Oyster Perpetual
Explorer
Baharu

Seruan puncak gunung

Rolex mempersembahkan Oyster Perpetual Explorer generasi baharu.

Dengan ukuran 36mm, ia kembali ke saiz model asal yang dilancarkan pada 1953 ekoran pendakian pertama menawan Gunung Everest oleh Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay pada 29 Mei tahun tersebut.

Explorer generasi baharu dilancarkan dalam versi Rolesor kuning (menggabungkan Oystersteel dan emas kuning 18 karat) yang menyerlah. Dail hitam yang kini disapu lakuer, mempunyai penanda jam indeks dan simbolik angka 3, 6 dan 9 yang merupakan teras personaliti model ini, yang membangkitkan keazaman dan semangat pengembaraan yang mendorong pencapaian luar biasa.

)

Paparan Chromalight Explorer generasi baharu sangat mengagumkan. Dalam keadaan gelap, keamatan cahaya biru yang dipancarkan oleh penanda jam dan jarum kini bertahan lebih lama dengan isian atau salutan bahan pendarkilau yang inovatif dan eksklusif. Pada waktu siang, unsur paparan ini juga memancarkan rona putih yang lebih terang.

Explorer generasi baharu dilengkapi dengan kaliber 3230, satu mekanisme yang menerajui teknologi membuat jam tangan.

Seperti semua jam tangan Rolex, Explorer mempunyai pensijilan Kronometer Superlatif yang memastikan prestasi cemerlang di pergelangan tangan.

Sebuah alat Penjelajahan

Dipersembahkan pada tahun 1953, Explorer ialah simbol hubungan erat antara Rolex dan penjelajahan. Pada tahun 1930-an, Rolex mula melengkapi pelbagai ekspedisi Himalaya dengan jam tangan Oyster. Antaranya ialah kumpulan yang disertai oleh Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay ketika mereka menjadi yang pertama sampai di puncak Gunung Everest, pada ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki). Langkah rintis ini menggambarkan cita-cita syarikat untuk menggunakan dunia sebagai makmal dan menguji jam tangan dalam keadaan sebenar demi penambahbaikan yang berterusan. Maklum balas yang diterima oleh Rolex daripada ahli pelbagai ekspedisi ini secara langsung mempengaruhi evolusi jam tangannya, sekali gus menjadikannya lebih tepat dan kukuh.

Rolesor, gabungan emas dan keluli

Rolesor, kombinasi emas 18 karat dan Oystersteel pada jam tangan Rolex telah menjadi ciri pengenalan kepada jenama ini sejak tahun 1933 ketika nama tersebut didaftarkan. Ia menyatukan dua jenis logam: satu, mengagumkan dan berharga, daya tarikan untuk kilauan dan kestabilan; manakala yang lain pula, sangat tahan terhadap kakisan, menjamin kekuatan dan kebolehpercayaan. Semua kualiti ini mencerminkan keanggunan dan prestasi yang digabungkan dalam jam tangan Rolex.

Pada Explorer generasi baharu versi Rolesor kuning, bezel, belitan putaran jam dan penghubung bahagian tengah rantai jam diperbuat daripada emas kuning 18 karat manakala penutup dan penghubung rantai jam luar diperbuat daripada Oystersteel.

Penutup Oyster, simbol kekalisan air

Berteraskan kekukuhan dan kebolehpercayaan yang unggul, penutup Oyster 36mm Explorer generasi baharu dijamin kalis air sehingga kedalaman 100 meter (330 kaki). Penutup tengah tersebut diperbuat daripada blok Oystersteel yang kukuh daripada aloi yang tahan kakisan. Penutup belakang dengan jejalur halus di tepi, diskrukan secara kedap dengan menggunakan alat khas yang hanya pembuat jam tangan Rolex dibenarkan untuk mengakses mekanisme tersebut. Belitan putaran jam Twinlock dilengkapi dengan dua kali ganda sistem kalis air yang diskrukan ke bawah pada penutup. Kristal tersebut diperbuat daripada nilam yang tahan calar. Penutup Oyster kalis air itu memberikan perlindungan yang optimum kepada mekanisme.

Terokai galeri

  • Explorer baharu dalam Oystersteel.
  • Paparan Chromalight yang dioptimumkan.
  • Explorer baharu dalam versi Rolesor kuning.
  • Versi Rolesor baharu
Explorer rolesor
)

Rantai Oyster dan kancing keselamatan Oysterlock

Explorer generasi baharu dilengkapi dengan rantai Oyster. Dibangunkan pada penghujung tahun 1930-an, rantai yang mempunyai penghubung tiga keping ini dikenali dengan kekukuhannya.

Rantai Oyster pada jam tangan baharu ini mempunyai kancing keselamatan berlipat Oysterlock yang direka bentuk dan dipatenkan oleh Rolex agar dapat menghalang pembukaan tidak sengaja. Ia juga dilengkapi dengan pautan sambungan keselesaan Easylink yang dibangunkan oleh jenama bagi membolehkan pemakai dengan mudahnya mengubah kepanjangan rantai sehingga kira-kira 5 mm. Sebagai tambahan, satu sistem pelekapan terlindung untuk memastikan ianya tidak berkelium dan selanjar diantara rantai dan penutup.

Pensijilan Kronometer Superlatif

Sama seperti semua jam tangan Rolex, Oyster Perpetual Explorer dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif yang ditakrifkan semula oleh Rolex pada tahun 2015. Perakuan ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak jenama ini telah berjaya menjalani satu siri ujian oleh Rolex yang dilakukan dalam makmal mereka berdasarkan kriteria mereka sendiri.

Teruskan meneroka

Kongsi halaman ini