Pemain tenis profesional Jerman, Angelique Kerber memenangi gelaran Grand Slam® pertamanya dengan menewaskan Serena Williams di Terbuka Australia 2016. Pada tahun yang sama, beliau mencapai kedudukan No. 1 di dunia. Beliau mula bermain tenis ketika berumur tiga tahun dan pada usia 15 tahun, beliau sudah bermain secara profesional. Ketabahan Kerber membuahkan hasil pada tahun 2011 di Terbuka A.S. di New York apabila beliau bangkit dari menjadi pemain di kedudukan ke-91 untuk bermain di separuh akhir, momen yang digelarnya sebagai detik permulaan kecemerlangan dan juga merupakan tempat yang dipilih beliau untuk menghadiahkan kepada dirinya sendiri seutas jam tangan Rolex.

Saya sangat gembira apabila saya menjadi pemain Nombor 1 tertua di dunia. Saya telah melalui pelbagai pengalaman naik dan turun yang saya pelajari darinya, kini saya lebih menikmati permainan berbanding lima atau 10 tahun yang lalu. Itulah sebabnya saya sangat gembira untuk sampai ke kedudukan pertama pada ketika itu. Ketika saya berumur 15 tahun, saya pernah bermimpi tentang kejayaan saya sekarang. Tetapi ia tidak semudah seperti yang saya jangkakan.
 

Di pertandingan akhir Grand Slam® saya yang pertama, saya merasa sangat gementar kerana tidak tahu apa yang perlu dijangkakan. Tetapi saya berfikir sendirian: "Baiklah, kamu perlu mengambil peluang ini kerana kamu tidak tahu sama ada kamu akan bermain di pertandingan akhir Grand Slam® sebanyak sekali, dua atau tiga kali dalam hidup atau tidak." Saya turun ke gelanggang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa saya adalah antara yang terbaik.

Bermula dari saat itu, saya percaya pada diri dan dalam permainan saya. Kemenangan di New York adalah pencapaian terbesar saya.

New York sangat istimewa kepada saya kerana tahun 2011. Ia merupakan detik permulaan kecemerlangan dalam kerjaya saya. Saya memulakan tahun tersebut dengan kekalahan pada setiap perlawanan dalam pusingan pertama. Itu benar-benar sukar. Apabila saya sampai ke New York yang merupakan Grand Slam® terakhir untuk tahun tersebut, saya kembali bermain tenis seperti kanak-kanak: dengan penuh kesabaran, keseronokan dan kegembiraan. Bermula dari saat itu, saya percaya pada diri dan dalam permainan saya. Kemenangan di New York adalah pencapaian terbesar saya.

Saya membeli jam tangan ini dua tahun lalu ketika saya berada di New York. Saya hanya menghabiskan 10 minit di kedai tersebut kerana saya tahu jam tangan yang saya mahukan dengan tepat. Dengan kedudukan kerjaya saya pada ketika itu, saya fikir, "Baiklah, sekarang saya telah mencapai kejayaan, jadi sudah tiba masanya untuk menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri." Saya memilih New York kerana ia merupakan titik perubahan dalam kerjaya saya.

Saya fikir, jam tangan itu juga adalah sebahagian daripada saya. Ia memberi saya keyakinan untuk memakainya kerana saya tahu kisah di sebalik jam tangan itu. Saya merasa senang apabila saya boleh memakainya dan apabila saya dapat menunjukkan kepada mereka yang mungkin tidak mengetahui kisah saya. 

Kerana saya tahu jam tangan yang saya mahukan dengan tepat. Dengan kedudukan kerjaya saya pada ketika itu, saya fikir, "Baiklah, sekarang saya telah mencapai kejayaan, jadi sudah tiba masanya untuk menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri.

Ia juga sangat bermakna untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Rolex kerana semuanya telah mencapai sesuatu yang sangat besar dan berjuang untuk memperolehinya. Setiap orang ada naik dan turunnya – mereka belajar dari saat-saat yang paling sukar dan tidak pernah berputus asa.

JAM TANGAN ANGELIQUE KERBER

Oyster Perpetual Datejust 36

Kongsi halaman ini