Penjelajah kutub Belgium, Alain Hubert telah mengambil bahagian dalam beberapa ekspedisi pendakian dan kutub yang luar biasa iaitu ke Kutub Selatan serta Utara dari tahun 1983 hingga sekarang. Pada tahun 2002, Hubert telah menubuhkan Yayasan Kutub Antarabangsa (IPF) bagi menyokong bidang sains kutub sebagai kunci untuk memahami perubahan iklim. Penjelajah tegar ini masih melakukan perkara yang paling digemarinya: merancang ekspedisi ke kutub, sentiasa ditemani oleh anggota penting pasukannya iaitu Rolex Explorer II.

Pada hari ini, ekosistem kita berubah dengan sangat cepat. Kita tidak mengetahui dengan tepat tentang cara ia akan berubah atau kelajuannya. Kini, kita begitu memerlukan penjelajah, pengembara dan saintis baharu yang pergi ke lautan serta kawasan kutub untuk memahami apa yang boleh kita lakukan bagi menghadapi keadaan ini dalam beberapa dekad akan datang.

Para saintis menjelaskan bahawa perubahan yang berlaku pada hari ini adalah berkadar eksponen dan kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Namun, kita mengetahui apa yang perlu dilakukan bagi mengubah dunia kita secara keseluruhannya untuk kekal hidup di atas planet ini. Saya fikir, adalah sangat menarik bagi kita sebagai penjelajah untuk menyentuh kerapuhan ini di tempat-tempat yang ekstrem di planet kita. Seterusnya, mencuba untuk menyampaikan keyakinan tersebut serta perkara yang telah kita pelajari apabila kita pulang nanti. Sebagai penjelajah, kita mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan tempat-tempat ini bagi generasi akan datang yang sering mengimpikan untuk sampai ke kutub Utara dan Selatan serta planet-planet lain seperti Antartika yang diketahui tidak ramai yang boleh sampai ke sana.

Bagi saya, penjelajahan adalah suatu keghairahan. Ia merupakan hubungan dengan alam semula jadi yang saya tidak akan dapat kawal.


Bagi saya, penjelajahan adalah suatu keghairahan. Ia merupakan hubungan dengan alam semula jadi yang saya tidak akan dapat kawal. Sebagai seorang penjelajah, saya sering menghadapi diri saya sendiri ketika berada dalam alam semula jadi. Saya tidak bersaing dengan orang lain, saya bersaing dengan diri saya sendiri.

Saya menyedari tentang hubungan antara Rolex dan penjelajahan pada tahun 1998 apabila saya mendapat jam tangan yang saya pakai pada hari ini. Saya tertarik dengan perkongsian kerana mereka juga mengambil berat terhadap alam sekitar. Mereka mengambil peduli mengenai etika penjelajahan. Ianya sama seperti visi saya sendiri.

Explorer II adalah seutas jam tangan yang ringkas dan dalam ekspedisi yang saya lakukan, saya sentiasa mahu membawa peranti yang ringkas bersama. Jam tangan ini mempunyai penggunaan penting untuk saya di mana ia mempunyai jarum yang membolehkan saya menggunakan jam tangan sebagai bearing. Orang ramai tidak mengetahui bahawa kita tidak lagi mempunyai rujukan ketika berada di atas ais. Maka, apabila saya bergerak dari satu arah ke arah yang lain, saya sentiasa perlu melakukan pelarasan — tetapi jika anda berhenti dan melihat ke sekeliling, anda hanya akan dapati persekitaran putih. Bahkan, apabila cuaca begitu buruk, salji meliputi segala-segalanya. Satu-satunya perkara yang saya boleh percayai pada ketika itu adalah jaminan bahawa saya akan sentiasa dapat mencari arah perjalanan.

Apabila saya mendapat jam tangan ini, saya tertarik tentang hakikat bahawa ia tidak akan pecah atau berhenti: tiada bateri, ia berfungsi sepanjang masa, ke mana sahaja saya pergi, walaupun dalam keadaan cuaca buruk, ia berfungsi. Itu yang saya perlukan ketika dalam sebuah ekspedisi. Saya tidak boleh bergantung kepada mana-mana peranti yang boleh mendatangkan masalah kerana tumpuan utama kami adalah pemanduan arah. Saya tidak boleh hilang arah. Jika tidak, saya sesat.

Apabila saya mendapat jam tangan ini, saya tertarik tentang hakikat bahawa ia tidak akan pecah atau berhenti.

Satu perkara yang mengagumkan saya mengenai jam tangan ini ialah saya turut memakainya dalam kehidupan harian dan ia bukan hanya mengingatkan tentang apa yang saya telah lakukan dalam ekspedisi yang lalu tetapi ia juga membuatkan saya mengimpikan tentang pengembaraan baharu. Bagi saya, memakainya bukanlah soal pemilikan tetapi ia benar-benar sesuatu yang mendorong kerana ia adalah sebahagian daripada keghairahan saya: pergi ke bahagian paling ekstrem di bumi.

Sebagai seorang penjelajah, saya ingin berkongsi berkenaan perkara yang saya temui di kawasan kutub ini dan saya tahu bahawa adalah mustahil untuk melakukannya seorang diri. Sememangya ia suatu usaha berpasukan dan Explorer II adalah sebahagian daripadanya.

JAM TANGAN ALAIN HUBERT

Oyster Perpetual Explorer II

Kongsi halaman ini