Jam tangan baharu dan asli Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex. 

Dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan, mereka menjamin keaslian Rolex anda dan memastikan ia menikmati jaminan antarabangsa selama lima tahun. Rangkaian Peruncit Rasmi Rolex meliputi lebih daripada 100 buah negara di seluruh dunia.

Pada masa pembelian

KOTAK PERAGAAN

Setiap jam tangan Rolex dipamerkan dalam kotak peragaan yang menawan dan merupakan pelindung serta penjaga bagi permata yang tersimpan di dalamnya. Kotak peragaan turut menjadi satu simbol pemberian. Jika anda membelinya sebagai hadiah, adalah penting bagi kami bahawa pandangan pertama penerima terhadap Rolex tersebut mencerminkan rahsia yang tersembunyi di dalamnya.

KOTAK PERAGAAN
Pada masa pembelian

MENCUBA PAKAI JAM DI PERGELANGAN TANGAN ANDA

Peruncit Rasmi Rolex mempunyai kepakaran dan alatan di dalam kedai untuk melaraskan rantai atau tali jam tangan anda ke saiz yang sesuai bagi meningkatkan keselesaan anda. Bagi rantai logam, mereka boleh menambah atau membuang mana-mana sambungan yang diperlukan dan akan menyimpan sebarang sambungan berlebihan ke dalam kotak peragaan anda.

MENCUBA PAKAI JAM DI PERGELANGAN TANGAN ANDA
Pada masa pembelian

JAMINAN LIMA TAHUN

Hanya Peruncit Rasmi Rolex yang boleh meletakkan kad jaminan yang mengesahkan keaslian jam tangan anda ke dalam kotak. Semua jam tangan Rolex baharu mempunyai jaminan 5 tahun antarabangsa yang dikeluarkan sendiri oleh Rolex, yang akan dilengkapkan serta diberikan tarikh oleh Peruncit Rasmi Rolex anda pada masa pembelian dan didaftarkan dengan Rolex.

JAMINAN LIMA TAHUN

Direka Khas Buat Anda "Denyutan jantung"
yang bernyawa

Di Rolex, ketepatan jam tangan kami adalah sangat penting bagi kami. Untuk menjamin prestasi mereka dalam kehidupan seharian, kami akan memastikan semua jam tangan kami manjalankan satu siri ujian yang sangat ketat selepas mereka dikilangkan dan dengan setiap perkhidmatan penuh mereka. Mengikut peredaran masa, ketepatan jam tangan Rolex anda boleh terimpak oleh gaya hidup anda. Pada bila-bila masa tertentu, pembuat jam tangan kami boleh melakukan ujian untuk memastikan bahawa jam tangan anda masih memenuhi standard Rolex dan jika perlu menjalankan penentukuran semula. Untuk menikmati manfaat daripada perkhidmatan ini, anda hanya perlu mengamanahkan jam tangan anda kepada peruncit rasmi atau salah satu daripada ahli gabungan kami.

Kongsi halaman ini