2000

MEKANISME 4130

Mekanisme kronograf berkaliber 4130 telah dicipta dan dipasang oleh Rolex pada tahun 2000 untuk jam tangan Cosmograph Daytona dan mempunyai hanya 290 komponen -jumlah yang jauh lebih sedikit berbanding sebuah kronograf standard. Ini menjadikan kronograf 4130 sangat dikagumi kerana reka bentuknya yang mudah.

2002

MENTOR DAN ANAK DIDIK

Inisiatif Seni Mentor dan Anak Didik Rolex diasaskan pada tahun 2002 untuk menggalakkan individu yang berbakat mengikuti program unik yang melibatkan sesi mentor dengan seorang tokoh utama dalam bidang artistik mereka. Setelah sedekad, komuniti kreatif Inisiatif Seni Mentor dan Anak Didik Rolex telah berkembang merentasi benua dan budaya, dan sekarang mempunyai lebih dari 80 artis kreatif yang terdiri daripada pelbagai generasi dan latar belakang.

2005

BEZEL CERACHROM

Rolex telah mencipta dan patenkan Bezel Cerachrom khusus untuk model jam profesional untuk memastikan kecantikan dan fungsi jam dikekalkan walaupun terdedah kepada keadaan ekstrem. Diperbuat dari bahan seramik yang sangat keras, ia hampir mustahil untuk calar dan warnanya tidak terjejas dari sinaran ultraviolet.

Permukaannya yang digilap berlian menghasilkan kilauan yang luar biasa. Ukiran graduasi 24-jam pada jam disalut dengan lapisan nipis platinum.

2005 - BEZEL CERACHROM
2005

PEGAS RAMBUT PARACHROM BIRU

Selepas penyelidikan selama lima tahun, Rolex telah mencipta pegas rambut Parachrom biru. Diperbuat dari satu aloi paramagnetik, ia tidak terjejas oleh medan magnet dan ia 10 kali lebih tahan gegaran. Dari segi sejarah, keunikan warna biru pada pegas rambut telah menjadi tanda prestij dan ia hanya digunakan pada penunjuk waktu yang paling tepat.

2005 - PEGAS RAMBUT PARACHROM BIRU
2007

YACHT-MASTER II

Oyster Perpetual Yatch-Master II Regata kronograf ialah jam tangan pertama di dunia yang dilengkapi dengan kiraan detik yang boleh diprogramkan berserta memori mekanikal. Pembuatan jam berkomplikasi unik ini terdiri daripada sebuah sistem inovatif yang berinteraksi dengan mekanisme dan penutupnya. Ini melalui sebuah cincin bezel yang boleh berputar yang diciptakan dan dibangunkan oleh Rolex. Jam tangan Reggata kronograf ini membolehkan pelayar kapal menyeberang garisan secepat mungkin selepas pelayaran bermula.

2007 - YACHT-MASTER II
  • ROLEX
    DEEPSEA

    2008

2012

SKY-DWELLER

Rolex memperkenalkan sebuah model inovatif yang baharu, Oyster Perpetual Sky-Dweller. Ia merupakan sebuah karya teknologi yang dikhaskan untuk pengembara dunia. Dengan penutup yang berukuran 42mm, jam tersebut mempunyai dua zon masa yang senang untuk dibaca dan diguna serta sebuah kalendar tahunan yang inovatif bernama Saros. Ia dinamakan Saros sebagai tanda penghormatan kepada fenomena astronomi yang menginspirasikannya. Kalendar tersebut hanya memerlukan satu pelarasan tarikh untuk setahun. Untuk menetapkan fungsi jam dengan cepat dan mudah, ia dilengkapi dengan cincin Command Bezel yang boleh berputar.

2012

TEMPAT PALING DALAM
DI PERMUKAAN BUMI

Pada Mac 26, 2012, pembuat filem dan pengembara Nasional Geografi , James Cameron, telah menyelam ke dalam Jurang Mariana. Ini merupakan penyelaman bersendirian ke titik terdalam di bumi yang pertama di dunia serta penyelaman yang satu-satunya sejak ekspedisi berpasangan Trieste pada tahun 1960. Hanya satu penumpang yang berada di kedua-dua pelayaran itu, sebuah jam tangan Rolex.

2012 - TEMPAT PALING DALAM DI PERMUKAAN BUMI
2012

Cabaran Deepsea

Jam tangan Rolex Oyster Perpetual Deepsea Challenge adalah sebuah jam tangan eksperimental yang disahkan kalis air  untuk menyelam sehingga 12,000 meter (38,370 kaki) yang direka dan dibina oleh Rolex untuk menahan tekanan air yang ekstrem di dalam lautan. Ia menetapkan rekod untuk jam tangan menyelam yang paling dalam di dunia.

Kongsi halaman ini