Wilayah baharu Explorer

Dibuat untuk penjelajahan

Rolex mempersembahkan ciptaan terbaru yang dibawakan oleh kepakaran membuat jam tangan yang unik.

Antaranya ialah Explorer dan Explorer II generasi baharu, iaitu jam tangan yang membawa kami dari puncak gunung tertinggi hinggalah kawasan kutub yang terpencil.

Explorer dilahirkan di puncak dunia dan dibangunkan dengan kerjasama pendaki gunung legenda. Banjaran Himalaya menjadi makmal kehidupan sebenar jam tangan ini dan lebih tepat lagi, terletak di puncak tertinggi dunia iaitu Gunung Everest.

Sejak itu, Explorer terus berkembang serta menjadi lebih kukuh dan mudah dibaca untuk memenuhi keperluan para penjelajah. Ia telah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang paling melampau, di mana pengurusan masa sering menjadi kunci untuk bertahan hidup.

Jam tangan dalam rangkaian Explorer telah mengharungi sempadan penjelajahan yang melampau.

Dari puncak gunung hinggalah gua yang dalam, dalam kesejukan Artik atau kepanasan gunung berapi. Bagi apa jua jenis pengembaraan, disebabkan oleh paparan 24 jam, ia menjadi jam tangan pilihan penjelajah kutub, ahli speleologi dan ahli volkanologi.

Explorer dan Explorer II generasi baharu ialah lambang usaha berterusan Rolex untuk tampil cemerlang demi mencapai keunggulan yang tidak akan berakhir. Malah, tanpa sedikit pun mengorbankan prestasi – salah satu syarat penting rangkaian – jam tangan ini tetap elegan.

Tahun ini, Oyster Perpetual Explorer boleh didapati dalam versi Rolesor kuning. Dengan menggabungkan Oystersteel dan emas 18 karat, Rolesor ialah gaya istimewa Rolex yang menyatukan kekuatan dan keanggunan dengan sempurna.

Oystersteel, aloi unik dengan kekuatan dan kejelasan yang tiada tandingan, masih menjadi unsur utama bagi penutup dan rantai model Explorer. Tahan karat dan direka untuk keadaan yang paling mencabar, ia adalah sebahagian daripada ciri yang menjadikan Oyster Perpetual Explorer II sebagai alat penting bagi semua penjelajah.

Teruskan meneroka

Kongsi halaman ini