Penutup Oyster merupakan tonggak penting dalam sejarah pembuatan jam kontemporari. Dicipta oleh Rolex pada tahun 1926, ia merupakan penutup kalis air yang pertama di dunia untuk jam tangan kerana sistem yang dipatenkan untuk diskrukan ke bawah pada bezel, penutup belakang jam tangan dan belitan putaran jam kepada penutup tengah jam tangan. Satu simbol kekukuhan dan kalis air, penutup jam tangan ni sangat sempurna dan elegan disebabkan gabungan bentuk dan fungsi yang hebat, tidak kira samada diperbuat daripada Oystersteel, 18 karat emas atau 950 platinum.

  • Kekuatan
    satu konsep

    Penutup Oyster

  • Pada hari ini, pembinaan kedap udara atau penutup mereka, kesemua jam tangan Oyster dijamin kalis air sehingga kedalaman sekurang-kurangnya 100 meter (330 kaki), dan sehingga kedalaman 3,900 meter (12,800 kaki) bagi jam tangan penyelam Deepsea Extreme.

  • PENUTUP TENGAH YANG PADAT
    Penutup tengah Oyster (bahagian tengah penutup itu) dicetak dan dimesinkan dari blok pepejal Oystersteel dengan 18 karat emas atau platinum. Ia sangat kuat dan membentuk tulang belakang kepada bahagian- bahagian penutup yang lain agar penutup itu boleh dipasangkan dengan sempurna. Terdapat beberapa model profesional tertentu yang mempunyai pengawal putaran jam di sisi - bahu ini disifatkan sebagai bahagian penting dalam penutup tengah jam tangan.

  • PENUTUP BELAKANG DISKRUKAN KE BAWAH, JEJALUR ROLEX 
    Penutup belakang Oyster adalah kedap dan diskrukan ke bawah pada penutup tengah jam. Ciri-ciri jelajur pada penutup belakang Oyster adalah warisan dari Oyster di tahun 1926, sesuai dengan alat khas eksklusif untuk pembuat jam tangan Rolex yang sah agar hanya mereka yang boleh mengakses mekanisme itu.

Kejayaan Putaran Jam

BELITAN PUTARAN JAM

Kehandalan teknikal karya agung, belitan putaran jam tangan Rolex terdiri daripada kira-kira 10 bahagian, dan diskrukan kedap ke dalam penutup jam tangan. Rolex, buat pertama kalinya dalam sejarah pembuatan jam tangan, menghasilkan belitan putaran jam kalis air — antara muka yang selamat dan melindungi, dunia yang tertutup di dalam jam tangan dan elemen yang berbahaya di luar dunia.

Twinlock dan Triplock belitan putaran jam Rolex menggunakan dua atau tiga Zon tertutup untuk memastikan keselamatan kedap air menyerupai hac kapal selam.

Pembuatan jam tangan penutup oyster belitan putaran jam

Penutup Oyster merupakan tonggak penting dalam sejarah pembuatan jam kontemporari.

Kanta siklops

Kanta pembesar yang dipatenkan oleh Rolex pada tahun 1953 adalah untuk memperbesar lambang tarikh pada Datejust. Dinamakan selepas wujudnya mitos Yunani gergasi yang bermata satu. Satu tanda pengenalan Rolex, mudah dikenali walaupun dari jarak jauh. Diperbuat daripada nilam kalis calar sama seperti kristal yang terlekat. Mempunyai dua kali ganda salutan anti-reflektif untuk memastikan tarikh pada paparan jam terang dan jelas.

Kanta siklops pembuatan jam tangan penutup oyster
  • Bezel

    Bentuk dan Fungsi

  • DI Rolex, bentuk dan fungsi merupakan satu jalinan yang penting. Terutama sekali pada bezel, komponen penting  dalam keperibadian pandangan yang kukuh pada jam tangan Oyster. Bezel terdiri daripada pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk tetap atau boleh putar. Ianya telah diperkenalkan sejak dahulu lagi, menawarkan fungsi baharu mengikut jenis jam: masa menyelam, Zon masa kedua, paparan 24 jam, skala takimeter dan sebagainya.

  • BEZEL BERJELAJUR 
    Pada mulanya, Oyster jelajur bezel mempunyai tujuan tertentu: ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Ianya kemudian dikenali sebagai jelajur penutup belakang yang juga diskrukan ke dalam penutup untuk tujuan kalis air dengan menggunakan alat-alat spesifik Rolex. 

    Baca lebih lanjut

Kongsi halaman ini