Datejust 36
Oyster, 36 mm, Oystersteel dan emas kuning
Rujukan 126203
Memeriahkan hari anda
Oyster Perpetual Datejust 36 ini dalam Oystersteel dan emas kuning mempunyai permukaan emas bermotifkan jejalur, bertatahkan berlian dan rantai Oyster.
Permukaan emas
Motif berjejalur
Permukaan ini mempunyai berlian dalam tetapan emas 18 karat. Motif berjejalur ialah tafsiran grafik elemen reka bentuk Rolex yang ikonik: bezel berjejalur didapati secara eksklusif pada beberapa jam tangan Klasik Rolex.
Diperbuat daripada bahan lama, digabungkan dengan teknologi canggih, permukaan bermotifkan jejalur membawa kedalaman dan kecanggihan kepada Datejust yang abadi.
Rolesor kuning
Gabungan dua bahan logam
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing.
Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.
Rantai Oyster
Keajaiban bentuk dan fungsi
Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa.
Ia dilengkapi dengan Oysterclasp dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex. Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.
Lagi butiran teknikal Datejust
Rujukan 126203
Datejust 36
Brosur
Hubungi Peruncit Rasmi Rolex
Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.
Jam tangan yang mungkin anda suka
Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.