Merupakan mahkota dalam sukan ekuestrian selama lebih dari 60 tahun, Rolex adalah kuasa utama yang menyokong kemuncak sukan ini.

Dari pelumba peringkat teratas hingga kepada acara ikonik, Rolex telah mencipta suatu hubungan yang istimewa dengan dunia elit ini.

PERTUNJUKAN LOMPAT KUDA GRAND SLAM ROLEX

Pertunjukan lompat kuda grand slam Rolex adalah sebuah inisiatif global yang pada mulanya diwujudkan pada tahun 2013 oleh tiga kejohanan berkuda utama: CHIO Aachen, Kejohanan ‘Masters’ CSIO Spruce Meadows dan CHI Geneva. Pada tahun 2018, kejohanan Masters Belanda menjadi kejohanan utama keempat Pertunjukan Lompat Kuda grand Slam Rolex yang menyediakan peluang tambahan untuk memenangi hadiah yang paling didambakan dalam sukan ini. Dianggap secara meluas sebagai cabaran lompat kuda utama, Grand Slam Rolex menawarkan ganjaran kepada penunggang yang memenangi Grand Prix di ketiga-tiga pertunjukan ini secara berturut-turut.

Pertunjukan Lompat Kuda Grand Slam Rolex

PERTUNJUKAN KUDA DIRAJA WINDSOR

Pertunjukan Kuda Diraja Windsor telah diadakan pada setiap tahun sejak tahun 1943. Selama lima hari, kumpulan elit penunggang kuda berkumpul di Istana Windsor di United Kingdom untuk sebuah pertandingan antarabangsa yang megah bagi dressage, lompat kuda, memandu pedati dan daya tahan menunggang. Tahun pertama Rolex sebagai Rakan Rasmi iaitu pada tahun 2016 adalah amat penting kerana pertunjukan tersebut melibatkan perayaan ulang tahun ke-90 Yang Mulia Permaisuri Elizabeth II.

PERTUNJUKAN KUDA DIRAJA WINDSOR
  • Steve Guerdat
  • Martin Fuchs
  • Scott Brash
  • Kent Farrington
  • Kevin Staut
  • Meredith Michaels-Beerbaum
  • Eric Lamaze
  • Rodrigo Pessoa
  • Isabell Werth
  • Zara Tindall
  • CSIO Roma Acara Bertaraf Dunia
  • Peringkat Akhir 10 Teratas IJRC Rolex Acara Bertaraf Dunia
  • Pesta menunggang kuda Musim Sejuk Acara Bertaraf Dunia
  • Rolex Grand Slam Eventing Acara Bertaraf Dunia

Kongsi halaman ini