Memeriahkan hari anda

Oyster Perpetual Datejust 36 ini dalam Oystersteel dan emas kuning mempunyai permukaan emas, motif berjejalur dan rantai Oyster.

Permukaan emas

Motif berjejalur

Motif berjejalur ialah tafsiran grafik elemen reka bentuk Rolex yang ikonik: bezel berjejalur didapati secara eksklusif pada beberapa jam tangan Klasik Rolex.

Diperbuat daripada bahan lama, digabungkan dengan teknologi canggih, permukaan bermotifkan jejalur membawa kedalaman dan kecanggihan kepada Datejust yang abadi.

Rolesor kuning

Gabungan dua bahan logam

Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini sebati secara harmoni dengan sifat terbaik masing-masing.

Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster.

Rantai Oyster

Keajaiban bentuk dan fungsi

Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa.

Ia dilengkapi dengan Oysterclasp dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex. Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.

Lagi butiran teknikal Datejust

Rujukan 126203

Datejust 36

Brosur

Muat turun brosur

Hubungi Peruncit Rasmi Rolex

Hanya peruncit rasmi Rolex dibenarkan menjual dan menyenggara jam tangan Rolex. Dengan kemahiran, pengetahuan teknikal dan peralatan khas yang diperlukan, mereka menjamin ketulenan setiap bahagian Rolex anda dan membantu anda membuat pilihan yang akan kekal seumur hidup.

Hubungi peruncit

Jam tangan yang mungkin anda suka

Jam tangan ini telah dipilih untuk anda. Tekan ikon hati untuk ditambah pada kegemaran anda.