-baru ini, saya membawa sebuah komputer menyelam ke kedalaman 150 kaki dengan tangki oksigen ke arah sebuah bangkai kapal terbang Jepun yang baru ditemui di Filipina. Komputer gagal, jam tangan terus berfungsi.

Rolex yang saya pakai sekarang adalah dari model Deepsea dan ia sama pentingnya seperti Rolex pertama saya. Ia adalah jam tangan yang terkandung di dalamnya pelbagai sejarah. Saya tidak akan menyelam tanpa Rolex saya. Di bawah air, masa adalah sangat berharga, kadang-kadang lebih berharga daripada cahaya, kadang-kadang ia berharga seperti udara. Ia adalah rangkuman satu hari penuh yang dimampatkan kepada minit dan saat. Ia harus benar-benar tepat. Nyawa anda bergantung pada jam tangan ini.

Rolex tersebut telah berada di pergelangan tangan saya untuk selama 56 tahun hingga kini.

Jam tangan ini penuh dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kami telah menyaksikan kemusnahan dan perubahan, dan kami juga telah melihat harapan. Saya fikir, idea untuk membawa Rolex iaitu sebuah teknologi mekanikal yang luar biasa ke dalam dunia sebenar, dunia yang paling sukar: laut terdalam, laut paling sejuk dan gunung tertinggi merupakan tradisi serta komitmen berterusan Rolex. Bagi saya, berenang dengan Rolex di perairan Lautan Artik yang sejuk atau laut tropika yang panas di Papua New Guinea merupakan tempat yang perlu dilalui oleh masa − dan Rolex ada bersama.

JAM TANGAN DAVID DOUBILET

Oyster Perpetual Rolex Deepsea

Kongsi halaman ini