Liputan video poster Milgauss
Sandaran liputan video Milgauss

Milgauss

Menghargai Sains

  • Identiti
    yang unik

    Reka bentuk

  • Dari masa ke masa, Milgauss tetap setia kepada warisan santifik dan identitinya yang unik. Dengan jarum detik saat yang berwarna oren, berbentuk seperti pancaran petir sebagai menyamai model asal – menggabungkan garisan kemasnya, jam tangan ini boleh dikenali dengan sekilas pandang.

  • Kristal hijau nilam merupakan yang pertama dalam pembuatan jam apabila ia diperkenalkan oleh Rolex pada versi Milgauss yang diperbaharui pada tahun 2007. Ia diperbuat oleh nilam yang tahan calar dan memastikan keterbacaan yang optimum.

  • Milgauss menggunakan dail Z-biru, elektrik biru eksklusif yang hanya terdapat pada model Rolex ini. Ia juga boleh dilengkapi dengan dail hitam yang menampilkan penanda jam oren pada jam 3, 6 dan 9 – sama seperti jarum detik dengan warna yang sama. Penanda jam pada kedua-dua versi diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.

  • Ketahanan
    gangguan terhadap
    magnetik

    Ciri-ciri

  • Inovasi utama yang menjadi teras kepada ketahanan Milgauss terhadap gangguan magnetik ialah perisai yang melindungi penutup jam tangan Oyster. Perisai ini terdiri daripada dua bahagian yang dihasilkan masing-masing dari aloi feromagnetik yang berbeza, menyelubungi dan melindungi mekanisme. Ia terukir dengan simbol ketumpatan fluks magnet – "B" dengan anak panah di atasnya.

  • Milgauss dilengkapi dengan kaliber 3131 iaitu sebuah mekanisme mekanikal automatik yang dibangun dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Seni bina, pembuatan dan inovatif menjadikan ia sangat tepat dan boleh dipercayai.

  • Lebih halus daripada rambut manusia, pegas rambut Parachrom biru adalah komponen utama pada kaliber 3131 dan menyumbang kepada daya tahan magnet Milgauss. Ia mampu menawarkan kestabilan yang hebat dalam mengatasi variasi suhu dan ketepatan yang kekal hingga 10 kali ganda daripada pegas rambut traditional jika kejutan terjadi. Ia dilengkapi dengan gegelung Rolex untuk memastikan ia tidak berubah dalam apa jua keadaan.

  • Warisan saintifik

     

    Alam semesta

  • CERN    
    Organisasi Eropah untuk Penyelidikan Nuklear, terletak berhampiran Geneva di Switzerland. Foto arkib.
  • Tahun 1950-an adalah tempoh perkembangan teknologi dan saintifik yang menyaksikan semakin banyak jurutera dan juruteknik yang terdedah kepada medan magnet di persekitaran kerja mereka. Ini sangat mempengaruhi fungsi jam tangan mereka. Sebagai penyelesaian terhadap masalah itu, pada tahun 1956, Rolex mencipta Milgauss. Jam tangan ini direka bentuk untuk menahan gangguan sehingga 1.000 gauss, terima kasih kepada perisai magnet yang melindungi mekanisme.

  • 1956
    Oyster Perpetual Milgauss Pertama
  • Pada akhir 1950-an, setelah pelancaran Milgauss, Rolex bertanya kepada CERN, makmal fizik zarah Eropah, jika para saintisnya dapat menguji jam tangan itu. Mereka mengesahkan daya tahan magnet.

  • Pelanggar Hadron Besar
    Pemecut zarah terbesar di dunia yang dibina oleh CERN, terletak di terowong bawah tanah yang membentang sejauh 27 kilometer (17 batu).

     

  • Hari ini, lebih dari 60 tahun, Rolex terus bekerjasama dengan CERN dengan menyokong, khususnya, persidangan saintifik dan acara bantuannya. Hubungan erat melalui nilai-nilai bersama mereka, mereka disatukan oleh semangat untuk sains, serta komitmen untuk ketelitian dan kecemerlangan.

Hubungi peruncit mengenai Milgauss

Hanya Peruncit Rasmi Rolex dibenarkan untuk menjual dan menyenggara Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal, mereka membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Kongsi halaman ini