Seni dalam memimpin

Oyster Perpetual Yacht-Master II dalam emas kuning 18 karat, dengan rantai Oyster dan Bezel dwiarah boleh gilir dengan sisipan Cerachrom biru.

Bezel Ring Command

Kira detik yang disegerakkan

Rolex mencapai kesempurnaan apabila jenama ini mengalihkan perhatian untuk mentakrifkan semula tujuan dan fungsi bezel. Biasanya, bezel beroperasi secara bebas daripada mekanisme dalaman; walau bagaimanapun, bezel Ring Command dalam kronograf regata Yacht-Master II beroperasi bersama-sama.

Sebagai komponen mekanikal yang dihubungkan dengan gerakan, bezel betul-betul bertindak sebagai kunci kepada kira detik boleh atur cara yang membolehkan bezel ditetapkan dan diselaraskan dengan urutan masa mula perlumbaan. Dengan reka bentuk kompleks tetapi mudah digunakan, bezel tampak cantik dan berfungsi dengan baik.

Permukaan putih

Estetika tersendiri

Yacht-Master II dilengkapi dengan permukaan dan jarum baharu yang tersendiri bagi model Profesional Rolex yang meningkatkan keterbacaan dan menambahkan daya tarikan estetika jam tangan. Kini, permukaan mempunyai penanda jam segi tiga pada pukul 12 dan penanda jam segi empat tepat pada pukul 6 untuk bacaan jam tangan yang lebih intuitif.

Cakera pendarkilau pada jarum jam jelas membezakan jarum jam daripada jarum minit. Kira detik Yacht-Master II boleh diatur cara untuk tempoh antara 1 hingga 10 minit. Pengaturcaraan diingati oleh mekanisme supaya kembali kepada tetapan sebelumnya apabila penetapan semula dilakukan. Apabila dilancarkan, kira detik boleh disegerakkan dengan cepat untuk disepadankan dengan kira detik perlumbaan rasmi.

Emas kuning 18 karat

Komitmen untuk mencapai kecemerlangan

Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih.

Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.

Rantai Oyster

Keajaiban bentuk dan fungsi

Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa. Ia dilengkapi dengan pengancing lipat Oysterlock yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex.

Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.

Lagi butiran teknikal Yacht-Master

Rujukan 116688

Yacht-Master II

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.