Annika Sörenstam merupakan pemain golf wanita paling berjaya sepanjang zaman. Dengan 89 kemenangan kejohanan antarabangsa dan 10 gelaran utama, beliau telah menetapkan bar yang tinggi untuk generasi akan datang. Sörenstam adalah satu contoh hidup bintang sukan yang hampir tidak boleh ditandingi, kekuatan mental dan fizikal alam semula jadi – dan merupakan pemilik dua utas jam tangan Rolex yang menceritakan kisah perjalanan selama 20 tahun beliau menuju ke puncak.

Saya tidak pasti kenapa saya mendapat beberapa kejayaan awal dalam kerjaya, saya bukanlah yang tertinggi, terkuat dan terpantas. Untuk menjadi seorang juara, terdapat pelbagai resipi yang berbeza di luar sana. Saya fikir, nombor satu, anda perlu jujur kepada diri sendiri. Nombor dua adalah untuk menikmati apa yang anda lakukan. Nombor tiga, kerja keras. Seperti yang diberitahu oleh ayah saya pada suatu ketika dahulu, tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Perkara terindah yang golf telah ajar saya adalah untuk bersabar. Mungkin anda mendapat satu lubang yang baik, tetapi dalam golf kita bermain 18 lubang! Untuk menjadi hebat dalam sesuatu perkara, ia memerlukan masa dan anda perlu sentiasa meneroka serta mencari cara yang berbeza bagi meningkatkan kemahiran anda. Golf bukan hanya bersifat fizikal, ia juga bersifat mental — anda perlu yakin dan percaya pada diri sendiri.

Pada tahun 1994, saya merupakan pemenang Pendatang Baharu Terbaik Tahun Ini Rolex (Rolex Rookie of the Year) dalam Persatuan Golf Wanita Profesional (LPGA) dan ia terasa begitu hampir, seolah-olah ia berlaku semalam. Pada tahun itulah saya menyedari bahawa saya telah membuat keputusan yang tepat untuk menjadi seorang profesional. Akhirnya, saya berada di sini, di pentas dan jelajah terbesar di dunia untuk wanita. Tiada keraguan bahawa ia sangat berprestij. Jika anda melihat senarai pemenang Pendatang Baharu Terbaik Tahun Ini Rolex yang sebelumnya, kesemuanya mempunyai kerjaya yang hebat, Nancy Lopez, Pat Bradley...banyak nama-nama besar telah mencapainya. Pada tahun 1995, barulah saya benar-benar mendapat detik permulaan kecemerlangan, memenangi kejohanan demi kejohanan dan menjadi Pemain Terbaik Tahun Ini Rolex, tetapi anda sentiasa memerlukan tahun seperti itu [1994] untuk bersedia bagi yang seterusnya.

Tahun itu jugalah saya boleh mendapatkan seutas Datejust. Saya tidak pernah melihatnya secara langsung melainkan dalam majalah, ibu bapa saya tidak pernah memilikinya, jadi ia sangat istimewa. Saya masih memilikinya hingga ke hari ini.

Saya berbangga untuk memakai Rolex pertama saya kerana ia adalah semaian benih untuk masa hadapan. Ia juga merupakan perkongsian yang hebat, ia memulakan kerjaya saya. Itulah permulaan bukan hanya tentang jam tangan tersebut sahaja tetapi juga kenangan, perkongsian dan pengalaman. Saya menyedari bahawa anda tidak boleh mempercepatkan pengalaman, bahawa anda tidak boleh membeli pengalaman, bahawa anda hanya perlu melalui pengalaman tersebut.

Saya telah membeli seutas lagi Datejust, tepat 20 tahun selepas mendapatkan yang pertama. Sekiranya ia mempunyai pasport, ia akan mempunyai banyak cop di dalamnya.

Ada ukiran di belakangnya: "20 tahun Bersama Rolex". Ia benar-benar menyimpulkan keseluruhan kerjaya saya, bermula dengan Pemain Baharu Terbaik Tahun Ini kepada Pemain Terbaik Tahun Ini dan juga kemenangan-kemenangan serta induksi Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) saya.

Saya telah membeli seutas lagi Datejust, tepat 20 tahun selepas mendapatkan yang pertama. Sekiranya ia mempunyai pasport, ia akan mempunyai banyak cop di dalamnya.

Ia mengingatkan saya tentang kerjaya yang melebihi jangkaan saya. Saya fikir bahawa kenangan-kenangan dahulu yang akan muncul dalam fikiran, perjalanan kerjaya dan sokongan yang saya terima.

JAM TANGAN ANNIKA SÖRENSTAM

Oyster Perpetual Datejust

Kongsi halaman ini