Oyster Perpetual
Explorer II
Baharu

Mengharungi keadaan melampau

Rolex mempersembahkan Oyster Perpetual Explorer II generasi baharu.

Jam tangan teknikal yang diperbuat daripada Oystersteel ini dicipta untuk penjelajah yang kental dan kini menampilkan penutup dan rantai yang direka semula. Rekaan semula ini meningkatkan keseimbangan visual dan keharmonian kepada jam tangan di samping mengekalkan warisan estetikanya.

Pada dail lakuer putih, penanda jam – di mana salutan hitamnya diterapkan menggunakan PVD (Pemendapan Wap Fizikal) – serta jarum jam, minit dan saat lakuer hitam yang menonjol dengan kemasan kusam. Jarum 24 jam mengekalkan warna jingga khasnya, yang sama warnanya dengan inskripsi Explorer II yang terukir pada dail sejak 2011.

)

Explorer II generasi baharu juga beroleh manfaat daripada paparan Chromalight yang dioptimumkan.

Dalam keadaan gelap, keamatan cahaya biru yang dipancarkan oleh penanda jam dan jarum kini bertahan lebih lama dengan isian atau salutan bahan pendarkilau yang inovatif dan eksklusif. Pada waktu siang, unsur paparan ini juga memancarkan rona putih yang lebih terang.

Explorer II generasi baharu dilengkapi dengan kaliber 3285, satu mekanisme yang menerajui teknologi membuat jam tangan.

Seperti semua jam tangan Rolex, Explorer II mempunyai pensijilan Kronometer Superlatif yang memastikan prestasi cemerlang di pergelangan tangan.

Jam tangan untuk segenap ceruk dunia

Explorer II ialah pewaris hubungan istimewa yang telah lama menyatukan Rolex dan penjelajahan. Dipersembahkan pada tahun 1971, jam tangan yang kukuh dan boleh dipercayai ini segera menjadi alat penting buat penjelajah yang mengembara ke serata dunia, selalunya dalam keadaan yang melampau. Dengan adanya paparan 24 jam yang terdiri daripada tambahan jarum jam jingga dan bezel berukir, Explorer II membolehkan pemakainya membezakan waktu siang dan malam dengan jelas. Ciri ini sangat berguna di kawasan yang sukar atau bahkan mustahil untuk membezakan antara siang dengan malam seperti di bawah tanah atau kawasan kutub, yang mengalami enam bulan waktu siang dan enam bulan waktu malam dalam setahun. Dalam keadaan tertentu, paparan ini membolehkan jam tangan berfungsi sebagai kompas. Paparan 24 jam ini juga dapat digunakan untuk menunjukkan zon waktu kedua.

Penutup Oyster, simbol kekalisan air

Berteraskan kekukuhan dan kebolehpercayaan yang unggul, penutup Oyster 42 mm Explorer II generasi baharu dijamin kalis air sehingga kedalaman 100 meter (330 kaki). Penutup tengah tersebut diperbuat daripada blok Oystersteel yang kukuh daripada aloi yang tahan kakisan. Penutup belakang dengan jejalur halus di tepi, diskrukan secara kedap dengan menggunakan alat khas yang hanya pembuat jam tangan Rolex dibenarkan untuk mengakses mekanisme tersebut. Belitan putaran jam Twinlock dilengkapi dengan dua kali ganda sistem kalis air dan dilindungi oleh pengawal putaran jam yang diskrukan kepada penutupnya dengan ketat. Kristal tersebut diperbuat oleh nilam yang tahan calar dan dilengkapi dengan kanta siklops pada jam 3 untuk memudahkan tarikh dibaca. Penutup Oyster kalis air itu memberikan perlindungan yang optimum kepada mekanisme.

Terokai galeri

  • Explorer II baharu dengan dail lakuer hitam.
  • Jarum lakuer hitam dengan kemasan kusam.
  • Explorer II baharu dengan dail lakuer putih.
  • Ciri-ciri jarum 24 jam.
Explorer II baharu
)

Rantai Oyster dan kancing keselamatan Oysterlock

Explorer II generasi baharu dilengkapi dengan rantai Oyster. Dibangunkan pada penghujung tahun 1930-an, rantai yang mempunyai penghubung tiga keping ini dikenali dengan kekukuhannya.

Rantai Oyster pada jam tangan baharu ini mempunyai kancing keselamatan berlipat Oysterlock yang direka bentuk dan dipatenkan oleh Rolex agar dapat menghalang pembukaan tidak sengaja. Ia juga dilengkapi dengan pautan sambungan keselesaan Easylink yang dibangunkan oleh jenama bagi membolehkan pemakai dengan mudahnya mengubah kepanjangan rantai sehingga kira-kira 5 mm. Sebagai tambahan, satu sistem pelekapan terlindung untuk memastikan ianya tidak berkelium dan selanjar diantara rantai dan penutup.

Rantai Oyster

Pensijilan Kronometer Superlatif

Sama seperti semua jam tangan Rolex, Oyster Perpetual Explorer II dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif yang ditakrifkan semula oleh Rolex pada tahun 2015. Perakuan ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak jenama ini telah berjaya menjalani satu siri ujian oleh Rolex yang dilakukan dalam makmal mereka berdasarkan kriteria mereka sendiri.

Teruskan meneroka

Kongsi halaman ini