Kebolehpercayaan, selesa, elegan

Rantai dan Pengancing

Rantai dan pengancing memainkan peranan dalam kenikmatan unik memakai sebuah jam tangan Rolex. Ergonomiknya dikaji dengan teliti, sementara kekukuhan dan kebolehpercayaan, estetik dan kilauan semuanya bersifat personaliti jam tangan itu.
Seperti penutup Oyster, ia adalah hasil gabungan kompleks antara bentuk dan fungsi. Reka bentuk, pembangunan dan penghasilannya, serta ujian ketat yang dilaluinya melibatkan teknologi, pengetahuan dan ketukangan yang maju.

Pembuatan jam tangan Rantai dan Pengancing
  • Oysterlock

    Keselamatan Mahkota, kenikmatan sensori

  • Tiada bahagian lain Rolex yang memanipulasi sekerap pengancing, satu sentuhan terikat diantara jam tangan tersebut dan si pemakai. Tiada yang lebih penting dari keselamatan dan keselesaan untuk seorang pemilik jam tangan Rolex.

Menyelam dalam mod selesa

Rolex Glidelock

Dicipta daripada Oystersteel yang sangat tahan kakisan, rantai yang boleh dipanjangkan sehingga dua kali ganda ini direka untuk hidupan dalam air. Kancing Glidelock Rolex terpatennya membolehkan penyelam memanjangkan rantai kepada kira-kira 20 mm dengan kenaikan 2 mm.
Pemanjangan luar biasa ini membenarkan pemakai selamat dan selesa apabila mengenakan pakaian selam pelindung.

Identiti Ikonik

Rantai Oyster

Diperkenalkan pada hujung 1930an, rantai logam kukuh ini dengan penghubung tiga keping yang rata masih kekal menjadi tulang belakang dalam koleksi Oyster. Ia dipasangkan pada semua jam tangan profesional, dan juga pada beberapa model klasik seperti Datejust, Day-Date dan Sky-Dweller. Ia boleh dilengkapi dengan pelbagai jenis kancing Rolex (Oysterclasp, Oysterlock dan Crownclasp) dan termasuk dalam sistem Easylink comfort extension link.

Pembuatan jam tangan Rantai Oyster

Rantai dan kancing memainkan peranan dalam kenikmatan unik memakai seutas jam tangan Rolex.

  • Identiti ikonik

    Rantai Rolex

  • RANTAI PRESIDENT
    Rantai logam elegan dengan tiga keping sambungan separa bulat dicipta pada 1956 untuk pelancaran yang berprestij bagi Oyster Perpetual Day-Date. Rantai President masih terpelihara sehingga kini bagi Day-Date dan juga beberapa versi Datejust untuk wanita yang mempunyai logam logam berharga didalamnya. Ia sentiasa dilengkapkan dengan Crownclasp, kancing tertutup elegan milik Rolex.

  • RANTAI JUBILEE
    Rantai logam yang mempunyai sambungan lima keping yang lembut dan selesa ini direka khas untuk pelancaran Oyster Perpetual Datejust pada tahun 1945. Ia disambung sama ada dengan Crownclasp tertutup atau pun Oysterclasp.

Keselesaan dan kebolehpercayaan

Oysterflex

Di tengah-tengah rantai Oysterflex yang inovatif pada elastomer yang dibangunkan oleh Rolex adalah bilah logam anjal. Ia menyediakan keteguhan dan kebolehpercayaan rantai logam, sambil memelihara keselesaan dan kelembutan tali Elastomer.

Kongsi halaman ini