Tersembunyi di dalam penutup kalis air, mekanisme Perpetual kekal tersembunyi kepada pemakai jam tangan.

Hanya pembuat jam tangan yang diiktiraf oleh Rolex sahaja dapat mengaksesnya dengan menggunakan alat khas.   Namun demikian, apabila mendapat keistimewaan untuk tampil kelihatan, mekanisma indah yang dikenali dunia untuk prestasi kronometriknya diakui sangat dikagumi. Ia merupakan satu karya seni, miniatur alam semesta yang megah, mempunyai pelbagai bentuk, kuantiti, warna dan permukaannya yang kadangkala digilap, dan kadangkala diperhaluskan dengan pengakhiran satin, dan selainnya pula dikilatkan pada permukaan sekelilingnya. Penjagaannya sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang, selaras dengan tradisi pembuatan jam tangan.

Pembuatan jam tangan mekanisme perpetual
Ketepatan, Ketahanan, Kebolehpercayaan

Seni Bina semulajadi

Mekanisme perpetual yang melengkapkan model Oyster memainkan peranan penting dalam reputasi kecemerlangan jam tangan Rolex. Pergerakan mekanikal yang automatik diperakui sebagai kronometer oleh Institut Pengujian Kronometer Rasmi Switzerland (COSC). Ia direka sepenuhnya dan dihasilkan oleh Rolex berdasarkan ciri ciri biasa. Ini adalah untuk memastikan prestasi yang tinggi dan patuh kepada keperluan yang penting dari segi ketepatan, kebolehpercayaan, rintangan kejutan, kecekapan sistem automatik dan mudah untuk diselenggarakan.

  • Di nadi

    mekanisme

    Ketepatan kronometrik.

  • RODA KESEIMBANGAN DENGAN PEMBOLEHUBAH INERTIA
    Dilengkapi dengan nut Microstella emas, roda keseimbangan yang besar membolehkan kawal selia yang lebih tepat dan kestabilan yang lebih hebat.

  • PEGAS RAMBUT DENGAN LAPISAN GEGELUNG ROLEX
    Gegelung paling luar dari bahagian pegas rambut akan melengkung ke arah tengah pusat untuk mengatasi kesan graviti. Ini membenarkan keseimbangan yang sempurna dan sejajar (‘isochronous’). Ayunan daripada kumpulan roda keseimbangan daripada pegas utama akan menyumbang kepada ketepatan kronometri yang lebih hebat tidak kira apa jua kedudukan jam tangan itu.

  • FREKUENSI OPTIMUM
    Dengan kekerapan 28,800 denyutan setiap jam (8 sesaat) membolehkan penyelesaian optimum kepada ketepatan pengayun dan kebolehpercayaan yang terperinci.

  • MELINTASI PAUTAN KESEIMBANGAN 
    Lintasan pautan keseimbangan membolehkan kestabilan dan menentukan kedudukan pengayun yang lebih tepat untuk meningkatkan lagi prestasi kronometrik. Pautan yang kuat meningkatkan lagi ketahanan rintangan dengan lebih hebat.

  • PELINCIR PRESTASI TINGGI 
    Kualiti minyak pelincir adalah sangat penting untuk mekanisme mekanikal berfungsi dengan sempurna. Rolex telah  menbangunkan pelincir eksklusif yang baharu dan disintesis secara dalaman dimana jangka masa hayat penggunaan serta kestabilannya bertambah dengan baik.

  • SENTUHAN AKHIR YANG HALUS 
    Walaupun mekanisme Perpetual hanya dapat diakses oleh pembuat jam tangan Rolex yang diiktiraf menggunakan alat khas, mereka dihiasi dengan tradisi pembuatan jam yang terbaik. Piring dan pawai gear digilap secara bulatan, diberi sentuhan akhir satin halus, digilap secara bulatan atau Siput, dan kepala skrunya digilap kilat seperti cermin dan kesemua bahagian tepi berlereng.

TERSEMBUNYI DI DALAM PENUTUP KALIS AIR, MEKANISME PERPETUAL KEKAL TERSEMBUNYI KEPADA PEMAKAI JAM TANGAN.

Sejarah ketepatan

KRONOMETER SUPERLATIF

Green seal yang mengiringi setiap jam tangan Rolex adalah simbol statusnya sebagai Kronometer Superlatif. Penentuan eksklusif ini membuktikan bahawa ia telah berjaya menjalani satu siri kawalan akhir yang spesifik oleh Rolex yang dilakukan dalam makmal mereka serta berdasarkan pada kriteria mereka sendiri sebagai tambahan kepada pensijilan COSC rasmi untuk mekanismenya. Ujian unik ketepatan kronometrik mekanisme tanpa penutup untuk kekalisan air, automatik dan rizab kuasa mengubah kembali sempadan prestasi dan menjadikan Rolex sebagai penanda aras bagi kecemerlangan dalam jam tangan mekanikal. Green seal disertakan dengan jaminan lima tahun bagi setiap model Rolex.

Pembuatan jam tangan kronometer superlatif
  • Ketepatan Superlatif

    Mekanisme Rolex

  • PENGAYUN
    Bagi jam tangan mekanikal, bahagian pengayun merupakan penjaga masa. Organ kawal selia ini yang merangkumi pegas rambut dan roda keseimbangan, membolehkannya menentukan ketepatan masa melalui kekerapan ayunannya.

  • PARAFLEX
    Penyerap rintangan kejutan eksklusif dan cekap telah dibangunkan dan dipatenkan oleh Rolex pada tahun 2005. Meningkatkan rintangan kejutan jam tangan Rolex sehingga 50 peratus.

  • PELEPAS 
    Pernahkan anda tertanya mengapa jam mekanikal berbunyi ‘’tik-tok’’ ? Bunyi itu dihasilkan oleh pelepas, iaitu bahagian strategik yang memainkan peranan penting untuk mengukur pergerakan masa.

Tahukah anda ?

ASAL USUL FRASA

"Superlative chronometer officially certified"
Dari sudut sejarah, perakuan kronometer sesebuah jam tangan yang direka boleh diperakui oleh pengeluarnya sendiri untuk membuktikan ketepatan yang lebih tinggi, satu proses dimana risiko penyalahgunaan akan terjadi. Untuk menjamin mutu kualiti kronometer, Rolex telah membuat keputusan agar mereka mendapat perakuan secara rasmi, tidak mengira kos dan waktu tambahan. Untuk mengiktiraf perbezaan ini, pada akhir tahun 1930an, jenama itu telah mengubah inkripsi pada dailnya daripada ‘kronometer’ kepada ‘pensijilan rasmi kronometer’. Pada tahun 1951, pensijilan rasmi menjadi satu kewajipan. Rolex memutuskan untuk membezakan jenamanya dengan mendapatkan sijil  avec yang menyebut (sijil prestasi kecermerlangan unggul). Peraturan lama menyatakan bahawa mekanisme yang ketepatannya terbukti unggul dalam ujian akan menerima sijil ‘’keputusan yang baik’’. Menjelang akhir tahun 1950-an, Rolex telah melancarkan satu generasi mekanisme baru yang tiga kali ganda lebih tepat daripada kriteria untuk mendapatkan satu pengiktirafan.

Mekanisme pembuatan jam tangan kronometer superlatif

Kongsi halaman ini