Juara tenis Amerika, Chris Evert berusia 17 tahun ketika beliau melakukan debut Wimbledon pada tahun 1972. Evert telah bersara pada tahun 1989 dengan 18 gelaran perseorangan Grand Slam® dan 90 peratus rekod peratusan kemenangan dalam kerjaya. Hari ini, ketika memasuki "peringkat ketiga" kehidupannya, beliau mengenang kembali keyakinan yang dicetuskan sukan tenis ke atas dirinya dan Rolex yang mewakili semua peringkat hidupnya.

Saya sangat malu ketika masih muda tetapi apabila saya mula bermain tenis, gelanggang telah menjadi sebuah pentas untuk saya. Saya telah temui sesuatu yang saya lakukan dengan baik dan itu meningkatkan keyakinan dalam diri. Saya sangat sukakan tepukan daripada penonton untuk saya, saya sukakan perhatian sedemikian. Tenis telah membawa saya keluar dari cengkerang saya.

Pada usia 13 tahun, saya menyedari bahawa saya begitu hampir dengan pemain wanita teratas di negara saya. Itulah ketikanya saya merasakan kemanisan kejayaan. Itulah juga ketikanya saya faham bahawa di dalam hati, saya benar-benar mula mempercayai yang saya boleh menjadi salah seorang daripada mereka. Tetapi saya tidak pernah menjangkakan untuk mengalahkan pemain nombor satu dunia, langsung tidak pernah, dan terutamanya bukan pada usia 15 tahun. Itulah permulaan segala-galanya.

Bermain suatu perlawanan tenis ibarat sebuah kehidupan. Jika anda jatuh, anda masih boleh bangun kembali. Saya fikir, jika anda jatuh dalam kehidupan, anda masih boleh mengubah perjalanan hidup anda. Ia banyak mengajar anda tentang kesungguhan, kekal bertahan dan tidak berputus asa. Ia banyak mengajar anda tentang diri sendiri, untuk berasa yakin apabila berada di dalam dan di luar gelanggang.

Saya merasakan bahawa hidup saya terbahagi kepada tiga bahagian. Yang pertama adalah berkaitan dengan sukan tenis, kerjaya, menjadi pemain nombor satu serta berfikir tentang diri dan cita-cita saya. Yang kedua pula adalah tentang keluarga, membesarkan tiga orang anak lelaki saya, alam perkahwinan dan benar-benar menikmati kehidupan di rumah. Sekarang, saya sedang memasuki ke bahagian yang ketiga dan ianya adalah tentang pencarian kedamaian di dalam diri.

Apabila saya melihat ke arah Rolex saya, saya tidak nampak 18 Grand Slams®, tetapi saya nampak imbasan tentang semua peringkat kehidupan saya: bukan sahaja sukan tenis tetapi juga kehidupan keluarga, perniagaan dan semua matlamat yang telah saya capai. Ia adalah lanjutan diri saya.

Bukan sahaja orang yang paling berjaya tetapi juga ahli sukan terbaik dan terbaik kelakuannya, semuanya adalah tentang kelas dan integriti.

Saya sangat berbangga untuk memakai seutas jam tangan Rolex, saya merasakan seperti saya berada di dalam sebuah kelab kecemerlangan eksklusif untuk orang-orang yang sangat berjaya dan ada kelas. Ketika saya mula memakai Rolex 25 tahun lalu, ianya berkisar tentang Jackie Stewart, Arnold Palmer serta Jack Nicklaus dan kemudiannya Roger Federer. Ianya tentang yang terbaik. Bukan sahaja orang yang paling berjaya tetapi juga ahli sukan terbaik dan terbaik kelakuannya, semuanya adalah tentang kelas dan integriti. Apabila saya melihat ke arah jam tangan, saya nampak sebuah kelab eksklusif yang saya sangat berbangga untuk berada di dalamnya

JAM TANGAN CHRIS EVERT

Oyster Perpetual Datejust 31

Kongsi halaman ini