Merupakan salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dalam sejarah tenis, pemain Sweden Björn Borg telah memenangi 62 gelaran perseorangan termasuk 11 gelaran Grand Slam serta berada di kedudukan pertama dunia pada tahun 1979 dan 1980. Borg belajar bermain tenis pada usia muda. Beliau melakukan debut di Wimbledon pada musim panas tahun 1973 dan 1974 serta menjadi pemain profesional di usia 17 tahun. Merupakan sensasi remaja di permulaan kerjayanya, Borg disegani berikutan gaya bermain, ketahanan dan sikap tenang dalam gelanggangnya sehingga diberikan gelaran "Lelaki ais". Borg merupakan bintang rock tenis pertama yang meningkatkan populariti sukan tersebut di sekitar tahun 1970-an. Beliau bersara pada tahun 1983 di usia 26 tahun. Rolex beliau adalah suatu peringatan tentang kesemua pencapaiannya di gelanggang dan peranannya dalam perubahan sukan tersebut.

Ayah saya adalah seorang pemain pingpong yang baik. Dia bermain dalam kejohanan tempatan di kampung halaman saya di Sweden dan telah memenangi sebatang raket tenis lalu memberinya kepada saya. Saya berusia tujuh atau lapan tahun pada ketika itu. Keesokan harinya, saya pergi ke gelanggang dan bermain dengan beberapa orang kawan. Daripada mata atau lima minit pertama, saya terus jatuh cinta dengan sukan ini. Sejak itu, saya mula bermain tenis.

Ketika saya berumur 12 tahun, saya bermain dalam kejohanan junior, saya begitu marah: Saya membaling raket, memaki hamun, menipu... Anda boleh bayangkan atau anda tidak boleh bayangkan betapa buruknya kelakuan saya di gelanggang. Kelab tersebut telah menggantung saya daripada sukan tenis untuk selama enam bulan! Saya telah kembali dan tidak lagi membuka mulut selepas itu. Saya takut mereka akan menggantung saya daripada sukan tenis lagi! Jadi, itulah sebabnya saya mula belajar untuk menyimpan perasaan saya di dalam hati, untuk menyimpan segala-galanya di dalam hati.

Saya rasa, sebagai seorang kanak-kanak, anda sentiasa mahu berjaya dalam sesuatu perkara. Ketika saya memenangi Wimbledon untuk kali pertama, ia bagaikan sebuah mimpi. Ia adalah suatu ganjaran untuk semua tahun, masa, air mata dan kesakitan yang saya telah korbankan di gelanggang untuk cuba menjadi seorang juara. Akhirnya, anda menggenggam piala tersebut di tangan.

Saya fikir ia hampir dengan keperibadian dan apa yang saya perjuangkan.

Saya tidak menyedari apa yang akan berlaku bahawa saya akan menjadi sebahagian daripada mereka yang memulakan era baru sukan tenis. Sebelum itu, ia lebih merupakan suatu sukan klasik. Saya ibarat seorang bintang rock dan sesuatu yang baharu telah muncul dalam sukan tenis yang secara umumnya adalah positif untuk sukan tersebut. Saya sangat berbangga dan senang hati kerana menjadi sebahagian daripada era itu.

Saya telah melihat jam tangan ini beberapa tahun yang lalu dan jatuh cinta dengannya. Ia adalah Day-Date, ia dikeluarkan untuk kali pertama pada tahun 1956 dan itulah tahun saya dilahirkan. Ia mempunyai makna yang istimewa kepada saya dan saya fikir, sebab itulah saya telah memakai jam tangan ini selama bertahun-tahun. Saya fikir, ia hampir dengan keperibadian dan apa yang saya perjuangkan.

Apabila saya melihat ke arah jam tangan saya dan mengenang kembali kejayaan dan pencapaian di gelanggang tenis, memenangi kejohanan besar, memenangi pertandingan besar... Ia bermaksud, "Saya percaya pada keunggulan. Saya telah melakukan sesuatu yang hebat di gelanggang tenis yang amat saya banggakan. "

JAM TANGAN BJÖRN BORG

Oyster Perpetual Day-Date 36

Kongsi halaman ini