Set pawagam

Rolex dan pawagam

Melalui Inisiatif Keabadian Seni, Rolex meraikan kecemerlangan dalam filem dan menggalakkan penghantaran seni sinematik kepada generasi baharu. Ia menggalakkan kecemerlangan dan meraikan kemajuan dengan menyokong bintang legenda dan bakat muda melalui Testimonies (Martin Scorsese dan James Cameron), perkongsian dengan Academy of Motion Picture Arts and Sciences (institusi, anugerah dan Muzium Akademi di Los Angeles), yayasan Filem Martin Scorsese dan program bimbingan Rolex.

Logo AMPAS
Datejust

Berganding bahu mengukir sejarah

Pada tahun 1926, pengasas Rolex iaitu Hans Wilsdorf, telah mencipta seutas jam tangan kalis air revolusioner yang menjadi bualan hangat iaitu Oyster. Beberapa bulan kemudian, para penonton mulai terpikat dengan The Jazz Singer, sebuah filem gambar bergerak yang pertama. Kedua-dua detik bersejarah ini menandakan bermulanya pembikinan filem dan pembuatan jam tangan moden.

Pada tahun 1931, Rolex mencapai satu lagi kejayaan unggul dengan Oyster, mekanisme putaran kendiri dengan rotot bebas, dinamakan rotor Perpetual.

Manakala, pawagam menyaksikan penampilan utama jenama tersebut di layar perak.

Sejak itu, Rolex dan pawagam sentiasa digandingkan bersama saban waktu. Sehingga hari ini, kedua-duanya memiliki matlamat yang sama dalam mengejar kecemerlangan, inovasi dan kemajuan sebagai pencetus aspirasi terunggul.

Oyster Perpetual yang pertama

Rolex dalam dan luar Skrin

Saban dekad, semakin ramai selebriti yang memakai Rolex dalam lakonan. Sebagai jam tangan pilihan, karisma dan bakat para pelakon hebat dan pengarah itu sendiri terserlah pada jam tangan mereka. Namun selepas menjadi bintang jemputan pada pergelangan tangan mereka dalam dan luar skrin, Rolex bakal menjadi sebahagian daripada watak utama.

Apakah yang diceritakan oleh jam tangan Rolex yang berbeza tentang watak-watak yang memakainya?

Satu jam tangan, satu watak

Jam tangan Rolex memperkaya identiti watak yang memakainya dengan perlambangan yang hebat. Kemunculan jam tangan tersebut dalam begitu banyak filem bukanlah satu kebetulan. Apabila seorang watak memakai jam tangan Rolex, ini ialah pilihan artistik yang dibuat oleh para pelakon dan pengarah. Lantaran jam tangan ini dan kehadiran skrinnya, Rolex tidak dapat dipisahkan daripada dunia perfileman.

Seutas Rolex menyingkap cerita yang tersendiri

Apabila seorang pelakon memilih untuk memakai jam tangan Rolex, kehadirannya pada pergelangan tangan mereka menambah maklumat kepada plot. Kesan peribadi tersebut meminjamkan watak itu satu sejarah yang munasabah, berkaitan masa lalu dan takdir. Hal ini mendedahkan sesuatu tentang pembawaan, cita rasa, nilai, aspirasi dan set minda si pemakai.

Network

Network (1976), Faye Dunaway; Warner Brothers/MGM

The Fugitive Kind

The Fugitive Kind (1960), Marlon Brando dan Joanne Woodward; MGM

Apollo 13

Apollo 13 (1995), Pelakon tambahan yang tidak dapat dikenal pasti; Universal

The Usual Suspects

The Usual Suspects (1995), Gabriel Byrne; Paramount/MGM

Frantic

Frantic (1988), Harrison Ford dan Betty Buckley; Warner Brothers

Rolex menggalakkan promosi dan meraikan kecemerlangan, keabadian ilmu, pemeliharaan seni dan kemunculan bakat baharu.

Rolex dan Hollywood

Pada tahun 2017, terdapat dua acara penting yang dapat mengukuhkan lagi hubungan lestari antara Rolex dengan industri filem. Pertama sekali, pengarah Martin Scorsese telah menyertai James Cameron sebagai Testimoni Rolex. Dalam tahun yang sama, Rolex telah memeterai perkongsian dengan kuasa tertinggi industri filem, iaitu Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar.

Rolex menjadi Jam Tangan Eksklusif Akademi Seni dan Sains Wayang Gambar, Penaja Bangga Oscars®, serta Penaja Eksklusif Anugerah Gabenor. Rolex turut menjadi Penyokong Pengasas dan Jam Tangan Rasmi untuk Muzium Wayang Gambar Akademi yang telah dibuka di Los Angeles pada bulan September 2021.

Rolex menggalakkan kecemerlangan, keabadian ilmu, pemeliharaan seni dan kemunculan bakat baharu dengan sewajarnya. Misi Akademi adalah untuk adalah untuk meraikan semua aspek industri perfileman, memelihara legasi demi generasi masa hadapan, mencetus imaginasi di samping menghubungkan penonton global melalui minat mereka terhadap pawagam. Oleh itu, gabungan nilai antara Rolex dengan Akademi yang ditekankan melalui perkongsian jangka panjang ini.