Oyster Perpetual
Datejust 36
Baharu

Motif-motif baharu

Rolex mempersembahkan empat versi baharu dari Oyster Perpetual Datejust 36 yang menampilkan dail motif-motif baharu 'palma' dan 'berjejalur'.

Motif palma membangkitkan kemewahan, hutan-hutan tropika yang bersemangat, sementara motif berjejalur mempamerkan corak yang terdapat pada pelbagai bezel Rolex yang telah menjadi salah satu gaya estetik jenama.

Motif palma dapat dilihat pada tiga jam tangan baharu. Pertama, pada Oystersteel dan dilengkapi dengan rantai Oyster, coraknya terdapat pada dail hijau zaitun. Ia juga menghiasi dail emas pada jam tangan kedua, versi Rolesor kuning (menggabungkan Oystersteel dan emas kuning 18 karat) yang dilengkapi dengan rantai Oyster, dan dail perak jam tangan ketiga, versi Rolesor Everose (menggabungkan Oystersteel dan emas Everose 18 karat) pada Rantai Jubilee. Motif berjejalur ditemui pada dail emas jam tangan terakhir – versi Rolesor kuning yang lain – kali ini dengan rantai Jubilee.

Versi baharu Datejust 36 dilengkapi dengan kaliber 3235, satu mekanisme yang berada di barisan hadapan teknologi membuat jam tangan.

Seperti semua jam tangan Rolex, Datejust 36 mempunyai pensijilan Kronometer Superlatif yang memastikan prestasi cemerlang di pergelangan tangan.

Gaya kekal

Rolex Datejust merupakan arketip jam tangan klasik disebabkan fungsi-fungsi dan estetika-estetika yang menjangkau perubahan fesyen. Dilancarkan pada tahun 1945, ia merupakan jam tangan kronometer kalis air automatik pertama di mana dailnya memaparkan tarikh di tingkap pada jam 3 dan menyatukan semua inovasi utama yang jenama telah sumbangkan kepada jam tangan moden sehingga kini. Datejust telah menjangkau beberapa era dan pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri estetik yang menjadikan ia dikenali dengan serta merta.

Rolesor, gabungan emas dan keluli

Rolesor, kombinasi emas 18 karat dan Oystersteel pada jam tangan Rolex telah menjadi ciri pengenalan kepada jenama ini sejak tahun 1933 ketika nama tersebut didaftarkan. Ia menyatukan dua jenis logam: satu, mengagumkan dan berharga, daya tarikan untuk kilauan dan kestabilan; manakala yang lain pula, sangat tahan terhadap kakisan, menjamin kekuatan dan kebolehpercayaan. Semua kualiti ini mencerminkan keanggunan dan prestasi yang digabungkan dalam jam tangan Rolex. Pada dua versi Rolesor kuning baharu Datejust 36, bezel, belitan putaran jam dan pautan-pautan tengah rantai terdapat dalam emas kuning 18 karat, sementara penutup dan pautan luar jam adalah Oystersteel. Versi Rolesor Everose mengikuti prinsip yang sama, menggunakan emas Everose 18 karat dan bukannya emas kuning 18 karat. 

Penutup Oyster, simbol kekalisan air

Satu paragon keteguhan dan keanggunan, penutup Oyster 36 mm Datejust 36 dijamin kalis air sehingga kedalaman 100 meter (330 kaki). Penutup tengah tersebut diperbuat daripada blok Oystersteel yang kukuh daripada aloi yang tahan kakisan. Penutup belakang dengan jejalur halus di tepi, diskrukan secara kedap dengan menggunakan alat khas yang hanya pembuat jam tangan Rolex dibenarkan untuk mengakses mekanisme tersebut. Belitan putaran jam Twinlock dilengkapi dengan dua kali ganda sistem kalis air yang diskrukan ke bawah pada penutup. Kristal tersebut diperbuat oleh nilam yang tahan calar dan dilengkapi dengan kanta siklops pada jam 3 untuk memudahkan tarikh dibaca. Penutup Oyster kalis air itu memberikan perlindungan yang optimum kepada mekanisme.

Terokai galeri

  • Datejust 36 dalam versi Rolesor kuning dengan dail motif palma emas.
  • Datejust 36 dengan dail bermotifkan palma.
  • Dail motif berjejalur menggabungkan salah satu gaya estetik Rolex.
  • Datejust 36 dengan dail bermotifkan palma perak.
  • Datejust 36 Rolesor kuning dengan dail bermotifkan jejalur emas.

Rantai-rantai Jubilee dan Oyster

Oystersteel Datejust 36 baharu dengan dail hijau zaitun, motif palma, dan versi Rolesor kuning (menggabungkan Oystersteel dan emas kuning 18 karat) mempunyai dail warna emas, motif palma yang dilengkapi dengan rantai Oyster. Dibangunkan pada penghujung tahun 1930-an, rantai yang mempunyai penghubung tiga keping ini dikenali dengan kekukuhannya. 

Rolesor Everose Versi baharu ini (menggabungkan Oystersteel dan emas Everose 18 karat) dengan dail perak, motif palma dengan rantai Jubilee, sama seperti jam tangan Rolesor kuning di mana dail emasnya dihiasi dengan motif jejalur. Lembut dan selesa, rantai Jubilee sambungan lima keping ini direka khas untuk pelancaran Oyster Perpetual Datejust pada tahun 1945. 

Rantai-rantai Oyster dan Jubilee pada Datejust 36 dilengkapi dengan Oysterclasp berlipat dan pautan sambungan keselesaan Easylink, dibangunkan oleh Rolex bagi membolehkan pemakai dengan mudah meningkatkan kepanjangan rantai sehingga kira-kira 5 mm. Sebagai tambahan, satu sistem pelekapan terlindung untuk memastikan ianya tidak berkelium dan selanjar diantara rantai dan penutup.

Pensijilan Kronometer Superlatif

Sama seperti semua jam tangan Rolex, Oyster Perpetual Datejust 36 dilindungi oleh pensijilan Kronometer Superlatif yang ditakrifkan semula oleh Rolex pada tahun 2015. Perakuan ini mengesahkan bahawa setiap jam tangan yang meninggalkan tapak jenama ini telah berjaya menjalani satu siri ujian oleh Rolex yang dilakukan dalam makmal mereka berdasarkan kriteria mereka sendiri.

Teruskan meneroka

Kongsi halaman ini