Perintis Jam Tangan
Pada awal tahun 1950an, Rolex telah membangunkan jam tangan profesional yang bukan saja berfungsi sebagai alat menyatakan masa malah mempunyai fungsi yang lebih daripada itu. Jam tangan ini berfungsi untuk tujuan aktiviti profesional seperti menyelam dasar laut, penerbangan, pendakian gunung dan juga eksplorasi saintifik. Jam tangan ini menimbulkan semangat yang berkekalan dan dikenali sebagai jam tangan untuk pencapaian.

Everest
Pada tahun 1953 di dalam explorasi Sir John Hunt, Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay berjaya mencapai puncak Gunung Everest dengan dilengkapi dengan Oyster Perpetuals.

EXPLORER
Diilhamkan oleh pengetahuan yang diperoleh daripada pengembaraan manusia yang menarik ini, Oyster Perpetual Explorer telah dilancarkan pada tahun 1953 untuk meraikan kejayaan pendakian Gunung Everest dan serta merta memperolehi status ikonik.

SUBMARINER
Submariner yang telah dilancarkan pada tahun 1953 merupakan jam tangan penyelam pertama yang kalis air sehingga kedalaman 100 meter (330 kaki). Bezel yang berupaya untuk berputar membolehkan para penyelam untuk menentukan masa menyelam mereka.

-
PASANGAN YANG SEMPURNA
DI DARAT
MAHUPUN DI LAUTAN -
-
1953
Penerbangan merentasi benua yang pertamaApabila perjalanan merentasi benua mula membangun pada tahun 1950an, pesawat penumpang juga mula merentasi beberapa zon masa yang berbeza dengan pantas. Untuk pertama kalinya, adalah amat penting untuk mengetahui masa di pelbagai tempat di dunia pada masa yang sama. Ia merupakan era jet pesawat dan Rolex memadankan semangat pada waktu itu dengan jam tangan.
-
-
1955
GMT-MasterGMT-Master dibangunkan khas untuk memenuhi keperluan khusus juruterbang penerbangan. Ia menjadi jam tangan rasmi beberapa syarikat penerbangan yang terkemuka dan salah satu daripadanya adalah ‘Pan American World Airways’ atau lebih terkenal dengan panggilan ‘Pan Am’. Ciri visual yang paling menarik adalah bezel dua tona yang menandakan waktu siang dari waktu malam.
-
-
1956
Day-DateOyster Perpetual Day-Date membuat penampilan pertamanya pada tahun 1956. Hanya boleh didapati dalam bentuk emas 18 karat atau platinum, ia merupakan jam tangan pertama yang memaparkan tarikh dan hari pada minggu itu dan dieja penuh pada tingkap dail. Dengan rantai President yang dicipta khas, jam tangan Day-Date terus menjadi standard kecemerlangan bagi orang-orang yang berpengaruh.
Kepimpinan
Jam tangan Rolex telah lama dikaitkan dengan mereka yang telah, dari masa ke semasa, memimpin peristiwa di dunia. Satu persamaan yang dikongsi oleh lelaki dan wanita hebat, tidak kira apa pun jua visi mereka, pengaruh kecemerlangan mereka mahupun pencapaian mereka adalah jam tangan mereka: Day-Date.

CERN
Pertubuhan Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), yang merupakan makmal fizik zarah pra-terkemuka di dunia, kini berada di tahap penyelidikan saintifik tercanggih untuk menerokai rahsia alam semesta. Mereka adalah tuan rumah bagi pemecut tenaga zarah tetinggi di dunia. Pada tahun 1950an, CERN merupakan salah sebuah institusi saintifik pertama yang mengesahkan bahawa jam tangan Milgauss mampu menahan kuasa medan magnet sehingga 1,000 gauss.

OYSTER PERPETUAL MILGAUSS
Pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1956, Milgauss direka khas untuk memenuhi keperluan komuniti saintifik dan berupaya untuk menahan kuasa medan magnet sehingga 1,000 gauss. Inovasi utama diatas penciptaan Milgauss yang dapat merintangi gangguan magnet adalah perisai yang dapat melindungi mekanismenya.
Diperbuat oleh aloi ferromagnetik yang dipilih oleh Rolex, ia merangkumi dua komponen iaitu satu diskrukan kepada mekanisme dan satu lagi kepada penutup Oyster. Setelah menjalani beberapa ujian ketat daripada jurutera-jurureta CERN, jam tangan ini mendapat reputasi sebagai perisai magnet yang sempurna.

LADY-DATEJUST
Lady-Datejust merupakan versi jam tangan kronometer Rolex wanita yang pertama. Ia membawa legasi keanggunan dan fungsi abadi dalam saiz yang kecil sesuai untuk pergelangan tangan wanita.

DEEP SEA SPECIAL
Pada tahun 1950an, Rolex telah menjalankan beberapa ujian ketat untuk satu jam tangan eksperimen yang dipanggil ‘Deep Sea Special’. Dengan berpandukan pengetahuan daripada pembuatan dua model pertama, ‘Deep Sea Special’ yang ketiga dicipta khas untuk menahan keadaan ekstrem di bahagian Challenger Deep di Jurang Mariana.

Jam tangan eksperimen
SELAMAN TERDALAM
Pada tahun 1960, eksperimen batiskaf iaitu Trieste, telah berjaya melakukan penurunan ke dalam Jurang Mariana juga dikenali sebagai lubang terdalam di permukaan bumi. Diterajui oleh Leftenan Don Walsh dan disertai oleh Jacques Piccard, Trieste mencapai prestasi yang amat luar biasa sehingga mengangkat taraf yang tertinggi untuk explorasi laut dalam sehingga kini.
Batiskaf yang muncul dari kedalaman 10,916 meter (37,000 kaki) masih berada dalam keadaan yang sempurna seperti mana jam tangan eksperimen Rolex Deep Sea Special yang dilekatkan diluarnya sepanjang penyelaman bersejarah itu.


PANTAI DAYTONA
Pantai Daytona, Florida. Pantainya yang panjang, rata dan padat serta pasir yang pejal telah membantu Kota Daytona untuk menjadi peneraju kepantasan di dunia. Ia mencatat 14 rekod dunia yang ditetapkan diantara 1904 dan 1935 bagi kelajuan di darat dimana 5 daripadanya dimenangi oleh pemakai jam tangan Rolex, Sir Malcolm Campbell. Namun tahun demi tahun, kualiti pasir makin merosot. Pada tahun 1959, jalan litar perlumbaan kereta telah dibina: ‘Daytona International Speedway’.
Amfiteater perlumbaan motor kereta baru ini secara tidak langsung menjadi salah satu lokasi pilihan bagi perlumbaan motor kereta yang berprestij dunia setanding dengan 24 jam Le Mans. Walaupun permukaannya bukan lagi pasir, Daytona masih lagi menjadi tuan rumah untuk menguji ketahanan manusia dan mesin: Rolex 24 At Daytona.

COSMOGRAPH DAYTONA
Dilancarkan pada tahun 1963 sebagai generasi baharu kronograf, Cosmograph telah memperolehi nama yang menjadi tanda ikon: Daytona. Direka sebagai alat khas untuk pelumba sukan ketahanan lumba motor, Cosmograph Daytona adalah tahan lasak, kalis air dan mempunyai skala tachymetri pada bezel untuk mengira purata kelajuan.

SEA-DWELLER
1967 adalah tahun dimana Oyser Perpetual Sea-Dweller dilancarkan. Ia merupakan jam tangan yang kalis air sehingga ke tahap kedalaman 610 meter. Untuk memenuhi permintaan penyelam profesional, penutup jam dilengkapi dengan injap pelepasan helium supaya sewaktu fasa penyahmampatan dalam bilik hiperbarik, helium daripada gas campuran dapat dilepaskan tanpa merosakkan jam tangan tersebut.
