Air‑King
Langit adalah batasannya

Satu penghormatan kepada penjelajah-penjelajah langit, Air‑King generasi baharu menjemput para pemakai untuk menguasai nasib mereka sendiri.

Jam tangan ini mempunyai penampilan profesional yang tegas sekali, penutup yang direka bentuk semula dengan sisi lurus dan belitan pelindung putaran jam, serta garisan cahaya yang lembut di sepanjang penutup tengah.

Diilhamkan oleh alatan pesawat, dail lambang model ini, yang diperkenalkan pada tahun 2016, telah diperbaharui. Ia menawarkan keseimbangan sempurna dan keterbacaan yang lebih baik, lantaran penambahan '0' sebelum '5' pada skala minit.

Jarum, penanda jam segi tiga pada jam 12, serta angka 3, 6 dan 9 mengandungi bahan pendarkilau yang dioptimumkan. Keterbacaan paparan dipertingkatkan lagi dengan satu kristal dengan salutan anti-reflektif.

Oyster Perpetual Air-King generasi baharu dilengkapi dengan kaliber 3230, satu mekanisme yang, dengan pelepas Chronergy, menerajui teknologi pembuatan jam tangan.

Ambiens Air-King

Penghormatan untuk penerbangan

Air-King melambangkan hubungan istimewa antara Rolex dan penerbangan semasa zaman keemasan penerbangan pada tahun 1930-an. Ia memberi penghormatan kepada juruterbang pada era itu dan peranan Oyster dalam kisah epik mereka. Tahun 1930-an merupakan satu masa apabila kemajuan yang luar biasa dalam prestasi pesawat udara melahirkan kemampuan manusia untuk menakluki langit dan membawa kepada pengenalan penerbangan jarak jauh. Beberapa orang juruterbang telah mencipta rekod semasa memakai seutas Oyster. Yang lain menggunakan jam tangan Rolex sebagai kronometer di dalam kapal, seperti Owen Cathcart-Jones dan Ken Waller, yang membuat pelayaran kembali dari London (United Kingdom) ke Melbourne (Australia) dalam masa yang singkat dengan enjin berkembar De Havilland Comet pada tahun 1934.

Jam tangan ini mempunyai penampilan profesional yang tegas sekali

Nama ‘Air-King’ telah ditampilkan pada dail sejak pelancarannya pada tahun 1958, dalam tulisan yang menjadikan model itu dapat dikenali dengan serta-merta. Sejak tahun 2016, Air-King mempunyai dail hitam tersendiri dengan kombinasi angka besar 3, 6 dan 9 yang menandakan jam serta skala minit yang menonjol untuk bacaan masa optimum ketika pelayaran. Jarum saat berwarna hijau menggemakan warna lambang jenama.

Penutup Oyster,
simbol
kekalisan air

Rantai Oyster
dan kancing keselamatan
Oysterlock

Rolex memperkenalkan ciptaan terbarunya: jam tangan yang menyinari cahaya optimisme dan inovasi dalam dunia pembuatan jam tangan.

Kongsi halaman ini