Penyatuan keanggunan dan inovasi

Pada pelancarannya, Day-Date ialah jam tangan pertama yang menggabungkan semua inovasi pembuatan jam tangan terbaru: kronometer automatik dan kalis air dengan tarikh dan hari dalam seminggu yang dieja penuh – tersedia hari ini dalam 26 bahasa. Diperbuat secara eksklusif daripada logam berharga dan disertakan dengan rantai President simboliknya, dail yang banyaknya menjadikannya kanvas yang ideal untuk pernyataan kendiri.

HARI DAN TARIKH
SERTA-MERTA:
KEAJAIBAN TENGAH MALAM

Pada mulanya diperkenalkan pada tahun 1956, Day-Date adalah yang pertama di dunia. Jam tangan pertama yang menunjukkan hari dalam seminggu yang dieja penuh. Dipakai oleh ramai pemimpin dunia, Day-Date boleh didapati dengan paparan hari tersuai dalam pelbagai pilihan bahasa.

RANTAI PRESIDENT:
NAMA YANG DITAKDIRKAN

Dicipta khas untuk Day-Date dan diperkenalkan pada pelancaran model tersebut pada tahun 1956, rantai President yang elegan dan mengagumkan dihasilkan mengikut taraf jam tangan itu. Dapat dikenali serta-merta, rantai emas atau platinum 950 yang padat ini dengan tiga sambungan separa bulat memberikan kebolehpercayaan dan keselesaan yang sempurna.

CROWNCLASP:
KEANGGUNAN TERPERINCI

Rantai President dipasang dengan Crownclasp yang tersembunyi, dibuka dengan mahkota Rolex berengsel – sentuhan estetik dan fungsian pada rantai ini. Ia termasuk sisipan seramik di dalam sambungan untuk meningkatkan kelenturan dan ketahanannya. Satu sistem pelekapan terlindung pada rantai memastikan ianya tidak berkelium dan selanjar di antara rantai dan penutup.

Bezel Berjejalur:
Rahsia yang dijaga rapi

Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: ia digunakan untuk menskrukan bezel pada penutup untuk membantu memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, ianya sama dengan jejalur penutup belakang, yang juga diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan menggunakan alat-alat spesifik Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur merupakan simbol keunggulan, lazimnya dalam emas atau platinum.

Day-Date 40 baharu dalam platinum 950 menampilkan bezel berjejalur yang diperbuat daripada bahan berharga yang sama – buat pertama kalinya untuk Rolex. Pencapaian estetik dan teknikal ini melibatkan penyelidikan selama bertahun-tahun untuk menyesuaikan proses mencipta jejalur pada ‘logam yang paling mulia’. Menghasilkan jejalur dengan bentuk yang sempurna dan permukaan berkilauan merupakan pencapaian teknikal yang dapat direalisasikan oleh Rolex lantaran kepakarannya yang cemerlang.

DAIL DAY-DATE:
UNSUR UTAMA SEBUAH KLASIK YANG TERTERA DALAM KEMODENAN

Motif-motif nipis yang diukir laser digunakan pada kemasan sinaran matahari tradisional bagi mendapatkan kesan yang sangat canggih. Penanda jam baharu dengan angka Roman dekonstruktif dan bersegi-segi, dengan elemen-elemen yang ditempatkan dengan tangan secara berasingan, menonjolkan lagi sifat maskulin model yang berkarisma ini. Mempamerkan kepakaran Rolex yang unik dalam seni pembuatan dail, wajah-wajah jam tangan ini adalah eksklusif untuk Day-Date. Dail biru ais kekal sebagai tanda tersendiri bagi jam tangan Rolex dalam platinum 950.

FAUNDRI ROLEX:
MENGUASAI LOGAM BERHARGA

Jam tangan emas Rolex memiliki kilauan yang benar-benar menawan, hasil daripada pengalaman bertahun-tahun dalam menyempurnakan penggunaan logam yang paling berharga ini. Hanya dengan cara mengawal keseluruhan prosesnya, Rolex dapat menjamin kilauan yang tiada tandingannya untuk penutup dan rantai jamnya.

Rolex secara eksklusif menggunakan emas 18 karat iaitu sejenis aloi mewah yang terdiri daripada 750‰ (perseribu) emas tulen, ditambah dengan campuran tepat unsur-unsur lain, termasuklah perak dan tembaga yang diperlukan untuk menghasilkan beberapa jenis emas 18 karat: kuning, putih dan Everose, iaitu aloi emas merah jambu milik Rolex yang eksklusif. Formula-formula yang dikawal dengan teliti ini memastikan ketahanan yang hebat, kebolehgilapan – dan kilauan luar biasa yang akan bertahan selama beberapa generasi.

Kongsi halaman ini