Navigator luar biasa

Untuk mengharungi kekuatan lautan, keberanian dan naluri pengembaraan diperlukan.

Para pelayar mesti bersiap sedia untuk menempuh segala kemungkinan sebelum berlepas kerana mereka tahu, mereka pasti akan menghadapi cuaca buruk, kerosakan pada bot dan beberapa kejadian lain.

Beberapa pelayar telah belayar dengan memakai kronometer jam tangan Rolex, termasuklah Sir Francis Chichester, Bernard Moitessier dan Sir Robin Knox-Johnston, yang dikenali sebagai pelayar perintis yang melakukan pelayaran mengelilingi dunia secara solo dalam masa kurang daripada setahun.

Sir Francis Chichester

Lelaki pertama yang mengelilingi dunia dari barat ke timur secara bersendirian dan akan kekal terpahat dalam sejarah pelayaran. Lelaki yang rendah hati ini, yang juga seorang usahawan dan juruterbang, melambangkan semangat pelayaran dan pengembaraan. Beliau mencapai kejayaan rintisnya merentasi lautan dunia antara tahun 1966 hingga 1967 sambil memakai jam tangan Oyster di pergelangan tangannya.

Direndam, dilelas dan dilambung seperti pemakai, jam tangan Rolex beliau menempuh laut yang bergelora dengan berani. “Semasa pelayaran mengelilingi dunia di atas Gipsy Moth IV, jam tangan Rolex saya telah terlepas daripada pergelangan tangan beberapa kali tanpa sebarang kerosakan”, tulisnya dalam surat kepada Rolex pada tahun 1968. “Saya tidak dapat membayangkan jam tangan yang lebih keras daripada ini. Semasa memakai jam tangan ini untuk kerja sekstan dan mengendalikan geladak depan, jam ini sering ditempuh dan juga dibasahi oleh percikan ombak, tetapi langsung tidak terkesan.”

Sir Francis Chichester

Direndam, dilelas dan dilambung seperti pemakai, jam tangan Rolex beliau menempuh laut yang bergelora dengan berani.

Kelajuan kapal layar
Perlumbaan kapal layar

Dunia pelayaran

Kini, Rolex merupakan rakan kongsi yang komited bagi kelab, institusi dan regata kapal layar paling berprestij di dunia, berkongsi standard kecemerlangan yang tertinggi dengan para penjaga sejati dunia pelayaran.

Pelayaran dunia
Kapal layar

Rolex telah menjalinkan hubungan istimewa dengan lumba layar lantaran persamaan semula jadi dengan sukan nautika dinamik ini serta nilai-nilai yang telah lama wujud.