Oyster Perpetual Lady‑Datejust Baharu

keangunan elegan

Rolex mempersembahkan versi tatahan permata baharu dari Oyster Perpetual Lady-Datejust.

Jam tangan ini, diperbuat daripada emas kuning 18 karat, mempamerkan kilauan berlian-berlian yang menawan yang menghiasi setiap permukaan.

Penutup Lady-Datejust yang baharu ini dipasangkan dengan berlian 158 potongan pada tepi penutup dan cuping-cuping serta berlian 44 potongan pada bezel. Rantai President berkilauan lebih indah dengan berlian 596 potongan. Dail, berturapkan berlian-berlian 291, menampilkan angka Roman emas kuning 18 karat yang elegan dengan kemasan hitam.

Versi baharu Lady-Datejust ini dilengkapi dengan kaliber 2236, satu mekanisme yang berada di barisan hadapan teknologi membuat jam tangan.

Seperti semua jam tangan Rolex, Oyster Perpetual Lady-Datejust mempunyai pensijilan Kronometer Superlatif yang memastikan prestasi cemerlang di pergelangan tangan.

Keturunan Datejust

Jam tangan Rolex feminin klasik, Lady-Datejust mendapat manfaat daripada semua sifat Datejust, jam tangan Rolex yang simbolik yang menjadi lambang gaya dan prestasi teknikal sejak dilancarkan pada tahun 1945. Lady-Datejust, merupakan versi wanita pertama yang mempunyai tarikh pada kronometer yang muncul pada 1957-an, membawa keanggunan Datejust dalam saiz kecil 28 mm yang sangat sesuai dengan pergelangan tangan yang kecil.

Penutup Oyster

Satu paragon keteguhan dan keanggunan, penutup Oyster Lady-Datejust mempunyai diameter 28 mm. Penutup tengahnya diperbuat daripada blok yang kukuh daripada emas kuning 18 karat. Penutup belakang dengan jejalur halus di tepi, diskrukan secara kedap dengan menggunakan alat khas yang hanya pembuat jam tangan Rolex dibenarkan untuk mengakses mekanisme tersebut. Belitan putaran jam Twinlock dilengkapi dengan dua kali ganda sistem kalis air yang diskrukan ke bawah pada penutup. Kristal tersebut diperbuat daripada nilam yang tahan calar dan dilengkapi dengan kanta siklops pada jam 3 untuk memudahkan tarikh dibaca. Penutup Oyster kalis air itu memberikan perlindungan yang optimum kepada mekanisme.

Lady-Datejust baharu

Terokai galeri

  • Lady-Datejust dalam emas putih 18 karat.
  • Crownclasp berlipat yang tersembunyi pada set berlian rantai President.
  • Dail berturapkan dengan 291 berlian.

Rantai President

Versi baharu emas kuning 18 karat pada Lady-Datejust dilengkapi dengan rantai President. Dibuat khas untuk pelancaran Oyster Perpetual Day-Date pada tahun 1956, rantai President penghubung tiga keping masih terpelihara secara eksklusif untuk rangkaian Day-Date dan beberapa versi Datejust.

Rantai President pada versi tatahan permata Lady-Datejust ini dihiasi dengan berlian-berlian 596 potongan yang indah. Ia termasuk Crownclasp berlipat yang tersembunyi yang elegan dan sisipan-sisipan seramik di dalam pautan-pautan untuk meningkatkan kefleksibelan dan jangka masa hayat. Sebagai tambahan, satu sistem pelekapan terlindung untuk memastikan ianya tidak berkelium dan selanjar diantara rantai dan penutup.

Rantai President

Pensijilan Kronometer Superlatif

Seperti semua jam tangan Rolex, Oyster Perpetual Lady-Datejust dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif yang ditakrifkan semula oleh Rolex pada tahun 2015. Perakuan ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak jenama ini telah berjaya menjalani satu siri ujian oleh Rolex yang dilakukan dalam makmal mereka berdasarkan kriteria mereka sendiri.

Teruskan meneroka

Kongsi halaman ini