Datejust 36
Oyster, 36 mm, Oystersteel dan emas putih
Memeriahkan hari anda
Oyster Perpetual Datejust 36 ini dalam Oystersteel dan emas putih mempunyai permukaan hijau buah zaitun bermotifkan palma, bertatahkan berlian dan rantai Oyster.
Permukaan Hijau Zaitun
Motif palma
Permukaan ini mempunyai berlian dalam tetapan emas 18 karat. Rolex mempunyai pengetahuan dan peralatan yang diperlukan bagi mencipta rupa baharu untuk permukaan jam tangannya secara kerap.
Pereka jenama ini mengambil kemasan sinar matahari tradisional – ciri unik permukaan Rolex - sebagai latar belakang untuk mengukir motif dengan laser femtosaat, yang menggunakan denyutan elektromagnet ultrapendek untuk menandai permukaan secara halus. Berinspirasikan pepohon hijau, motif 'palma' menggambarkan dahan palma dengan pelepah bertindih yang menghasilkan kesan cahaya dan bayang.
Bezel berjejalur
Tanda pengenalan Rolex
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air.
Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Datejust 36 ini.
Rolesor putih
Gabungan dua bahan logam
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing.
Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.
Rantai Oyster
Keajaiban bentuk dan fungsi
Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa.
Ia dilengkapi dengan Oysterclasp dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex. Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.
Lagi butiran teknikal Datejust
Rujukan 126234
Penutup model
Oyster, 36 mm, Oystersteel dan emas putih
Seni bina Oyster
Penutup tengah monoblok, penutup belakang diskrukan dan putaran jam
Diameter
36 mm
Bahan
Rolesor Putih - kombinasi Oystersteel dan emas putih
Bezel
Berjejalur
Putaran jam
Diskrukan, sistem kalis air berganda Twinlock
Kristal
Nilam tahan calar, kanta Siklops di atas tarikh
Kekalisan air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
Gerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3235, Buatan Rolex
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas penutup dipasang
Fungsi
Jarum jam, minit dan saat. Tarikh serta-merta dengan tetapan yang pantas. Hentikan jarum saat untuk tetapan masa yang tepat
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Rizab kuasa
Lebih kurang 70 jam
Rantai
Oyster, pautan tiga keping padat
Bahan
Oystersteel
Pengancing
Oysterclasp lipat dengan pautan sambungan keselesaan 5 mm Easylink
Permukaan
Hijau buah zaitun, motif palma bertatahkan berlian
Tatahan permata
Berlian dalam tetapan 18 Karat emas
Pensijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Ketahui cara menetapkan masa dan fungsi lain pada jam tangan Rolex anda dengan merujuk panduan ini.
Datejust 36
Brosur
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.