Ana Ivanovic cemerlang di kejohanan tenis profesional dari tahun 2003 hingga 2016. Sepanjang kariernya, dia telah memenangi 15 gelaran perseorangan Kejohanan Persatuan Tenis Wanita (WTA Tour) termasuk kemenangan Grand Slam® di Terbuka Perancis 2008. Beliau menduduki kedudukan pertama dunia selama 12 minggu pada tahun 2008. Bakat, kemurahan hati dan kebaikan beliau menjadikannya kegemaran di kalangan peminat tenis serta penggemar sukan di seluruh dunia. Jam tangan Rolex beliau melambangkan peningkatan berterusan perjalanan hidupnya, baik dalam sukan tenis mahupun kehidupan peribadi.

Saya jatuh cinta dengan sukan tenis secara serta merta. Pada ulang tahun kelahiran kelima, saya mendapat sebatang raket tenis kecil sebagai hadiah dan begitulah saya bermula. Ketika membesar, itulah yang saya mahu lakukan. Ia merupakan suatu keghairahan bagi saya untuk pergi menjalani latihan dan saya suka bersaing serta dicabar. Saya begitu menyukai permainan ini. Ia segala-galanya bagi saya.

Saya dilahirkan di Belgrade yang merupakan sebahagian daripada Yugoslavia yang dahulu. Ketika peperangan berlaku di negara saya, sukar untuk saya melakukan latihan kerana pelbagai faktor. Saya boleh berlatih pada musim panas kerana kami mempunyai gelanggang tanah liat luar yang kami sangat sukai — tetapi pada musim sejuk, kami perlu teruskan latihan dan satu-satunya tempat yang ada adalah kolam renang dalam yang kosong.

Dalam setiap pekerjaan, anda perlu melakukan pengorbanan tertentu untuk sampai ke puncak kejayaan dan juga berusaha keras bagi mencapainya. Anda tidak diberikan apa-apa. Saya sentiasa mahu menjadi lebih baik.

Ianya sukar tetapi saya mendapat sokongan hebat dari keluarga. Inilah masa di mana saya perlu berkembang sebagai seorang pemain dan melakukan perjalanan untuk bertanding. Pada masa itu, bukan mudah hendak mendapatkan visa untuk meninggalkan negara ini. Kami perlu menaiki bas dari Belgrade ke Budapest selama kira-kira enam atau tujuh jam sepanjang malam. Kemudian, dari Budapest, kami perlu mendapatkan penerbangan sambungan — semurah yang mungkin.

Dalam setiap pekerjaan, anda perlu melakukan pengorbanan tertentu untuk sampai ke puncak kejayaan dan juga berusaha keras bagi mencapainya. Anda tidak diberikan apa-apa. Saya sentiasa mahu menjadi lebih baik. Saya sentiasa menuntut 100 peratus dari diri sendiri dan tidak pernah merasa puas hati. Saya mahukan kesempurnaan. Saya berfikir, sebagai seorang manusia, kita sentiasa berkembang dan adalah penting untuk melakukannya dengan nilai-nilai, kepercayaan dan motivasi yang betul. Saya berfikir bahawa apabila kita berusaha untuk kerjaya atau persekitaran yang sempurna dan berjaya, kita juga memerlukan rintangan kerana ia dapat memberikan pengajaran dan kadang kala, ia mengajar kita lebih daripada sebuah kemenangan.

Memegang trofi dan mengangkatnya setinggi mungkin serta memandang ke arah Rolex baharu saya di pergelangan tangan mengingatkan saya kepada semua kerja keras dan kepercayaan yang saya miliki. Semuanya hadir secara serentak.

2008 merupakan tahun yang sangat istimewa untuk saya. Saya hanya berusia 20 tahun pada ketika itu dan saya bermula sebagai pendatang baharu sehingga mencapai ke puncak kejayaan sukan ini. Ia adalah sesuatu yang selalu saya impikan dan ianya berlaku dengan begitu pantas. Pada tahun sebelumnya, saya berjaya sampai ke pertandingan akhir Terbuka Perancis — namun, saya telah kalah tetapi pada tahun 2008, saya memenangi Indian Wells dan berjaya ke pertandingan akhir Terbuka Australia.

Semua pengalaman tersebut akhirnya telah membawa saya memenangi Terbuka Perancis pada tahun 2008 dan seterusnya menjadi pemain Nombor 1 Dunia pada minggu yang sama. Saya mendapat Rolex Daytona saya sebaik sebelum Roland-Garros bermula. Memenangi Terbuka Perancis adalah momen yang sangat beremosi bagi saya. Memegang trofi dan mengangkatnya setinggi mungkin serta memandang ke arah Rolex baharu saya di pergelangan tangan mengingatkan saya kepada semua kerja keras dan kepercayaan yang saya miliki. Semuanya hadir secara serentak.

Jam tangan ini melambangkan perjalanan berterusan saya dan segala usaha yang telah dilakukan, hari demi hari. Ia berterusan dan tidak berhenti apabila anda sudah memenangi sesuatu kejohanan. Ianya berterusan kerana anda sentiasa mahu melakukan yang lebih baik dan meningkatkan diri. Sama ada sebagai seorang pemain tenis, insan, ahli perniagaan atau hanya sebagai ibu bapa: anda mahu menjadi orang yang lebih baik pada setiap hari. Itulah yang kekal dan itulah juga perjuangan Rolex menurut saya: peningkatan berterusan dan konsisten.

Rolex bukan hanya seutas jam tangan. Saya fikir, ianya lebih daripada itu. Ia memperjuangkan nilai-nilai yang kita semua ingin miliki malahan juga untuk disampaikan kepada generasi akan datang.

Apabila saya memenangi Terbuka Perancis, saya rasa wajar untuk berkongsi kegembiraan saya dengan pasukan. Jadi, saya turut memberikan seutas Rolex kepada setiap ahli pasukan dan mengukirnya dengan frasa "Dream Team RG08." Apabila saya dan suami berkahwin, kami memutuskan untuk memberi keluarga kami hadiah supaya mereka dapat mengingati hari bahagia tersebut mengikut cara mereka sendiri. Kami membuat keputusan bahawa kedua-dua ibu kami juga perlu mempunyai Rolex, jadi kami menghadiahkan seutas jam tangan kepada mereka berdua dengan suatu ukiran di belakangnya... Mereka begitu beremosi apabila menerimanya.

Saya ingin menjadikan keluarga dan sahabat terdekat saya sebahagian daripada keluarga Rolex kerana Rolex bukan sekadar seutas jam tangan. Saya fikir, ianya lebih daripada itu. Ia memperjuangkan nilai-nilai yang kita semua ingin miliki malahan juga untuk disampaikan kepada generasi akan datang. Sama seperti jam tangan kita.

JAM TANGAN ANA IVANOVIC

Oyster Perpetual Cosmograph Daytona

Kongsi halaman ini