Di Rolex, kami ingin memastikan jam tangan anda berfungsi dengan baik sepanjang hayat anda, sama seperti hari anda membelinya.

Apa yang Rolex anda perlukan hanyalah penjagaan yang minimum.  Rolex yang dipakai setiap hari memerlukan sedikit perhatian.  Anda hanya perlu mengetatkan skru putaran jam untuk memastikan kekalisan air selepas anda memutarnya secara manual bagi tujuan set semula masa atau mengubah tarikh.

MEMUTARKAN JAM TANGAN ANDA SECARA MANUAL

Apabila anda memakai Rolex anda setiap hari, anda tidak perlu memutarkannya. Sekiranya anda menanggalkan dan meletakkannya di suatu tempat, jam tangan itu akan mengekalkan “casnya” selama dua hari atau lebih, bergantung pada model. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memakai Rolex selama lebih daripada beberapa hari dan jam tangan telah berhenti, kami mencadangkan anda supaya memutarkannya secara manual untuk menetapkan masa sebelum anda memakainya.

Penjagaan Rolex anda

JAMINAN LIMA TAHUN

Setiap Rolex harus menjalani set ujian yang ketat untuk memastikan ketepatan dan keutuhannya. Keyakinan kami terhadap jaminan kualiti kami yang lebih ketat membolehkan kami menetapkan standard baharu dalam pembuatan jam: semua jam tangan baharu Rolex yang dibeli bermula 1 Julai 2015 kini didatangkan dengan jaminan antarabangsa selama 5 tahun. Jam tangan yang dibeli antara 1 Julai 2013 hingga 30 Jun 2015 telah dilanjutkan jaminannya sehingga 3 tahun.

Jaminan lima tahun

DI MANA JUA ANDA BERADA

Apabila tiba masanya untuk menyenggara Rolex anda, kunjungilah rangkaian Peruncit Rasmi Rolex yang berada di seluruh dunia. Jadi, anda tahu bahawa anda boleh bergantung pada penjagaan terbaik untuk jam tangan anda di mana jua anda berada.

Kongsi halaman ini