Sejarah Rolex berkait rapat dengan semangat pandangan jauh oleh Hans Wilsdorf, pengasasnya.
HANS WILSDORF
Sejarah Rolex berkait rapat dengan semangat pandangan jauh oleh pangasasnya, hans Wilsdorf. Pada tahun 1905, semasa beliau berumur 24 tahun, Hans Wilsdorf telah menubuhkan sebuah syarikat di London khusus untuk pengagihan alat penunjuk masa. Beliau mula mengimpikan tentang jam tangan yang dipakai di pergelangan tangan. Jam tangan pada ketika itu kurang tepat, namun Hans Wilsdorf meramalkan bahawa jam tangan tersebut bukan sahaja akan menjadi elegan, tetapi juga menjadi boleh percaya
Untuk meyakinkan kepada umum tentang kebolehpercayaan jam tangan yang diciptanya adalah inovatif, beliau melengkapkannya dengan mekanisme yang sangat kecil dan tepat yang dikilangkan oleh sebuah syarikat pembuatan jam tangan di Bienne.

-
Mencipta
jenamaHans Wilsdorf
-
-
1908
Genius dalam lima huruf
Hans Wilsdorf ingin jam tanganya memiliki nama yang pendek, mudah ducapkan dan senang diingati dalam apa jua bahasa, dan sekaligus nampak sempurna pada mekanisme dan pada dail tersebut. -
-
1910
Memburu Kepersisan Kronometrik
Rolex menumpukan perhatian kepada kualiti mekanisme. Memburu kepersisan kronometrik yang berterusan membuahkan hasil. Pada tahun 1910, jam tangan Rolex merupakan jam tangan yang pertama di dunia yang menerima Sijil ketepatan kronometer Swiss yang diberikan oleh Pusat penilaian Jam tangan rasmi di Bienne. -
-
Empat tahun kemudian, pada tahun 1914, Kew Observatory di England memberi anugerah Kelas “A” sijil kepersisan kepada jam tangan Rolex, satu pencapaian yang cemerlang pada ketika itu yang hanya diberikan secara eksklusif untuk kronometer marin. Sejak dari itu, jam tangan Rolex disinonimkan dengan kepersisan.
-
Geneva
Rolex telah berpindah ke Geneva, satu kota yang terkenal di antarabangsa tentang pembuatan jam. Montres Rolex S.A telah berdaftar di Geneva pada tahun 1920
