Yacht-Master 42
Bersinar dengan kegemerlapan baharu

Penghalusan yang asli kepada jam tangan pelayaran simbolik: Yacht-Master 42 boleh didapati dalam emas kuning 18 karat.

Aloi emas unik ini dicipta dan dihasilkan di faundri Rolex di Geneva, Switzerland. Ia menawarkan ketahanan yang tiada tandingannya, menjadikan Yacht-Master 42 baharu sekutu yang tiada tolok bandingnya di laut terbuka.

Rantai Oysterflexnya dilengkapi dengan kancing keselamatan Oysterlock, juga dalam emas kuning 18 karat, yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja, serta sistem sambungan Glidelock Rolex yang membolehkan pemakai menyesuaikan kepanjangan rantai dengan cepat dan mudah.

Dail lakuer hitam dengan penanda jam dalam bentuk geometri yang ringkas, kristal dengan salutan anti-reflektif dan paparan Chromalight yang dioptimumkan digabungkan untuk memberikan keterbacaan yang cemerlang dalam apa jua keadaan.

Oyster Perpetual Yacht-Master 42 dilengkapi dengan kaliber 3235, satu mekanisme yang menerajui teknologi pembuatan jam tangan.

Ambiens Yacht-Master 42

Seruan laut terbuka

Dilancarkan pada tahun 1992, Yacht-Master direka khusus untuk navigator-navigator dan kapten-kapten. Melambangkan kekayaan warisan yang telah mengikat Rolex dengan dunia pelayaran sejak tahun 1950-an, jam tangan berkategori Profesional ini memberikan paduan yang sempurna antara kefungsian dan gaya nautika, menjadikannya bersesuaian baik di darat mahupun di air. Seutas jam tangan nautika simbolik, ia mudah dikenali dengan bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit yang dibuat sepenuhnya daripada logam berharga atau dipasang dengan sisipan Cerachrom dalam seramik teknologi tinggi.

Penutup Yacht-Master 42

Seramik teknologi tinggi

Rolex memainkan peranan sebagai perintis untuk pembangunan seramik khas bagi membina bezel-bezel monoblok dan sisipan-sisipan bezel. Bahan-bahan ini bukan sahaja tahan calar, warna-warna mereka juga mempunyai keamatan yang jarang dan tahan terhadap kesan alam sekitar. Sebagai tambahan, lantaran komposisi kimianya, seramik berteknologi tinggi lengai dan tidak mengakis. Rolex telah membangunkan kepakaran eksklusif dan kaedah pembuatan inovatif yang membenarkan mereka untuk menghasilkan komponen-komponen seramik sepenuhnya sendiri.

Pada versi baharu Yacht-Master 42, bezel boleh putar dwiarah dilengkapi dengan sisipan Cerachrom bersenggat 60 minit dalam seramik hitam kusam. Senggatan dan angka yang timbul pada mulanya dibentuk ke dalam seramik dan kemudian digilap. 15 minit pertama disenggat minit demi minit bagi membolehkan selang masa dibaca dengan tepat. Bezel ini boleh dipusingkan dengan mudah kerana adanya tombol-tombol kecil pada hujung bezel yang memberikan cengkaman yang baik.

Penutup Oyster,
simbol
kekalisan air

Rantai Oysterflex
dan kancing keselamatan
Oysterlock

Rolex memperkenalkan ciptaan terbarunya: jam tangan yang menyinari cahaya optimisme dan inovasi dalam dunia pembuatan jam tangan.

Kongsi halaman ini