JAM TANGAN KALIS AIR YANG PERTAMA
Pada tahun 1926, ciptaan jam tangan kalis air dan kalis debu yang pertama oleh Rolex menandakan satu langkah ke depan. Jam tangan yang diberi nama “Oyster”, dengan ciri penutup jam tertutup kedap yang memberikan perlindungan optimum kepada mekanisme.

CABARAN RENTAS SELAT
Ia mudah untuk mendakwa bahawa seutas jam tangan adalah kalis air. Ia bukan mudah untuk membuktikannya. Pada tahun 1927, seutas Oyster Rolex telah menyeberangi selat Inggeris, dipakai oleh seorang perenang muda Inggeris yang bernama Mercedes Gleitze. Beliau berenang lebih daripada 10 jam dan jam tangan tersebut masih berfungsi dengan sempurna.
KONSEP TESTIMONI
Untuk merayakan penyeberangan selat itu, Rolex telah menyiarkan satu iklan paparan penuh di muka depan surat khabar Daily Mail yang mengumumkan tentang kejayaan jam tangan kalis air. Peristiwa ini menandakan kelahiran konsep Testimoni.

MEKANISME PERPETUAL
Pada tahun 1931, Rolex telah mencipta dan mematenkan mekanisme automatik dengan menggunakan rotor Perpetual yang pertama. Sistem pintar ini, satu karya seni yang benar yang kini menjadi teras kepada setiap jam tangan automatik moden.

TERBANG KE PUNCAK EVEREST
Ekspedisi ke gunung Everest yang pertama dilengkapi dengan Rolex Oyster. Ahli-ahli anak kapal sangat berpuas hati dengan prestasi jam tangan tersebut.

MAKMAL HIDUP
Rolex mengambil peluang yang sukar untuk dilaksanakan dan membuat ujian, menyesuaikan dan menampilkan prestasi teknikal Oyster di pelbagai bidang. Dunia sukan, penerbangan, perlumbaan kereta dan ekspedisi-ekspedisi yang membentuk makmal hidup bagi sifat-sifat teknikal jam tangannya.
-
Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay Pendaki gunung -
Sir Malcolm Campbell Pemandu perlumbaan -
Pat Smythe Penunggang pertunjukan kuda -
Sir Jackie Stewart Pemandu perlumbaan
SIR MALCOLM CAMPBELL
Pada tahun 1930-an, Rolex dan salah seorang pemandu terpantas dunia, Sir Malcolm Campbell, bersatu dalam pemburuan kelajuan. Pada 4 September 1935, di atas roda Bluebird – dan memakai seutas jam tangan Rolex – “raja kelajuan” ini telah mencatat rekod kelajuan darat lebih dari 300 batu per jam (kira-kira 485 km/j) di Bonneville Salt Flats di Utah. Sir Malcolm memecahkan rekod kelajuan dunia sebanyak sembilan kali di antara tahun 1924 dan 1935, termasuk lima kali di Pantai Daytona di Florida.

SEPUCUK SURAT UNTUK ROLEX
“Saya telah menggunakan Jam Tangan Rolex dengan cukup lama dan ia dapat menunjukkan waktu dengan sempurna walau apa jua keadaan”, ucap Sir Malcolm Campbell.

DATEJUST YANG PERTAMA
Tahun 1945 menyaksikan kelahiran Datejust, kronometer jam tangan automatik yang pertama mamaparkan tarikh pada tetingkap dail. Seutas jam tangan yang hebat, Datejust telah dilengkapi dengan rantai Jubilee yang dicipta khas serta bezel berjejalur yang membuatnya mudah dikenali serta merta sebagai seutas jam tangan Rolex. Jam tangan ini merupakan tunggak koleksi Oyster. Pada mulanya, koleksi ini hanya untuk lelaki sahaja, namun ia kini juga tersedia untuk wanita mengikut peredaran masa.
