1971

EXPLORER II

Rolex mempersembahkan jam tangan Oyster Perpetual Explorer II, khusus buat pengembara kutub, ahli-ahli speleology dan kepada semua yang berani untuk menembusi dunia penjelajahan. Jam tangan ini mempunyai ciri ciri 24 jarum pendek, alat bantu yang berharga di kawasan kutub dan di bawah tanah ketika anda tidak dapat membezakan siang atau malam.

1971 - EXPLORER II
1971

COMEX

Hubungan keutamaan telah dijalinkan diantara Rolex dan ‘Compagnie Maritime d’Expertises (COMEX), dimana penyelam mereka memakai jam tangan Sea-Dweller jenama Rolex semasa menyelam di kedalaman yang sangat dalam. Syarikat yang diterajui oleh Henri-Germain Delauze, memainkan peranan sebagai perintis dalam aktiviti selam dalam laut dan kekal menjadi pakar dunia dalam kejuruteraan hiperbarik dan aktiviti kerja bawah laut.

Hubungan diantara Rolex dan COMEX masih bertahan kuat sehingga kini, seperti yang ditunjukkan oleh tanki hiperbarik yang dibangunkan khusus oleh syarikat Marseille untuk menguji ketahanan jam tangan Deep Sea Rolex.

1963 - COMEX
1976

ANUGERAH ROLEX
UNTUK PERUSAHAAN

Untuk merayakan ulang tahun yang ke-50, Anugerah Rolex untuk perusahaan telah melancarkan anugerah kepada individu cemerlang yang memiliki keberanian dan keyakinan untuk mengambil cabaran besar.

Setiap Anugerah Rolex untuk perusahaan diberikan kepada projek baharu yang sedang berlangsung di seluruh dunia - yang seharusnya disokong kerana kapasitinya dalam meningkatkan kualiti hidup, melindungi alam semulajadi serta warisan budaya. Projek projek ini menyentuh seluruh aspek kemanusiaan dengan mengembangkan pengetahuan atau memperbaiki kehidupan di bumi.

1978

SEA-DWELLER 4000

Rolex melancarkan Sea-Dweller 4000, kalis air sehingga kedalaman 1,220 meter (4,000 kaki).

1978 - SEA-DWELLER 4000
1985

KELULI 904L

Jam tangan keluli Rolex dibuat dari aloi 904L yang dimiliki oleh Rolex sendiri, yang dikenali sebagai "“Oystersteel” semenjak tahun 2018. Kebiasaannya digunakan dengan teknologi tinggi dan di ruang angkasa serta industri kimia, keluli 904L setanding dengan logam berharga disebabkan anti-kakisnya dan memiliki kilatan yang luar biasa selepas digilap. Tahun 1985, Rolex telah menjadi jenama pembuat jam tangan yang pertama menggunakan keluli dari 904L untuk penutupnya.

1985 - KELULI 904L
1992

PEARLMASTER

Pentafsiran baharu dari Lady-Datejust baru dilancarkan, iaitu Pearlmaster

1992 - PEARLMASTER
1992

YACHT-MASTER

Tahun 1992 bermulanya kehadiran jam tangan Oyster Perpetual Yacht-Master. Ahli baru dalam keluarga Oyster ini diperkuatkan ikatan di antara Rolex dan dunia pelayaran.

1992 - YACHT-MASTER
1992

ROLEX & LUMBA LAYAR

Rolex merupakan penaja utama dalam beberapa perlumbaan lepas pantai yang terkenal di dunia.

1992 - ROLEX & LUMBA LAYAR

Kongsi halaman ini